Tidak Mustahil Pemilikan Hartanah di PUTRAJAYA Akan Dikuasai Kaum Cina dan Warga Asing

Semalam merupakan HARI WILAYAH PERSEKUTUAN. Kepada seluruh warga wilayah-wilayah Persekutuan, aku ucapkan Selamat Hari Wilayah Persekutuan.

Terdapat 3 Wilayah Persekutuan di negara kita iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Walaupun Kuala Lumpur adalah Wilayah Persekutuan terawal dan kekal sebagai ibu negara Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa Putrajaya adalah Wilayah Persekutuan terpenting, kerana di sanalah letaknya PUSAT PENTADBIRAN negara kita. Tidak menghairankan, parti-parti politik yang akan ‘bertarung’ di dalam PRU ke 13 akan datang semuanya mengimpikan untuk menguasai PUTRAJAYA.

Aku pernah menulis di dalam blog ini suatu coretan bertajuk ‘Dari Melaka ke Putrajaya’. Melaka adalah lambang KEGEMILANGAN TAMADDUN MELAYU era sebelum penjajahan kuasa-kuasa barat ke atas Kepulauan Melayu, sementara Putrajaya pula ialah lambang KEGEMILANGAN TAMADDUN MELAYU selepas era penjajahan kuasa-kuasa barat. Namun begitu,  TAMADDUN MELAYU bukan bermula di Melaka, dan tidak akan berakhir di Putrajaya.

TAMADDUN MELAYU telah bertapak di Kepulauan Melayu sejak  ‘time immemorable’ atau ‘suatu zaman yang tidak boleh diingati oleh sesiapa’, tetapi  sudah pasti LEBIH AWAL dari era pelayar-pelayar Greek, Arab dan China mula melalui Selat Melaka, malah LEBIH AWAL dari tarikh pengkaji-pengkaji sejarah Arab dan China mula menulis buku-buku sejarah mereka. Kehebatan Kesultanan Melayu Melaka merupakan kesinambungan kepada kehebatan empayar-empayar Melayu sebelum Empayar Melayu Langkasuka(2M-5M), Empayar Melayu Srivijaya(5M-12M) dan Empayar Majapahit(12M-14M). Putrajaya pula ialah tampuk kekuasaan Bangsa Melayu di zaman kita, yang sudah pasti akan diikuti oleh kejayaan-kejayaan lebih besar umat Melayu di abad-abad dan kurun-kurun mendatang.

Di saat kita berbangga dengan empayar-empayar Melayu silam, jangan kita lupa bahawa kehebatan empayar-empayar Melayu di zaman silam sentiasa terdedah kepada ancaman kuasa-kuasa asing. Kesultanan Melayu Melaka menjadi pemegang obor Empayar Melayu selama lebih 100 tahun, sebelum bandar pelabuhan Melaka jatuh ke tangan penjajah Portugis pada tahun 1511. Namun begitu,  kejatuhan ‘pusat pentadbiran’ Kesultanan Melayu Melaka itu tidak bermakna berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka. Kesultanan Melayu Melaka terus dipertahankan,  hanya  ‘pusat pentadbiran’ berubah dari Melaka ke Johor, dari Johor ke Bentan, dan dari Bentan ke Kampar, di Sumatera. Malah, putera-putera Sultan Mahmud Shah, sultan Melaka yang terakhir,  merupakan pengasas-pengasas kepada Kesultanan Melayu Johor dan Kesultanan Melayu Perak.

PUTRAJAYA merupakan jelmaan semula kehebatan TAMADDUN MELAYU, di dalam bentuk yang lebih canggih, sesuai dengan era ICT dan GLOBALISASI sekarang. Putrajaya, secara fizikalnya, telah dirancang dengan begitu rapi, dengan Lebuhraya yang lebar, rekabentuk tasik dan landskap yang begitu menyegarkan, dan bangunan-bangunan tersergam indah. Malah rekabentuk Perdana Putra, pejabat rasmi Perdana Menteri, yang berhadapan dengan Masjid Putra, dan Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri, yang semuanya bercirikan senibina Islam, menyerlahkan kedudukan Islam sebagai AGAMA PERSEKUTUAN. Tahniah kepada Tun Dr Mahathir, ‘arkitek sebenar’ Putrajaya.

Namun begitu,  sebagai ‘pejuang bangsa Melayu berpaksikan agama Islam’, ada beberapa aspek perancangan ‘NON-PHYSICAL’ Putrajaya yang sedikit mengganggu pemikiran aku. Kita semua tahu bahawa Pemaju utama Putrajaya ialah Putrajaya Holdings Sdn. Bhd.PJH), sebuah syarikat milik PETRONAS, selain dari Khazanah Nasional. Ini bermakna, PJH adalah milik Kerajaan secara tidak lansung. Sedangkan Kerajaan pula diterajui oleh Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO, sejak merdeka sehingga sekarang.  Kita juga faham bahawa Putrajaya Holdings dan Petronas adalah entiti ‘business’ yang mana matlamat utama mereka adalah KEUNTUNGAN.

Kalau kita buka website Putrajaya Holdings, dan firma-firma hartanah yang memasarkan hartanah di Putrajaya, salah satu perkara utama ditonjolkan ialah bahawa semua hartanah di Putrajaya adalah berstatus FREEHOLD. Ini bermakna, penjualan hartanah di Putrajaya tidak tertakluk kepada sebarang peratusan  KUOTA MELAYU/BUMIPUTRA. Oleh itu, Putrajaya Holdings boleh menjual 100% dari bilangan unit-unit kediaman dan komersil yang dimajukan kepada pembeli BUKAN MELAYU, termasuk BUKAN MELAYU WARGA ASING.

Sedangkan, sebagai perbandingan, di Singapura, sebarang penjualan hartanah tertakluk kepada ‘Racial Quota’ yang ditetapkan oleh kerajaan Singapura yang dikuasai oleh bangsa Cina, di mana di dalam mana-mana ‘neighbourhood’, atau  ‘blok apartmen’ di Singapura, peratusan pembeli diwajibkan mengikut  komposisi kaum penduduk Singapura, iaitu Cina 80%, Melayu 15% dan India dan lain-lain 5%. Dengan cara ini, Kerajaan Singapura berjaya boleh mengekalkan komposisi penduduk di mana-mana ‘neighbourhood’ atau ‘blok apartmen’ di Singapura mengikut komposisi kaum keseluruhan penduduk Singapura.

Kembali kita ke Putrajaya. Di dalam kesibukan media-massa pro-BN memaparkan kisah kenaikan mendadak harga hartanah di Pulau Pinang, ramai dari kita tidak menyedari bahawa harga hartanah di Putrajaya, lambang kehebatan TAMADDUN MELAYU di abad ini, sudah melonjak begitu tinggi, sehingga tidak tercapai lagi oleh kebanyakan pembeli-pembeli Melayu/Bumiputra.  Sekarang sudah sukar untuk membeli  Rumah Teres dua tingkat di Putrajaya dengan harga kurang dari RM 500,00.00. Harga Rumah Semi-D pula antara RM800,000.00-RM1,200,000.00, sementara Rumah Banglo pula antara RM 1,500,000.00-RM 2,500,000.00. Malah harga lot tanah kosong pun sudah melebihi RM 100.00 se k.p., bermakna satu lot tanah banglo kosong berkeluasan 6,000 k.p. akan dijual dengan harga tidak kurang dari RM 600,000.00.

Tidak dapat dinafikan bahawa kuasa membeli orang Melayu sudah meningkat, dan  memang ada pembeli-pembeli Melayu/Bumiputra yang mempunyai kemampuan untuk membeli hartanah-hartanah pada harga tersebut….persoalannya, sejauh mana pemilik Melayu/Bumiputra akan dapat mempertahankan pemilikan mereka jika mereka menerima tawaran berganda-ganda untuk menjual kediaman mereka kepada pembeli warga asing. Di sinilah kehebatan pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu, memasukkan peruntukan TANAH RIZAB MELAYU di dalam Perlembagaan Negara kita, dengan matlamat, di dalam setiap masa dan keadaan, umat Melayu akan tetap memiliki 50% dari TANAH di negara ini, yang tidak boleh dijual kepada bukan Melayu. Sewajarnya, peraturan berhubungan pemilikan  TANAH RIZAB MELAYU dijadikan panduan di dalam kita menyediakan garis-panduan berkenaan pemilikan unit-unit perumahan dan komersil, terutamanya di Putrajaya.

Sempena HARI WILAYAH PERSEKUTUAN yang mulia ini, aku amat berharap, pemimpin-pemimpin UMNO dan Kerajaan, Petronas, Putrajaya Holdings, UMNO Bahagian Putrajaya, NGO-NGO Melayu dan semua pihak yang terlibat dan berminat di dalam menentukan halatuju perancangan dan pembangunan Putrajaya, untuk menyemak semula dasar-dasar pemilikan hartanah di Putrajaya bagi menentukan bahawa Bangsa Melayu/Bumiputra mampu memiliki, dan kekal memiliki, sekurang-kurangnya 50% dari hartanah di Putrajaya, selaras dengan dasr-dasar lain berkaitan, termasuk peruntukan RIZAB MELAYU di dalam Perlembagaan Negara kita. Sekiranya Kerajaan Singapura boleh melaksanakan sistem ‘racial quota’ di dalam pembangunan perumahan di negara mereka, apa masalahnya dengan kita…

PUTRAJAYA adalah lambang kegemilangan TAMADDUN MELAYU di zaman kita. Oleh itu, komposisi penduduk Putrajaya perlu mencerminkan komposisi kaum di negara ini. Kita tidak mahu, selain dari hartanah-hartanah yang disediakan oleh Kerajaan untuk disewa oleh pegawai-pegawainya yang bertugas di Putrajaya, pemilikan hartanah sektor swasta di Putrajaya dikuasai oleh KAUM CINA dan WARGA ASING.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s