Isu Kalimah Allah Memberi PETUNJUK Kepada PAS, Siapa Kawan dan Siapa Lawan

Hari ini, umat Islam di seluruh dunia memperingati tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. hampir 1,500 tahun yang lalu. Kepada umat Islam di seluruh dunia, khususnya di NEGARA ISLAM Malaysia ini, aku ucapkan Selamat Menyambut Maulidur-Rasul.

Kita tidak perlu diperingatkan lagi bahawa Nabi Muhammad s.a.w., walaupun dilahirkan di kalangan bangsa Arab di bumi Mekkah, baginda adalah Rasulullah terakhir dari rantaian Rasullah-Rasulullah yang telah diutuskan untuk seluruh umat manusia, bermula dari Nabi Adam a.s., Nabi Idris a.s., Nabi Nuh a.s., Nabi Idris a.s. dan seterusnya Rasulullah-Rasulullah terkemudian termasuk Nabi Ibrahim a.s., Nabi Ishak a.s., Nabi Ismail a.s., Nabi Musa a.s. dan  Nabi Isa a.s.(yang dianggap oleh penganut Kristian sebagai  ‘anak tuhan’ atau ‘Son of God’).

Kita semua juga telah arif bahawa MISI UTAMA para Rasulullah diutuskan kepada umat manusia ialah untuk mengajak manusia MENYEMBAH ALLAH YANG SATU, dan supaya TIDAK MENSYIRIKKAN ALLAH dengan ‘tuhan-tuhan’ palsu.

Malang sekali bagi penganut-penganut Kristian, ajaran Nabi Isa a.s. yang juga mengajak kaumnya, kaum Yahudi, menyembah ALLAH YANG SATU telah diselewengkan oleh Maharaja-Maharaja Rom, yang telah mengasaskan ajaran Kriatian mazhab ROMAN CATHOLICS kira-kira 300 tahun setelah peristiwa Nabi Isa a.s. ‘disalib’. Ajaran Kristian mazhab Roman Catholics sebenarnya adalah gabungan sebahagian ajaran asal Nabi Isa a.s. dengan ajaran-ajaran agama lama bangsa Rome yang telah lama mempercayai ‘multi-gods’ atau ‘tuhan yang banyak’, termasuk konsep ‘anak tuhan’. Dari pengaruh agama lama bangsa Rome inilah lahirnya konsep ketuhanan TRINITY, atau ‘tiga tuhan dalam satu’, yang menjadi asas kepercayaan penganut Kristian hari ini.

Walaupun kita umat Islam diwajibkan mempercayai sejarah kewujudan para Rasulullah-Rasulullah dari Nabi Adam a.s. sehingga Rasulullah terakhir, Nabi Muhammad s.a.w., kita juga diberi kefahaman bahawa setelah Rasulullah-Rasulullah sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. diwafatkan, selepas tempoh tertentu, pengikut-pengikut mereka telah menokok-tambah ajaran-ajaran asal mereka, sebagaimana Maharaja-Maharaja Rome yang telah MENOKOK-TAMBAH ajaran asal Nabi Isa a.s. sehinga menjadi apa yang dipanggil agama Kristian mazhab Roman Catholics.

Berbalik kepada isu penggunaan KALIMAH ALLAH yang begitu hangat diperdebatkan di pentas politik Malaysia menjelang PRU13, umat Islam begitu lega apabila Majlis Syura Ulama PAS akhirnya membuat keputusan muktamad bahawa Kalimah Allah TIDAK BOLEH DIGUNAKAN di dalam bible bersi bahasa Melayu. Pendirian ini adalah selaras dengan  pendirian yang telah lama dipegang dan dipertahankan oleh UMNO, NGO-NGO Melayu/Islam, malah ‘overwhelming majority’ umat Islam.

Bersyukur kita semua kepada Allah s.w.t. bahawa walaupun PAS telah terlanjur menggadai beberapa dasar-dasar perjuangannya yang asal di atas dasar ‘tahalluf siasiyy’ dengan DAP dan PKR, PAS telah terselamat dari mengikut telunjuk DAP dan PKR  di dalam isu penggunaan kalimah Allah. Malah aku percaya, percubaan DAP dan PKR yang jelas GAGAL di dalam isu penggunaan KALIMAH ALLAH memberi petunjuk yang jelas kepada PAS, SIAPA KAWAN dan SIAPA LAWAN sebenar di dalam meneruskan perjuangan mereka di Malaysia.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s