Kegiatan Menjual IC Boleh Mengakibatkan NEGARA TERJUAL

Beberapa pendedahan awal RCI pendatang tanpa izin di Sabah memberi petunjuk kepada kita semua bahawa negara kita sedang terdedah kepada perlakuan-perlakuan TIDAK AMANAH segelintir penjawat awam yang diberikan amanah tertentu, khususnya di jabatan yang amat strategik seperti Jabatan Pendaftaran Negara.

Apa gunanya segala syarat-syarat disediakan di dalam memproses permohonan kerakyatan sekiranya sedikit IMBUHAN, atau lebih tepat RASUAH, memungkinkan segala syarat-syarat tersebut diketepikan. Dan apa gunanya agensi-agensi keselamatan seperti Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM), Jabatan Immigration dan lain-lain bersekang mata mengawasi sempadan negara, sekiranya sempadan negara kita begitu senang dapat dibolosi ‘secara terhormat’ dengan hanya membelanjakan beberapa ribu ringgit, malah beberapa ratus ringgit sahaja, untuk mendapat dokumen kerakyatan dan Mykad yang ‘sah’ untuk menjadi warganegara Malaysia.

Apakah kewarganegaraan Malaysia begitu ‘murah’ sehingga seolah-olah boleh dijual seperti CD cetak rompak di pasar-pasar malam? Dan sudah berapa juta ‘warganegara Malaysia’ yang telah berjaya mendapat kerakyatan negara ini dengan cara ‘backdoor’ ini? Dan berapa ramai pegawai-pegawai Kerajaan yang telah menjadi JUTAWAN SEGERA dengan perlakuan-perlakuan yang boleh menghancurkan negara kita, termasuk MENJUAL IC, yang boleh menyebabkan NEGARA TERJUAL kepada bangsa asing.

Saban hari kita mendengar berbagai-bagai serbuan dilakukan oleh agensi-agensi keselamatan kita ke atas pusat-pusat hiburan, kelab-kelab malam dan rumah-rumah urut, di mana puluhan, malah ratusan, pendatang-pendatang asing ditahan tanpa sebarang dokumen perjalanan. Kalau pun ada dokumen, paling-paling ‘student visa’ dan ‘visitors pass’ yang mempunyai tempoh terhad, tetapi telah dilewati bagi meneruskan kegiatan-kegiatan tidak bermoral di negara kita. Apa yang selalu ‘menghantui’ fikiran aku ialah, paparan-paparan berita di kaca TV hanya menunjukkan mereka diberkas dan dimuatkan ke dalam lori polis….sedangkan tidak ada lansung berita menunjukkan mereka berbaris-baris menaiki pesawat atau kapal laut yang menghantar mereka pulang  ke negara asal mereka!!!!

Lebih menimbulkan tanda-tanya ialah bertambah ramai di kalangan warganegara bukan Melayu yang hanya faham sepatah dua bahasa Melayu, malah ada yang lansung tidak boleh bertutur di dalam Bahasa Melayu. Apakah mereka ini warganegara kita yang sah, atau apakah mereka di antara yang telah mendapat kerakyatan negara kita secara tidak sah dengan membayar sedikit IMBUHAN atau RASUAH kepada pihak tertentu?

Sesuai dengan RCI yang sedang berjalan, tiba masanya Kerajaan menyediakan suatu mekanisma ODIT, termasuk membuat ‘spot-checks’ ke atas mereka yang mempunyai dokumen kerakyatan, terutama ke atas mereka yang tidak boleh bertutur di dalam bahasa Melayu….yang merupakan salah satu syarat asas untuk memohon menjadi warganegara negara ini. Kita tidak mahu melihat kaum Melayu/Bumiputra di negara ini diTENGGELAMI oleh kehadiran ‘warganegara INSTANT’, terutama mereka yang beasal dari di luar lingkungan ALAM MELAYU atau KEPULAUAN MELAYU.

Tanpa satu langkah yang tegas menangani perlakuan keji MENJUAL KEWARGANEGARAAN, kita bimbang suatu masa nanti NEGARA KITA AKAN TERJUAL kepada bangsa-bangsa asing yang berjaya membolosi sempadan negara kita dengan cara-cara yang tidak sah, menjadi warganegara negara kita, mengundi di negara kita, dan menentukan destini dan halatuju negara kita.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s