Sukar Untuk Percaya LESEN CETAK Bible Bahasa Melayu Telah Dikeluarkan….

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Kementerian Dalam Negeri memberi amaran akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik balik lesen percetakan terhadap pengeluaran Bible versi bahasa Melayu sekiranya isu penggunaan kalimah Allah itu menjejaskan kestabilan dan keamanan negara. Menurut Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, pihaknya sedang memantau semua perkembangan serta pelbagai desakan berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

“Kita lihat kesahihannya terlebih dulu dan pihak yang bertanggungjawab. Jika sesuatu isu membabitkan politik, agama dan perkauman, yang paling asas adalah bagaimana isu itu boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam…Tanggungjawab kementerian memastikan keamanan negara terjamin,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan program Unit Rondaan Bermotosikal (URB) kawasan Ampang, dekat sini hari ini.

Beliau mengulas desakan pelbagai pihak supaya pihak berkuasa menarik balik lesen dan menghentikan percetakan Bible versi bahasa Melayu…….. – Utusan Malaysia

Di atas adalah ‘extract’ dari salah satu berita utama sebagaimana dipaparkan di muka depan Utusan Malaysia semalam. Aku bagaikan tidak percaya dengan paparan berita sebegini, dan sekiranya ia tepat, menimbulkan banyak tanda-tanya di kalangan umat Islam.

Sejak bermula tahun baru 2013, umat Islam di Malaysia amat TERCABAR dengan kenyataan Lim Guan Eng menggesa Kerajaan membenarkan kalimah ALLAH digunakan di dalam bible versi bahasa Melayu. Rata-rata ‘overwhelming’ majority umat Islam menentang, sehingga memaksa Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan muktamad untuk TIDAK MEMBENARKAN kalimah ALLAH digunakan di dalam bible versi bahasa Melayu. Keputusan Majlis Syura Ulama PAS memberikan mesej yang amat jelas kepada DAP dan PKR, bahawa, umat Islam di Malaysia BERSATU HATI di dalam isu penggunaan kalimah ALLAH.

Sepanjang polemik isu penggunaan kalimah ALLAH, yang telah bermula pada tahun 2010, dan dihidupkan semula oleh Lim Guan Eng menjelang tahun baru 2013, umat Islam hanya membincangkan soal penggunaan kalimah ALLAH. Tidak ada perbincangan tentang LESEN CETAK dan seumpamanya. Umat Islam tidak menimbulkan isu LESEN CETAK, kerana mereka  yakin dan percaya bahawa  Kerajaan amat peka dengan sensitiviti umat Islam, dan TENTANGAN umat Islam terhadap sebarang penggunaan kalimah ALLAH di dalam bible versi bahasa Melayu. jadi tidak pernah terlintas di hati sanubari mereka bahawa Kementerian Dalam Negeri akan mengeluarkan sebarang lesen untuk mencetak bible versi bahasa Melayu di negara ini.

Namun begitu, kenyataan DS Hishamuddin Tun Hussein semalam menimbulkan TANDA-TANYA, apakah Kementerian Dalam Negeri sebelum ini telah mengeluarkan sebarang LESEN CETAK kepada mana-mana pihak untuk mencetak bible versi bahasa Melayu yang memuatkan kalimah ALLAH???? Aku harap aku telah tersilap faham paparan berita Utusan sebagaimana di atas. Aku harap Utusan telah tersilap lapur kenyataan Dato’ Menteri. Di dalam umat Islam berbagai lapisan masih ‘berperang’ untuk menepis percubaan penganut agama Kristian Roman Catholic, yang mendapat sokongan kuat DAP dan PKR, untuk menggunakan kalimah ALLAH di dalam bible versi bahasa Melayu, umat Islam amat terkejut, malah SUKAR UNTUK PERCAYA bahawa ada pihak yang telah mengeluarkan LESEN CETAK untuk mencetak bible versi bahasa Melayu yang menggunakan kalimah ALLAH. Kalau sudah cetak, sudah tentu akan diikuti oleh usaha-usaha mengedarkan bible tersebut di kalangan umat Islam, sebagaimana telah mula dikesan berlaku di sebuah sekolah di Pulau Pinang.

Sekiranya paparan berita tersebut tidak benar, dan tidak ada lesen mencetak bible versi bahasa Melayu telah dikeluarkan kepada pihak-pihak tertentu, apa logicnya DS Menteri Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan berbentuk amaran untuk ‘menarik balik lesen percetakan terhadap pengeluaran Bible versi bahasa Melayu’????

Sekiranya BENAR bahawa lesen-lesen percetakan telah dikeluarkan kepada pihak-pihak tertentu, pihak bertanggung-jawab tidak ada pilihan lain selain dari MENARIK BALIK lesen-lesen tersebut, kerana pengeluaran lesen-lesen tersebut adalah suatu langkah ‘jump the gun’, atau suatu langkah yang mendahului isu kalimah ALLAH diputuskan secara muktamad baik dari sudut politik, agama atau perundangan.

Bagi umat Islam, KEPUTUSAN MUKTAMAD telah dibuat oleh umat Islam dari berbagai latar-belakang fahaman politik bahawa kalimah ALLAH tidak boleh sekali-kali digunakan di dalam bible versi bahasa Melayu.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s