Kerajaan Wajar LONGGARKAN Syarat Kerakyatan Bagi Kaum Melayu, Tetapi KETATKAN Syarat Bagi Kaum Bukan Melayu

Perkataan MALAYsia bermakna ‘Tanah Bangsa Melayu’ atau ‘Land of the Malays’. Selain dari MALAYSIA, tidak ada lagi negara di dunia ini yang namanya dikaitkan dengan BANGSA MELAYU.

Umat Melayu bertebaran di seluruh dunia. Rumpun Melayu merupakan  90% dari penduduk Indonesia dan 66% penduduk Brunei, namun begitu nama-nama Indonesia dan Brunei tidak dikaitkan dengan identiti bangsa-bangsa Rumpun Melayu yang terdapat di Indonesia atau Brunei. Rumpun Melayu pula merupakan minoriti di negara jiran Malaysia iaitu   15% penduduk Singapura,  5-10% penduduk  Filipina dan 5% penduduk Thailand. Terdapat juga kumpulan besar umat Melayu di Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Namun begitu, tidak boleh dinafikan bahawa SEJARAH telah mengiktiraf RUMPUN MELAYU sebagai pemerintah dan penduduk asal kepada suatu bahagian dunia yang dinamakan KEPULAUAN MELAYU, yang disebut oleh bangsa-bangsa penjajah Eropah sebagai MALAY ARCHIPELAGO, yang mencakupi sebahagian besar wilayah ‘semenanjung dan pulau-pulau’ ASIA TENGGARA. Malah, bahasa Melayu dipertuturkan oleh kira-kira 300 juta Rumpun Melayu di bahagian dunia ini, menjadikannya sebagai bahasa ke-lima paling meluas penggunaannya di dunia.

Memandangkan Bangsa Melayu dan Rumpun Melayu adalah penduduk asal KEPULAUAN MELAYU, adalah amat wajar sekiranya umat Melayu dari mana-mana negara yang merupakan sebahagian dari KEPULAUAN MELAYU diberi KELONGGARAN untuk berhijrah ke negara-negara KEPULAUAN MELAYU yang lain. Umpamanya, umat Melayu di selatan Thailand, selatan Filipina, Singapura dan Indonesia, wajar diberi kelonggaran untuk berhijrah ke Malaysia, malah untuk memohon menjadi warganegara negara ini. Sebagai sebahagian dari Rumpun Melayu, mereka bertutur Bahasa Melayu, menganut agama Islam dan mengamalkan budaya dan adat resam yang sama dengan kita di Malaysia.

Namun begitu, kelonggaran yang sama tidak wajar diberikan kepada mereka dari luar KEPULAUAN MELAYU, kerana mereka tidak boleh bertutur Bahasa Melayu, tidak menganut agama Islam, dan jauh sekali mengamalkan kebudayaan dan adat resam Melayu. Sekiranya jumlah kaum minoriti yang tidak boleh bertutur Bahasa Melayu, tidak menganut agama Islam, dan tidak mengamalkan budaya Melayu, diberi kelonggaran yang sama sehingga menjadi minoriti yang terlalu besar, atau sehingga jumlah mereka mengatasi jumlah penduduk asal Rumpun Melayu, tidak mustahil keadaan seperti ini boleh membuka ruang kepada persengketaan kaum suatu hari nanti. Malah sejarah telah membuktikan bagaimana kaum pendatang warganegara China, yang berhijrah ke Tanah Melayu asalnya untuk mencari peluang pekerjaan, yang menganggotai Parti Komunis Malaya, telah cuba merampas kuasa dari tangan orang Melayu sebaik sahaja Jepun menyerah kalah pada tahun 1945.

Sebagai perbandingan, kita lihat sahaja bagaimana negara Israel menggunakan ‘The Laws of Return’ untuk menerima semua bangsa Yahudi dari mana-mana sahaja pelusuk dunia berhijrah atau kembali ke Israel, dan menjadi warganegara Israel. Begitu juga negara jiran kita Singapura yang memberikan banyak KELONGGARAN kepada kaum Cina untuk berhijrah ke negara pulau itu sebagai ‘permanent residents’, malah sebagai warganegara Singapura. Malah, kalau kita perhatikan komposisi kaum negara-negara ‘Greater China’ termasuk Republik Rakyat China, Hong Kong, Taiwan dan Macao, penduduk bangsa Cina merupakan lebih 95% dari penduduk negara-negara tersebut, membuktikan negara-negara tersebut seolah-olah SECARA TERANCANG menyekat penghijrahan kaum bukan Cina ke negara-negara tersebut, apatah lagi menerima bukan Cina sebagai warganegara mereka.

Memandangkan negara-negara ‘Greater China’ dan Singapura begitu tegas di dalam mempertahankan komposisi kaum Cina di negara masing-masing, aku fikir, apa salahnya Kerajaan kita MELONGGARKAN syarat-syarat kerakyatan untuk Rumpun Melayu menjadi warganegara MALAYsia….dan MENGETATKAN syarat-syarat kerakyatan untuk mereka dari luar Rumpun Melayu.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s