Salurkan Bantuan-Bantuan Tunai Seperti BR1M Secara Lebih BIJAKSANA

Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M) adalah salah satu dari berbagai-bagai skim bantuan TUNAI secara lansung Kerajaan BN kepada golongan rakyat berpendapatan sederhana rendah dan rendah. Dianggarkan lebih dari 5 juta keluarga berhak menerima bantuan ini, yang pertama kali diperkenalkan kira-kira enam bulan lalu, dan sekarang rakyat sedang menerima bantuan pusingan kedua. Kita percaya, sebahagian besar dari penerima-penerima bantuan akan merasai faedah dan kelegaan dari bantuan-bantuan sedemikian dan akan berterima kasih kepada Kerajaan.

Namun begitu, kadang-kala, ada usaha-usaha dan niat murni Kerajaan BN meringankan bebanan rakyat dengan bantuan-bantuan TUNAI secara lansung dicacatkan oleh SISTEM PENYAMPAIAN yang kurang bijaksana. Kekecohan yang berlaku di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru semalam, sebagaimana dilapurkan oleh Utusan Malaysia hari ini,  BOLEH DIELAKKAN sekiranya pihak yang bertanggung-jawab menyalurkan WANG TUNAI tersebut kepada rakyat lebih bijaksana di dalam kaedah menyampaikan bantuan tersebut. Mengumpulkan 20,000 orang rakyat jelata secara serentak untuk menyampaikan bantuan tunai  sudah tentu mengundang banyak perkara tidak dingini.

Gambarkan apa perasaan kita jika terpaksa beratur lebih dari 30 minit untuk beratur ke kaunter service McD atau KFC, atau beratur di majlis kenduri kahwin atau open house untuk menunggu giliran menyenduk makanan. Bayangkan pula kita terpaksa beratur lebih dari 2 atau 3 jam sebelum tiba di kaunter bayaran bagi mendapat wang tunai rm500 BR1M. Bagi golongan berpendapatan sederhana rendah atau rendah, Rm500.00 adalah suatu jumlah yang besar. Golongan berpendapatan rendah umpamanya jarang sekali dapat menyimpan wang tunai terkumpul rm500. Oleh itu,  walaupun terpaksa beratur lebih dari 3-5 jam pun, mereka akan tetap beratur….kalau bekerja satu hari suntuk pun belum tentu boleh dapat rm100. Walaupun terpaksa berkerusi roda bagi yang cacat, dan perit menahan sakit kaki dan lutut bagi yang telah berumur, kebanyakan akan tetap bersabar menuju ke garis penamat. Tetapi tidak semua orang mempunyai sifat sabar. Ada yang akan mula mempersoalkan  apakah wajar rakyat dipaksa beratur lebih dari 30-40 minit untuk menerima bantuan-bantuan wang tunai termasuk BR1M?….sedangkan selama ini kita hanya terbiasa menyaksikan di kaca TV, bagaimana beribu-ribu pelarian perang atau mangsa kemarau panjang di negara-negara Afrika sahaja yang beratur panjang untuk mendapatkan bekalan makanan.

Apakah tidak ada kaedah-kaedah lain yang lebih menyenangkan dan memberi kenangan manis kepada rakyat di dalam menyampaikan bantuan tunai BR1M? Mengumpulkan 20,000 orang untuk beratur mendapatkan rm500 seorang bukan sahaja menimbulkan KERUMITAN YANG TIDAK PERLU kepada rakyat, malah akan dianggap TIDAK IKHLAS dan lebih bermotifkan politik memancing undi. Apatah lagi jika  majlis penyampaian itu digembar-gemburkan sebagai  suatu rally politik. Tidak salah untuk kita mengingatkan kepada rakyat supaya bersyukur kepada Allah swt dan berterima kasih kepada Kerajaan BN melalui majlis-majlis sedemikian, tetapi berpada-padalah sedikit di dalam berpolitik, jangan sampai ada yang terasa MARUAH MEREKA TERCABAR setelah terpaksa beratur berjam-jam untuk mendapatkan rm500.

Aku percaya, rakyat tetap akan menghargai JASA KERAJAAN BN sekiranya mereka dibayar melalui lain-lain kaedah yang lebih menyenangkan rakyat, seperti melalui kaunter-kaunter BSN atau PEJABAT POS di seluruh pelusuk negara, sebagaimana golongan pesara-pesara menerima elaun persaraan mereka setiap bulan. Di zaman ICT sekarang, apa susahnya menyalurkan walaupun jutaan nama mereka yang layak menerima apa-apa bantuan sekalipun kaunter-kaunter BSN atau PEJABAT POS di seluruh negara, supaya mereka yang tersenarai datang sahaja ke BSN dan PEJABAT POS yang bertaburan di seluruh negara bagi mendapatkan hak mereka.

Aku percaya rakyat akan lebih menghargai KEIKHLASAN KERAJAAN sekiranya kaedah-kaedah perlaksanaan pemberian bantuan-bantuan seperti BR1M tidak menimbulkan ‘unnecessary hassle’ atau kerumitan yang tidak perlu. Kaedah-kaedah yang terlalu kelihatan bermotifkan politik, terutama untuk menonjolkan tokoh-tokoh tertentu, boleh mengakibatkan rakyat boleh memandang serong, dan beranggapan bahawa Kerajaan ‘ada udang di sebalik batu’ dan ‘ada ketam di sebalik kayu’.

Semua pihak berhak menggunakan projek-projek, program-program dan majlis-majlis tertentu untuk mendapat ‘political milage’, baik di pihak Kerajaan atau pembangkang. Di sinilah perlu ada kebijaksaan, supaya tidak menimbulkan fenomena MASUK ANGIN KELUAR ASAP….apatah lagi kalau yang keluar tu ASAP BERACUN…

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s