Archive for February 2013

FORMULA Kerjasama UMNO-PAS

February 18, 2013

Cadangan ini adalah atas dasar PRASANGKA BAIK terhadap PAS, khususnya golongan ulama yang membarisi Dewan Ulama PAS dan Majlis Syura Ulama PAS. Memang terdapat ramai PARASIT di dalam kepimpinan PAS, khususnya JUAK-JUAK Anwar Ibrahim….kita dah kenal sangat siapa mereka. Namun, kekuatan PAS bukan terletak kepada hubungan antara parasit-parasit pro-Anwar dengan pemimpin-pemimpin PKR dan DAP. Kekuatan PAS terletak di tangan pemimpin-pemimpin akar umbi yang berjuang kerana Allah swt, dengan dorongan dan bimbingan para ulama mereka, bukan kerana jawatan atau pangkat.

Keterlibatan PAS di dalam politik pilihanraya, mengikut perspektif para pemimpin dan penyokong yang ikhlas berjuang kerana Allah swt adalah untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi di peringkat DUN dan PARLIMEN, supaya suara mereka di DUN negeri-negeri  dan di PARLIMEN dapat menentukan, atau sekurang-kurangnya mempengaruhi, halatuju negeri-negeri dan negara kita, supaya dasar-dasar negeri-negeri dan negara selaras dengan dasar-dasar Islam.

Sekiranya pemimpin-pemimpin tertinggi PAS lebih objektif di dalam menganalisa politik negara, SEBENARNYA jalan pemimpin-pemimpin PAS untuk ke DUN, PARLIMEN, malah ke PUTRAJAYA adalah jauh lebih ringkas dan mudah sekiranya PAS bekerjasama dengan UMNO, kerana PAS dan UMNO memperjuangkan DASAR-DASAR YANG SAMA, walaupun berbeza dari segi pendekatan. Ini terbukti apabila PAS-UMNO berjaya menguasai hampir 100% DUN dan PARLIMEN di kawasan majoriti Melayu semasa PAS berada di dalam Barisan Nasional.

Dengan itu, matlamat-matlamat asal PAS untuk menegakkan SISTEM ISLAM di dalam segenap aspek kehidupan di negara ini, termasuk perundangan jenayah, akan dapat dilaksanakan tanpa LIKU-LIKU BAHAYA sebagaimana dihadapi oleh PAS sekarang bila dia cuba ber’tahalluf siasiyy’ dengan PKR dan DAP. DAP bukan sahaja berjuang untuk MENGHAPUSKAN KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU, malah DAP adalah BAPA PERJUANGAN SEKULARISMA di negara ini. Dan demi mendapat undi Cina DAP, PKR telah dilenturkan oleh Anwar Ibrahim supaya selaras dengan acuan DAP. Sedangkan, SEKULARISMA dan ISLAM akan terus bertentangan antara satu sama lain sehingga Hari Kiamat.

Di dalam mencari titik kerjasama antara PAS dan UMNO menjelang PRU akan datang, persoalan PEMBAHAGIAN KERUSI sudah tentu akan menjadi isu utama. Penyandang-penyandang jawatan ADUN dan MP PAS di Kelantan sudah tentu keberatan untuk melepaskan kerusi mereka di Kelantan, walaupun sebahagian darinya, kepada calun-calun UMNO. Begitu juga keadaannya di Kedah. Malah, ADUN dan MP UMNO di negeri-negeri di mana BN menang selesa seperti Trengganu, Perlis, Pahang dan Johor, sudah tentu keberatan untuk melepaskan kerusi mereka kepada calun-calun PAS.

Di dalam menangani perkara ini, KEBIJAKSANAAN dan LAPANG DADA kedua-dua pihak amat penting. Kedua-dua pihak perlu mengutamakan AGENDA ISLAM DAN MELAYU, dan meletakkan kepentingan peribadi masing-masing di bawah agenda Agama, Bangsa dan Negara. Di peringkat kepimpinan kedua-dua parti, perlu mencari formula ‘win-win’ sebagaimana digunakan di dalam kerjasama atau joint-venture di bidang perniagaan. Mana-mana ADUN atau MP yang terpaksa ‘give way’ kepada calun dari parti lain perlu ditawarkan jawatan-jawatan lain, seperti jawatan sebagai PENGARAH SYARIKAT-SYARIKAT GLC di peringkat Negeri atau Persekutuan, supaya ‘periuk nasi’ dan ‘taraf hidup’ mereka tidak merudum lantaran berkorban untuk kepentingan parti.

Bagi mereka yang kekal mempertahankan kerusi ADUN dan MP, atau muka-muka baru yang menjadi ADUN dan MP, perlu juga ada formula ‘win-win’ di dalam pembahagian jawatan-jawatan EXCO di peringkat negeri, dan KABINET di peringkat Persekutuan.

Allah swt telah menguji rakan-rakan kongsi PAS di dalam Pakatan Rakyat dengan berbagai-bagai isu, sehingga terkeluar Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dari kepimpinan PAS. Paling akhir, PAS telah diuji dengan UJIAN PALING BESAR, apabila PKR dan DAP bersungguh-bersungguh ingin mendorong, malah menekan, PAS supaya MENSYIRIKKAN ALLAH swt, bermula dengan penggunaan kalimah ALLAH di dalam bible versi bahasa Melayu. Walaupun PAS telah hampir terjerumus ke lembah MENSYIRIKKAN ALLAH, golongan ulama di dalam PAS terbukti masih teguh sebagai BENTENG AQIDAH TERAKHIR PAS.

Alhamdulillah, Allah swt telah memberi kekuatan kepada golongan ulama di dalam PAS untuk tidak mengendurkan AQIDAH mereka. Timbalan Mursyidul Am PAS Dr Harun Din telah mengisytiharkan akan mempertahankan kalimah ALLAH sehingga akhir hayatnya…dan kenyataannya ini dikeluarkan selepas Anwar Ibrahim berkunjung ke rumahnya. Presiden PAS Hj Hadi pula pertama kali mengeluarkan kenyataan mengandaikan PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya ‘tahalluf siasiyy’ PAS dengan PKR dan DAP tidak menguntungkan Islam.

Presiden PAS Hj Hadi tidak perlu menunggu lama untuk menentukan samada ‘tahalluf siasiyy’ PAS dengan PKR dan DAP akan menguntungkan Islam atau tidak. Umat Islam di Malaysia telah dapat melihat dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana PAS telah terdorong untuk menggugurkan matlamat penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hudud, demi menjaga hati DAP. Malah, PAS hampir-hampir MENGGADAIKAN kalimah ALLAH untuk disyirikkan oleh penganut Kristian di negara ini.

Di dalam membentangkan FORMULA ini kepada kedua-dua pihak, PAS dan UMNO, perlu ada peranan aktif para cendikiawan Islam berwibawa, NGO-NGO Muslim/Melayu berwibawa, malah bloggers Muslim/Melayu berwibawa, untuk  memainkan peranan sebagai ORANG TENGAN dan PENDAMAI. Kedua-dua pihak PAS dan UMNO berhak memegang amanah tampuk kuasa, bagi pihak umat Islam dan bangsa Melayu, demi mempertahankan KEDUDUKAN ISLAM dan KUASA MELAYU di negara ini.

Sebagai sebahagian dari umat islam, marilah kita berdoa dan bersolat hajat, dan berusaha, supaya Allah swt mendorong hati para pemimpin-pemimpin PAS dan UMNO melupakan sengketa mereka selama ini, dan bersedia untuk memeluk erat antara satu sama lain, dan mempersetujui suatu FORMULA KERJASAMA demi Agama, Bangsa dan Negara….SEBELUM NASI MENJADI BUBUR….Amin…

INDIA MUSLIM Hanya Boleh Jadi BUMIPUTRA Dengan Menjadi MELAYU

February 14, 2013

Di kala rakyat Malaysia digegarkan oleh Kumpulan Rock GANGNAM STYLE dari KOREA, ramai juga yang telah tertarik untuk memberi perhatian kepada suatu perbincangan berhubung permohonan suatu NGO mewakili kelompok India Muslim, untuk diiktiraf sebagai BUMIPUTRA di negara ini.

Aku fikir permohonan mereka ini amat sukar untuk dipertimbangkan, apatah lagi untuk diperkenankan. Ini adalah kerana ‘bumiputra’ mempunyai maksud dan kriteria-kriteria tertentu mengikut kefahaman umum rakyat negara kita, selain dari peruntukan-peruntukan undang-undang di dalam Perlembagaan negara kita.

Terdapat peruntukan KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU di dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan terdapat peruntukan KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Di dalam kedua-dua Perjanjian dan Perlembagaan tersebut, kalimah ‘Melayu’ mencakupi suku-suku kaum Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu.

Sebelum penubuhan Malaysia pada tahun 1963, belum ada ungkapan ‘ BUMIPUTRA’ dimasukkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan. Malah, pada masa itu, tidak ada keperluan untuk menambahkan ungkapan ‘dan bumiputra’, kerana telah menjadi pengetahuan umum sebelum 1963 bahawa Bangsa Melayu adalah ‘natives’ atau ‘penduduk asal’ Persekutuan Tanah Melayu, sebagaimana juga suku-suku kaum Orang Asli. Sebelum 1963, hanya MELAYU, termasuk suku-suku kaum Orang Asli, adalah bangsa BUMIPUTRA di Semenanjung Tanah Melayu.

Dengan penubuhan Malaysia, Perkara 153 telah ditambah ungkapan ‘dan Bumiputra negeri-negeri Sabah dan Sarawak’. Sejak itu, dua kelompok yang diiktiraf oleh Perlembagaan mempunyai KEDUDUKAN ISTIMEWA ialah BANGSA MELAYU dan KAUM-KAUM BUMIPUTRA. Oleh itu, bagi melayakkan seseorang warganegara Malaysia menikmati KEDUDUKAN ISTIMEWA, mereka hendaklah terdiri dari kalangan BANGSA MELAYU, atau KAUM-KAUM BUMIPUTRA.

Ini membawa kita kepada persoalan apakah kelompok India Muslim wajar diberi status BUMIPUTRA? Bagi aku ini mustahil boleh berlaku kerana, untuk menjadi BUMIPUTRA, seseorang itu mestilah dari kalangan BANGSA MELAYU, ORANG ASLI SEMENANJUNG, BUMIPUTRA SABAH dan BUMIPUTRA SARAWAK.

TETAPI, kelompok India Muslim BOLEH menjadi Melayu berdasarkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan di mana Melayu ditakrifkan sebagai mereka yang kebiasaannya BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU, MENGAMALKAN ADAT-ADAT MELAYU dan BERAGAMA ISLAM. Malah ratusan ribu MELAYU di negeri-negeri utara termasuk Kedah dan Pulau Pinang adalah terdiri dari mereka yang asalnya adalah kaum India Muslim….melalui proses kahwin campur dengan orang Melayu, atau melalui TRANSFORMASI BUDAYA….iaitu dengan beransur-ansur meng’adoptasi’ budaya Melayu dan bercakap dalam bahasa Melayu.

Sekiranya kelompok India Muslim benar-benar berminat untuk menjadi BUMIPUTRA, satu-satunya cara ialah dengan menjadi ORANG MELAYU, kerana sesiapa sahaja yang diiktiraf sebagai orang Melayu, dengan sendirinya dia akan dikira bertaraf BUMIPUTRA.

Salurkan Bantuan-Bantuan Tunai Seperti BR1M Secara Lebih BIJAKSANA

February 8, 2013

Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M) adalah salah satu dari berbagai-bagai skim bantuan TUNAI secara lansung Kerajaan BN kepada golongan rakyat berpendapatan sederhana rendah dan rendah. Dianggarkan lebih dari 5 juta keluarga berhak menerima bantuan ini, yang pertama kali diperkenalkan kira-kira enam bulan lalu, dan sekarang rakyat sedang menerima bantuan pusingan kedua. Kita percaya, sebahagian besar dari penerima-penerima bantuan akan merasai faedah dan kelegaan dari bantuan-bantuan sedemikian dan akan berterima kasih kepada Kerajaan.

Namun begitu, kadang-kala, ada usaha-usaha dan niat murni Kerajaan BN meringankan bebanan rakyat dengan bantuan-bantuan TUNAI secara lansung dicacatkan oleh SISTEM PENYAMPAIAN yang kurang bijaksana. Kekecohan yang berlaku di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru semalam, sebagaimana dilapurkan oleh Utusan Malaysia hari ini,  BOLEH DIELAKKAN sekiranya pihak yang bertanggung-jawab menyalurkan WANG TUNAI tersebut kepada rakyat lebih bijaksana di dalam kaedah menyampaikan bantuan tersebut. Mengumpulkan 20,000 orang rakyat jelata secara serentak untuk menyampaikan bantuan tunai  sudah tentu mengundang banyak perkara tidak dingini.

Gambarkan apa perasaan kita jika terpaksa beratur lebih dari 30 minit untuk beratur ke kaunter service McD atau KFC, atau beratur di majlis kenduri kahwin atau open house untuk menunggu giliran menyenduk makanan. Bayangkan pula kita terpaksa beratur lebih dari 2 atau 3 jam sebelum tiba di kaunter bayaran bagi mendapat wang tunai rm500 BR1M. Bagi golongan berpendapatan sederhana rendah atau rendah, Rm500.00 adalah suatu jumlah yang besar. Golongan berpendapatan rendah umpamanya jarang sekali dapat menyimpan wang tunai terkumpul rm500. Oleh itu,  walaupun terpaksa beratur lebih dari 3-5 jam pun, mereka akan tetap beratur….kalau bekerja satu hari suntuk pun belum tentu boleh dapat rm100. Walaupun terpaksa berkerusi roda bagi yang cacat, dan perit menahan sakit kaki dan lutut bagi yang telah berumur, kebanyakan akan tetap bersabar menuju ke garis penamat. Tetapi tidak semua orang mempunyai sifat sabar. Ada yang akan mula mempersoalkan  apakah wajar rakyat dipaksa beratur lebih dari 30-40 minit untuk menerima bantuan-bantuan wang tunai termasuk BR1M?….sedangkan selama ini kita hanya terbiasa menyaksikan di kaca TV, bagaimana beribu-ribu pelarian perang atau mangsa kemarau panjang di negara-negara Afrika sahaja yang beratur panjang untuk mendapatkan bekalan makanan.

Apakah tidak ada kaedah-kaedah lain yang lebih menyenangkan dan memberi kenangan manis kepada rakyat di dalam menyampaikan bantuan tunai BR1M? Mengumpulkan 20,000 orang untuk beratur mendapatkan rm500 seorang bukan sahaja menimbulkan KERUMITAN YANG TIDAK PERLU kepada rakyat, malah akan dianggap TIDAK IKHLAS dan lebih bermotifkan politik memancing undi. Apatah lagi jika  majlis penyampaian itu digembar-gemburkan sebagai  suatu rally politik. Tidak salah untuk kita mengingatkan kepada rakyat supaya bersyukur kepada Allah swt dan berterima kasih kepada Kerajaan BN melalui majlis-majlis sedemikian, tetapi berpada-padalah sedikit di dalam berpolitik, jangan sampai ada yang terasa MARUAH MEREKA TERCABAR setelah terpaksa beratur berjam-jam untuk mendapatkan rm500.

Aku percaya, rakyat tetap akan menghargai JASA KERAJAAN BN sekiranya mereka dibayar melalui lain-lain kaedah yang lebih menyenangkan rakyat, seperti melalui kaunter-kaunter BSN atau PEJABAT POS di seluruh pelusuk negara, sebagaimana golongan pesara-pesara menerima elaun persaraan mereka setiap bulan. Di zaman ICT sekarang, apa susahnya menyalurkan walaupun jutaan nama mereka yang layak menerima apa-apa bantuan sekalipun kaunter-kaunter BSN atau PEJABAT POS di seluruh negara, supaya mereka yang tersenarai datang sahaja ke BSN dan PEJABAT POS yang bertaburan di seluruh negara bagi mendapatkan hak mereka.

Aku percaya rakyat akan lebih menghargai KEIKHLASAN KERAJAAN sekiranya kaedah-kaedah perlaksanaan pemberian bantuan-bantuan seperti BR1M tidak menimbulkan ‘unnecessary hassle’ atau kerumitan yang tidak perlu. Kaedah-kaedah yang terlalu kelihatan bermotifkan politik, terutama untuk menonjolkan tokoh-tokoh tertentu, boleh mengakibatkan rakyat boleh memandang serong, dan beranggapan bahawa Kerajaan ‘ada udang di sebalik batu’ dan ‘ada ketam di sebalik kayu’.

Semua pihak berhak menggunakan projek-projek, program-program dan majlis-majlis tertentu untuk mendapat ‘political milage’, baik di pihak Kerajaan atau pembangkang. Di sinilah perlu ada kebijaksaan, supaya tidak menimbulkan fenomena MASUK ANGIN KELUAR ASAP….apatah lagi kalau yang keluar tu ASAP BERACUN…

Khalayak Ramai Umat Islam LEBIH CEPAT FAHAM Isu Kalimah Allah Dari ULAMA POLITIK

February 4, 2013

Isu penggunaan kalimah Allah nampaknya belum reda, bukan di kalangan khalayak umat Islam, tetapi di kalangan mereka yang dianggap ‘ulama’ dan berpendidikan tinggi agama.

Amat memeranjatkan bila kita mendapati kalangan khalayak ramai umat Islam lebih mudah memahami PERSOALAN POKOK di dalam isu kalimah ALLAH. Mereka faham bahawa maksud kenyataan Presiden PAS Haji Hadi pada 8 Januari 2013, di hadapan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang,  adalah BERBEZA dengan maksud kenyataan Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari 2013.

Khalayak ramai umat Islam juga faham bahawa maksud kenyataan-kenyataan Mursyidul Am PAS Nik Aziz sebelum 13 Januari 2013 juga adalah BERBEZA dengan maksud kenyataan Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari 2013.

Khalayak ramai umat Islam dengan mudah boleh membuat ‘conclusion’ bahawa kedua-dua pemimpin tertinggi PAS, Presiden Haji Hadi dan Mursyidul Am Nik Aziz, telah membuat U-TURN di dalam isu penggunaan kalimah Allah.

Namun begitu, kalau kita kaji kenyataan rasmi Majlis Syura Ulama PAS, di penghujung kenyataan bertulis tersebut ada dimasukkan ayat,      ” Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS”. Ayat ini sebenarnya cuba memberi maksud bahawa sebelum 13 Januari, Hj Hadi dan Nik Aziz, telah berpegang kepada kefahaman dan pendirian yang sama dengan pendirian Majlis Syura Ulama PAS…..tetapi khalayak ramai umat Islam telah ‘salah faham’ kenyataan-kenyatan mereka.

Pada pandangan aku, sememangnya isu penggunaan kalimah Allah telah DICELARUKAN oleh sebahagian dari golongan ‘ulama’ sendiri, termasuk tokoh-tokoh seperti Dr Mohd Asri, bekas mufti Perlis, sehingga beliau dengan penuh BANGANG, mencadangkan senikata lagu Negeri Selangor di mana terdapat kalimah Allah ditukarkan kepada ‘Tuhan’, bagi mengelakkan kaum bukan Islam dari menyebut kalimah Allah. Ini seolah-olah sengaja mengalihkan fokus  perdebatan dari PERSOALAN POKOK sebenarnya.

Inilah sebenarnya yang telah MENCELARUKAN pemikiran Hj Hadi dan Nik Aziz. Mereka begitu lemah tahap akal dan pemikiran sehingga tidak dapat menumpukan pemikiran mereka kepada PERSOALAN POKOK sebenarnya. Sedangkan khalayak ramai umat Islam dengan begitu mudah dapat memahami bahawa  PERSOALAN POKOK  sebenarnya  ialah ‘apakah BOLEH ATAU TIDAK BOLEH penganut Kristian menggunakan kalimah ALLAH di dalam bible versi bahasa Melayu mereka’.

Tidak sewajarnya ada pihak yang cuba MENCELARUKAN perdebatan dengan menukar premis perdebatan kepada ‘apakah bukan Islam lansung dilarang dari menyebut kalimah Allah?’. Kita tidak ada masalah orang bukan Islam menyebut kalimah Allah apabila menyanyikan lagu rasmi Negeri Selangor, kerana kalimah Allah di dalam lagu tersebut merujuk kepada Tuhan yang disembah oleh umat Islam. Kita tidak menghalang orang bukan Islam menyebut kalimah Allah apabila bertanya kepada kita ‘boleh ke telangkan kepada gua apa itu Allah?’. Kita juga tidak menghalang sesiapa sahaja menyebut kalimah Allah, selagi kalimah Allah yang disebutnya itu merujuk kepada Tuhan yang disembah oleh umat Islam.

Kita cuma MENENTANG kalimah Allah dijadikan nama tuhan penganut Kristian. Di dalam kes ini, kita bukan sahaja menentang mereka menggunakan kalimah ALLAH di dalam bible versi bahasa Melayu mereka….tapi kita juga menentang mereka MENYEBUT kalimah Allah, sekiranya sebutan itu dikaitkan dengan konsep ketuhanan mereka yang berasaskan konsep TRINITY, iaitu ‘TIGA TUHAN DALAM SATU’.

Tidak Mustahil Pemilikan Hartanah di PUTRAJAYA Akan Dikuasai Kaum Cina dan Warga Asing

February 2, 2013

Semalam merupakan HARI WILAYAH PERSEKUTUAN. Kepada seluruh warga wilayah-wilayah Persekutuan, aku ucapkan Selamat Hari Wilayah Persekutuan.

Terdapat 3 Wilayah Persekutuan di negara kita iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Walaupun Kuala Lumpur adalah Wilayah Persekutuan terawal dan kekal sebagai ibu negara Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa Putrajaya adalah Wilayah Persekutuan terpenting, kerana di sanalah letaknya PUSAT PENTADBIRAN negara kita. Tidak menghairankan, parti-parti politik yang akan ‘bertarung’ di dalam PRU ke 13 akan datang semuanya mengimpikan untuk menguasai PUTRAJAYA.

Aku pernah menulis di dalam blog ini suatu coretan bertajuk ‘Dari Melaka ke Putrajaya’. Melaka adalah lambang KEGEMILANGAN TAMADDUN MELAYU era sebelum penjajahan kuasa-kuasa barat ke atas Kepulauan Melayu, sementara Putrajaya pula ialah lambang KEGEMILANGAN TAMADDUN MELAYU selepas era penjajahan kuasa-kuasa barat. Namun begitu,  TAMADDUN MELAYU bukan bermula di Melaka, dan tidak akan berakhir di Putrajaya.

TAMADDUN MELAYU telah bertapak di Kepulauan Melayu sejak  ‘time immemorable’ atau ‘suatu zaman yang tidak boleh diingati oleh sesiapa’, tetapi  sudah pasti LEBIH AWAL dari era pelayar-pelayar Greek, Arab dan China mula melalui Selat Melaka, malah LEBIH AWAL dari tarikh pengkaji-pengkaji sejarah Arab dan China mula menulis buku-buku sejarah mereka. Kehebatan Kesultanan Melayu Melaka merupakan kesinambungan kepada kehebatan empayar-empayar Melayu sebelum Empayar Melayu Langkasuka(2M-5M), Empayar Melayu Srivijaya(5M-12M) dan Empayar Majapahit(12M-14M). Putrajaya pula ialah tampuk kekuasaan Bangsa Melayu di zaman kita, yang sudah pasti akan diikuti oleh kejayaan-kejayaan lebih besar umat Melayu di abad-abad dan kurun-kurun mendatang.

Di saat kita berbangga dengan empayar-empayar Melayu silam, jangan kita lupa bahawa kehebatan empayar-empayar Melayu di zaman silam sentiasa terdedah kepada ancaman kuasa-kuasa asing. Kesultanan Melayu Melaka menjadi pemegang obor Empayar Melayu selama lebih 100 tahun, sebelum bandar pelabuhan Melaka jatuh ke tangan penjajah Portugis pada tahun 1511. Namun begitu,  kejatuhan ‘pusat pentadbiran’ Kesultanan Melayu Melaka itu tidak bermakna berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka. Kesultanan Melayu Melaka terus dipertahankan,  hanya  ‘pusat pentadbiran’ berubah dari Melaka ke Johor, dari Johor ke Bentan, dan dari Bentan ke Kampar, di Sumatera. Malah, putera-putera Sultan Mahmud Shah, sultan Melaka yang terakhir,  merupakan pengasas-pengasas kepada Kesultanan Melayu Johor dan Kesultanan Melayu Perak.

PUTRAJAYA merupakan jelmaan semula kehebatan TAMADDUN MELAYU, di dalam bentuk yang lebih canggih, sesuai dengan era ICT dan GLOBALISASI sekarang. Putrajaya, secara fizikalnya, telah dirancang dengan begitu rapi, dengan Lebuhraya yang lebar, rekabentuk tasik dan landskap yang begitu menyegarkan, dan bangunan-bangunan tersergam indah. Malah rekabentuk Perdana Putra, pejabat rasmi Perdana Menteri, yang berhadapan dengan Masjid Putra, dan Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri, yang semuanya bercirikan senibina Islam, menyerlahkan kedudukan Islam sebagai AGAMA PERSEKUTUAN. Tahniah kepada Tun Dr Mahathir, ‘arkitek sebenar’ Putrajaya.

Namun begitu,  sebagai ‘pejuang bangsa Melayu berpaksikan agama Islam’, ada beberapa aspek perancangan ‘NON-PHYSICAL’ Putrajaya yang sedikit mengganggu pemikiran aku. Kita semua tahu bahawa Pemaju utama Putrajaya ialah Putrajaya Holdings Sdn. Bhd.PJH), sebuah syarikat milik PETRONAS, selain dari Khazanah Nasional. Ini bermakna, PJH adalah milik Kerajaan secara tidak lansung. Sedangkan Kerajaan pula diterajui oleh Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO, sejak merdeka sehingga sekarang.  Kita juga faham bahawa Putrajaya Holdings dan Petronas adalah entiti ‘business’ yang mana matlamat utama mereka adalah KEUNTUNGAN.

Kalau kita buka website Putrajaya Holdings, dan firma-firma hartanah yang memasarkan hartanah di Putrajaya, salah satu perkara utama ditonjolkan ialah bahawa semua hartanah di Putrajaya adalah berstatus FREEHOLD. Ini bermakna, penjualan hartanah di Putrajaya tidak tertakluk kepada sebarang peratusan  KUOTA MELAYU/BUMIPUTRA. Oleh itu, Putrajaya Holdings boleh menjual 100% dari bilangan unit-unit kediaman dan komersil yang dimajukan kepada pembeli BUKAN MELAYU, termasuk BUKAN MELAYU WARGA ASING.

Sedangkan, sebagai perbandingan, di Singapura, sebarang penjualan hartanah tertakluk kepada ‘Racial Quota’ yang ditetapkan oleh kerajaan Singapura yang dikuasai oleh bangsa Cina, di mana di dalam mana-mana ‘neighbourhood’, atau  ‘blok apartmen’ di Singapura, peratusan pembeli diwajibkan mengikut  komposisi kaum penduduk Singapura, iaitu Cina 80%, Melayu 15% dan India dan lain-lain 5%. Dengan cara ini, Kerajaan Singapura berjaya boleh mengekalkan komposisi penduduk di mana-mana ‘neighbourhood’ atau ‘blok apartmen’ di Singapura mengikut komposisi kaum keseluruhan penduduk Singapura.

Kembali kita ke Putrajaya. Di dalam kesibukan media-massa pro-BN memaparkan kisah kenaikan mendadak harga hartanah di Pulau Pinang, ramai dari kita tidak menyedari bahawa harga hartanah di Putrajaya, lambang kehebatan TAMADDUN MELAYU di abad ini, sudah melonjak begitu tinggi, sehingga tidak tercapai lagi oleh kebanyakan pembeli-pembeli Melayu/Bumiputra.  Sekarang sudah sukar untuk membeli  Rumah Teres dua tingkat di Putrajaya dengan harga kurang dari RM 500,00.00. Harga Rumah Semi-D pula antara RM800,000.00-RM1,200,000.00, sementara Rumah Banglo pula antara RM 1,500,000.00-RM 2,500,000.00. Malah harga lot tanah kosong pun sudah melebihi RM 100.00 se k.p., bermakna satu lot tanah banglo kosong berkeluasan 6,000 k.p. akan dijual dengan harga tidak kurang dari RM 600,000.00.

Tidak dapat dinafikan bahawa kuasa membeli orang Melayu sudah meningkat, dan  memang ada pembeli-pembeli Melayu/Bumiputra yang mempunyai kemampuan untuk membeli hartanah-hartanah pada harga tersebut….persoalannya, sejauh mana pemilik Melayu/Bumiputra akan dapat mempertahankan pemilikan mereka jika mereka menerima tawaran berganda-ganda untuk menjual kediaman mereka kepada pembeli warga asing. Di sinilah kehebatan pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu, memasukkan peruntukan TANAH RIZAB MELAYU di dalam Perlembagaan Negara kita, dengan matlamat, di dalam setiap masa dan keadaan, umat Melayu akan tetap memiliki 50% dari TANAH di negara ini, yang tidak boleh dijual kepada bukan Melayu. Sewajarnya, peraturan berhubungan pemilikan  TANAH RIZAB MELAYU dijadikan panduan di dalam kita menyediakan garis-panduan berkenaan pemilikan unit-unit perumahan dan komersil, terutamanya di Putrajaya.

Sempena HARI WILAYAH PERSEKUTUAN yang mulia ini, aku amat berharap, pemimpin-pemimpin UMNO dan Kerajaan, Petronas, Putrajaya Holdings, UMNO Bahagian Putrajaya, NGO-NGO Melayu dan semua pihak yang terlibat dan berminat di dalam menentukan halatuju perancangan dan pembangunan Putrajaya, untuk menyemak semula dasar-dasar pemilikan hartanah di Putrajaya bagi menentukan bahawa Bangsa Melayu/Bumiputra mampu memiliki, dan kekal memiliki, sekurang-kurangnya 50% dari hartanah di Putrajaya, selaras dengan dasr-dasar lain berkaitan, termasuk peruntukan RIZAB MELAYU di dalam Perlembagaan Negara kita. Sekiranya Kerajaan Singapura boleh melaksanakan sistem ‘racial quota’ di dalam pembangunan perumahan di negara mereka, apa masalahnya dengan kita…

PUTRAJAYA adalah lambang kegemilangan TAMADDUN MELAYU di zaman kita. Oleh itu, komposisi penduduk Putrajaya perlu mencerminkan komposisi kaum di negara ini. Kita tidak mahu, selain dari hartanah-hartanah yang disediakan oleh Kerajaan untuk disewa oleh pegawai-pegawainya yang bertugas di Putrajaya, pemilikan hartanah sektor swasta di Putrajaya dikuasai oleh KAUM CINA dan WARGA ASING.

Kaji Semula Kelayakan KETUA MENTERI BUKAN MELAYU Menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu

February 1, 2013

Tahniah kepada Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan yang telah membuat ketetapan untuk menghantar suatu memorandum kepada Raja-Raja Melayu berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Sebut sahaja Raja-Raja Melayu, terbayang di kepala kita Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang turut dihadiri oleh Menteri-Menteri Besar yang menjadi penasihat kepada Sultan negeri masing-masing. Semua Menteri-Menteri Besar terdiri dari kalangan bangsa Melayu, yang semestinya beragama Islam, selaras dengan peruntukan perlembagaan negeri-negeri yang mempunyai Sultan.

Namun begitu, bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan, negeri-negeri tersebut diwakili oleh Tuan-Tuan Yang Di-Pertua Negeri, yang akan diiringi oleh Penasihat-Penasihat mereka iaitu Ketua-Ketua Menteri. Berbeza dengan negeri-negeri bersultan di mana Menteri-Menteri Besar adalah dari kalangan bangsa Melayu, Ketua-Ketua Menteri di negeri-negeri tidak bersultan tidak semestinya terdiri dari bangsa Melayu. Persoalan timbul, apakah wajar seorang Ketua Menteri bukan Melayu turut serta di dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu, sedangkan fungsi Majlis Raja-Raja Melayu berkait rapat dengan persoalan-persoalan berkaitan kedudukan istimewa Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan sebagainya.

Ini bertepatan dengan senarai fungsi Majlis Raja-Raja Melayu yang boleh kita baca di dalam Laman Web Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu, yang antara lain  menyenaraikan perkara-perkara berikut:

1.   Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung mengenai keistimewaan, kedudukan, kemulian atau kebesaran Raja-raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-raja.

2.   Majlis Raja-raja hendaklah diminta fikirannya sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar mengenai tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153 (mengenai kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, Bumiputera serta juga hak kaum-kaum lain).

Di sini aku nampak terdapat sedikit KEJANGGALAN dan KECACATAN berhubung institusi Majlis Raja-Raja Melayu, apabila KETUA MENTERI BUKAN MELAYU layak hadir di dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja atas kapasiti sebagai Penasihat kepada Yang Di Pertua Negeri. Pada masa ini, satu-satunya Ketua Menteri bukan Melayu ialah Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Di dalam membincangkan hal-hal melibatkan kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam, termasuk isu Kalimah Allah, aku percaya Raja-Raja Melayu perlu berbincang secara terbuka dan berterus terang. Tetapi, apakah ini mungkin berlaku apabila seorang yang dianggap sebagai MUSUH MELAYU dan MUSUH ISLAM turut sama berada di dalam Mesyuarat??

Aku percaya, sudah tiba masanya Majlis Raja-raja mengkaji semula kelayakan KETUA MENTERI BUKAN MELAYU menganggotai Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu. Kita tidak mahu MUSUH DALAM SELIMUT dan GUNTING DALAM LIPATAN.


%d bloggers like this: