INDIA MUSLIM Hanya Boleh Jadi BUMIPUTRA Dengan Menjadi MELAYU

Di kala rakyat Malaysia digegarkan oleh Kumpulan Rock GANGNAM STYLE dari KOREA, ramai juga yang telah tertarik untuk memberi perhatian kepada suatu perbincangan berhubung permohonan suatu NGO mewakili kelompok India Muslim, untuk diiktiraf sebagai BUMIPUTRA di negara ini.

Aku fikir permohonan mereka ini amat sukar untuk dipertimbangkan, apatah lagi untuk diperkenankan. Ini adalah kerana ‘bumiputra’ mempunyai maksud dan kriteria-kriteria tertentu mengikut kefahaman umum rakyat negara kita, selain dari peruntukan-peruntukan undang-undang di dalam Perlembagaan negara kita.

Terdapat peruntukan KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU di dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan terdapat peruntukan KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Di dalam kedua-dua Perjanjian dan Perlembagaan tersebut, kalimah ‘Melayu’ mencakupi suku-suku kaum Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu.

Sebelum penubuhan Malaysia pada tahun 1963, belum ada ungkapan ‘ BUMIPUTRA’ dimasukkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan. Malah, pada masa itu, tidak ada keperluan untuk menambahkan ungkapan ‘dan bumiputra’, kerana telah menjadi pengetahuan umum sebelum 1963 bahawa Bangsa Melayu adalah ‘natives’ atau ‘penduduk asal’ Persekutuan Tanah Melayu, sebagaimana juga suku-suku kaum Orang Asli. Sebelum 1963, hanya MELAYU, termasuk suku-suku kaum Orang Asli, adalah bangsa BUMIPUTRA di Semenanjung Tanah Melayu.

Dengan penubuhan Malaysia, Perkara 153 telah ditambah ungkapan ‘dan Bumiputra negeri-negeri Sabah dan Sarawak’. Sejak itu, dua kelompok yang diiktiraf oleh Perlembagaan mempunyai KEDUDUKAN ISTIMEWA ialah BANGSA MELAYU dan KAUM-KAUM BUMIPUTRA. Oleh itu, bagi melayakkan seseorang warganegara Malaysia menikmati KEDUDUKAN ISTIMEWA, mereka hendaklah terdiri dari kalangan BANGSA MELAYU, atau KAUM-KAUM BUMIPUTRA.

Ini membawa kita kepada persoalan apakah kelompok India Muslim wajar diberi status BUMIPUTRA? Bagi aku ini mustahil boleh berlaku kerana, untuk menjadi BUMIPUTRA, seseorang itu mestilah dari kalangan BANGSA MELAYU, ORANG ASLI SEMENANJUNG, BUMIPUTRA SABAH dan BUMIPUTRA SARAWAK.

TETAPI, kelompok India Muslim BOLEH menjadi Melayu berdasarkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan di mana Melayu ditakrifkan sebagai mereka yang kebiasaannya BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU, MENGAMALKAN ADAT-ADAT MELAYU dan BERAGAMA ISLAM. Malah ratusan ribu MELAYU di negeri-negeri utara termasuk Kedah dan Pulau Pinang adalah terdiri dari mereka yang asalnya adalah kaum India Muslim….melalui proses kahwin campur dengan orang Melayu, atau melalui TRANSFORMASI BUDAYA….iaitu dengan beransur-ansur meng’adoptasi’ budaya Melayu dan bercakap dalam bahasa Melayu.

Sekiranya kelompok India Muslim benar-benar berminat untuk menjadi BUMIPUTRA, satu-satunya cara ialah dengan menjadi ORANG MELAYU, kerana sesiapa sahaja yang diiktiraf sebagai orang Melayu, dengan sendirinya dia akan dikira bertaraf BUMIPUTRA.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

2 Comments on “INDIA MUSLIM Hanya Boleh Jadi BUMIPUTRA Dengan Menjadi MELAYU”


  1. tak payahlah mamak ni nak jadi bumiputera..dah kaya raya, nak rembat hak orang melayu lagi apahal…jangan sampai kena hambat balik india baru tau….aku makin meluat dengan bangsa asing ni..

    inilah padahnya bila pemimpin dahulu terlalu berlembut hati..british bawak dorang masuk, lepas tu taknak hantar balik..siap ugut kalau nak merdeka, kena ambik sampah dorang dulu..sial..

    • warisan tmk Says:

      Jangan kita lupa bahawa Melayu asalnya ialah salah satu dari suku Orang Asli di negara ini. Bezanya ialah Orang Asli suku Melayu tinggal di kuala-kuala sungai. Jadi suku Melayu terdedah kepada bangsa-bangsa pedagang antarabangsa seperti kaum India dan Arab.

      Pengaruh bangsa Arab dan India Muslim amat besar dalam perkembangan peradaban Melayu di Alam Melayu, baik di Malaysia atau Indonesia, terutama sejak terasasnya Kesultanan Melayu Melaka. Kelompok ‘syed’ adalah kelompok Arab yang telah menjadi Melayu.

      Gelaran ‘shah’ yang digunakan di penghujung nama-nama sultan Melayu Melaka pula diambil dari gelaran nama-nama Raja India Muslim di India, termasuk kesultanan Delhi. Malah ramai dari pembesar-pembesar Kesultanan Melayu Melaka terdiri dari kelompok India Muslim yang telah menjadi Melayu.

      Kita perhatikan sahaja rupa Melayu di utara semenanjung….bukankan mereka ada ‘iras-iras’ mamak?

      Kelompok mamak semuanya beragama Islam. Aku tidak ada masalah jika mamak meng’edopt’ budaya Melayu, membiasakan bercakap Melayu, dan diterima menjadi Melayu. Mereka ni tak banyak masalah dengan kita.

      Yang banyak buat masalah kepada kita ialah anak-cucu pendatang, yang sekarang telah jadi warganegara Malaysia, tetapi menjadi penyokong DAP yang nak hapuskan KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s