Lahad Datu – PENDURHAKA NEGARA Perlu Di Bawa Ke Muka Pengadilan

Sudah lebih tiga minggu aku tidak menulis, sejak bermulanya peristiwa  pencerobohan oleh ‘Tentera Kesultanan Sulu’ , atau lebih tepat, PENGGANAS SULU, atau di dalam bahasa lebih klasik, LANUN SULU.

Kita semua meratapi pemergian WIRA-WIRA negara kita, dan turut merasai kesedihan kaum keluarga peninggalan mereka. Di masa yang sama, kita amat berbangga di atas keberanian dan pengorbanan mereka. Kita berdoa kepada Allah swt agar mereka semua tergolong sebagai PARA SYUHADA, kerana mempertahankan kedaulatan Negara Islam Malaysia, sebagaimana para syuhada yang gugur di Bukit Uhud mempertahankan Rasulullah saw dan panji Islam. Sebagai para syuhada, mereka sebenarnya BUKAN MATI, tetapi mereka dianugerahkan suatu penghidupan baru, di satu alam yang baru, dengan segala ganjaran dari Allah swt , sesuai dengan kedudukan mereka sebagai para syuhada.

Apa yang amat mengganggu fikiran aku, dan kita semua, sepanjang tiga minggu lepas ialah….sampai bila pihak berkuasa dan Kerajaan akan memberikan ‘ruang udara’ kepada PENGKHIANAT-PENGKHIANAT NEGARA? Dari beberapa lapuran media asing termasuk dari Filipina, dan berbagai  ‘circumstancial evidence’ yang telah didedahkan oleh rakan-rakan bloggers kita, terdapat asas-asas yang kuat untuk kita mempercayai bahawa terdapat unsur-unsur PENDURHAKAAN(di dalam bahasa Inggerisnya TREASON), oleh seorang atau lebih dari seorang PENDURHAKA dari dalam negara kita, yang telah membawa kepada tercetusnya peristiwa PENCEROBOHAN LAHAD DATU. Mereka ini adalah ‘Musuh dalam selimut’, dan ‘Gunting dalam lipatan’.

Di dalam undang-undang negara kita, yang mana sebahagiannya di cedok dari undang-undang Inggeris, terdapat peruntukan hukuman-hukuman yang AMAT BERAT bagi kesalahan TREASON atau PENDURHAKAAN KEPADA NEGARA, termasuk hukuman GANTUNG SAMPAI MATI dan PENJARA SEUMUR HIDUP. Walaupun undang-undang menyebut TREASON  terhadap Yang Dipertuan Agung, yang sebenarnya ia membawa maksud PENDURHAKAAN KEPADA NEGARA.

‘It is TREASON to commit offences against the Yang Dipertuan Agung’s person, waging, attempting to wage war or abetting the waging of war against the Yang Dipertuan Agung. All these offences are punishable by hanging, which derives from the English treason acts’. Maksudnya, ‘Adalah suatu PENDURHAKAAN….memerangi, percubaan memerangi, atau membantu sebarang tindakan perang ke atas Yang Dipertuan Agung. Semua kesalahan ini akan membawa hukuman gantung, sebagaimana dicedok dari English Treason Acts’.

Sudah tiba masanya, agensi-agensi penyiasatan dan risikan negara kita menjalankan siasatan rapi  terhadap lapuran-lapuran media antara-bangsa yang telah mengaitkan beberapa orang pemimpin pembangkang di negara ini, secara lansung atau tidak lansung, di dalam mencetuskan peristiwa PENCEROBOHAN LAHAD DATU….yang akan tersenarai di antara peristiwa-peristiwa HITAM di dalam sejarah negara kita.

Mereka yang melakukan PENDURHAKAAN TERHADAP NEGARA perlu dijatuhkan hukuman yang setimpal, GANTUNG SAMPAI MATI atau PENJARA SEUMUR HIDUP, supaya mereka tidak akan ada peluang lagi untuk mengulangi kesalahan jenayah yang sama.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s