Dua Universiti Dari China Akan Buka Cawangan di Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Biar Betul….

Tidak dapat dinafikan, semua menteri-menteri di dalam kabinet DS Najib, berlumba-lumba untuk menunjukkan prestasi memberansangkan kementerian masing-masing. Dengan itu, mereka mungkin ada menetapkan tanda-aras tertentu bagi meyakinkan YAB Perdana Menteri bahawa mereka telah mencapai kejayaan tertentu di dalam mengendalikan kementerian di bawah mereka.

Namun begitu, menteri-menteri dari UMNO jangan sekali-kali lupa satu fakta sejarah, bahawa menjelang tahun 1930an, kaum PENDATANG dari negara China telah MELEBIHI penduduk asal Melayu/Bumiputra di Tanah Melayu….dan kalau bukan kerana ECONOMIC RECESSION pada awal tahun 1930an, bilangan PENDATANG dari Negara China mungkin telah berlipat ganda lebih ramai dari penduduk asal Melayu/Bumiputra. Sebagai kaum PENDATANG, mereka adalah sebagai semut, di mana ‘di mana ada gula, di situ ada semut’. Apabila berlaku ECONOMIC RECESSION pada awal 1930an,ramai dari  kaum PENDATANG dari Negara China telah pulang semula ke China, atau telah berpindah ke negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan negara-negara Eropah.

Tanpa ECONOMIC RECESSION pada awal 1930an, UMNO dan Raja-Raja Melayu berkemungkinan besar terpaksa menerima lebih dari 1.5 juta kaum bukan Melayu sebagai warganegara demi memenuhi kehendak British, yang telah termakan budi kaum PENDATANG China yang telah memihak kepada British semasa peperangan dengan Jepun(1942-1945). Tanpa ECONOMIC RECESSION 1930an, kemungkinan besar, nisbah penduduk PENDATANG dari Negara China yang mendapat taraf warganegara di Persekutuan Tanah Melayu, termasuk kewarganegaraan British di negeri-negeri Selat iaitu Singapura, Melaka dan Pulau Pinang, telah menjadi seperti nisbah China-Melayu di Singapura sekarang iaitu 80% Cina dan 15% Melayu.

Dari sudut ekonomi, memanglah kita menggalakkan pelabur-pelabur luar negara untuk melabur di negara kita, termasuk membeli tanah-tanah untuk dimajukan seperti di Iskandar Malaysia, atau membuka cawangan-cawangan universiti-universiti luar negara di negara ini. TETAPI, setiap usaha kita perlulah berdasarkan ‘guide-lines’ tertentu, supaya tidak menjejaskan kestabilan negara kita di masa akan datang. JANGAN PISANG BERBUAH DUA KALI. Kita perlu ‘tepuk dada dan tanya selera’ kita. Apakah kita mahu sekali lagi lagi melihat bilangan kaum Cina mengatasi bilangan kaum Melayu/Bumiputra di Malaysia? Sedangkan kaum PENDATANG China telah cuba mengambil alih kuasa di Tanah Melayu selepas perang Jepun, menggunakan Parti Komunis Malaya, yang merupakan cawangan Parti Komunis China.

Sedangkan, negara jiran kita Singapura, di mana kaum Cina merupakan 80% dari penduduknya pun melaksanakan sistem RACIAL QUOTA di dalam membenarkan pendatang dan Permanent Citizens(PR) diterima masuk ke negara itu. Lihat sahaja apa yang telah aku dedahkan seminggu yang lalu:

Based on the figures by the Migration Policy Institute, very GLARING FACT about the racial composition of the Singapore PR population is the VAST DISPARITY between the percentage of Chinese PR(61.4%) and the Malays PR(3.0 %), compared to RACIAL COMPOSITION of Singapore RESIDENTS POPULATION. Infact the composition of Indian PR(20.4%) is 7 times higher than that of the Malays. PAP officials may attribute the GLARING FACT on certain procedures like requiring potential PR  to be of certain economic and career standings and background, like having to be from Professional groupings, established businessmen etc. However, its an open secret that Singapore Government have been more inclined to ‘recruit’ PR from countries of ‘Greater China’ like Hong Kong, Macao and People’s Republic of China itself. Its no co-incidence that in 1989, Singapore had put in place several policies to encourage ‘skilled people’(to be read as ‘skilled Chinese) from Hong Kong to settle down in Singapore as PRs. – Warisan Tanah Melayu Kita

Sekiranya ada pihak yang beranggapan bahawa luahan hati aku ini bersifat RACIST, mereka juga perlu melabelkan Kerajaan Singapura yang dikuasai oleh kaum Cina juga sebagai RACIST, kerana melaksanakan berbagai peraturan bermatlamatkan mengekalkan RACIAL QUOTA penduduk Singapura seperti mana yang ada sekarang. Selain dari ‘Immigration Policies’, terdapat berbagai lagi polisi Kerajaan Singapura yang berasaskan RACIAL QUOTA, termasuk polisi pemilikan rumah.

Sekiranya Kerajaan Singapura yang dikuasai kaum Cina boleh melaksanakan dasar-dasar berpaksikan mengekalkan RACIAL QUOTA yang memihak kepada kaum Cina….bagi mengekalkan KETUANAN CINA di Singapura, apakah salahnya jika Kerajaan Malaysia juga melaksanakan dasar-dasar yang sama bagi mengekalkan KETUANAN MELAYU di Malaysia?????

Berdasarkan perbincangan-perbincangan di atas, aku ingin mengingatkan ahli-ahli politik Melayu, baik dari UMNO, PAS dan PKR, jangan terlalu ‘naive’ atau ‘mengambil mudah’ di dalam mengejar populariti. Berwaspadalah di dalam apa keputusan yang kita buat, supaya nasib malang bangsa Palestin di bumi Palestin,  TIDAK AKAN MENIMPA  BANGSA MELAYU di bumi Malaysia suatu hari nanti.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s