Pewaris Kesultanan Sulu Tuntut Sabah, Tetapi Membiarkan Kepulauan Sulu Diperintah Filipina…Apa Logiknya?

Alhamdulillah, akhirnya ‘Sultan Jamalul Kiram 111’  telah mengisytiharkan ‘unilateral ceasefire’ atau ‘gencatan senjata sebelah pihak’ berkuatkuasa 12.30 tengahari tadi. Walaupun ‘baginda’ memberikan alasan bahawa ‘unilateral ceasefire’ tersebut diisytiharkan sebagai menghormati gesaan Setiausaha Agung PBB, keadaan sebenar di lokasi pencerobohan ialah ‘tentera kesultanan Sulu’ telah diusir dari ‘lokasi pencerobohan’, sehingga terpaksa menyelinap ke dalam penduduk tempatan bagi mengelakkan tangkapan.

Mereka sebenarnya telah ditewaskan, jadi di dalam keadaan ini kalimah-kalimah seperti ‘ceasefire’, malah ‘surrender’ pun, sudah terlambat dan tidak relevan lagi. Baginda lebih tepat menggunakan istilah MENYERAH KALAH, sebagaimana Maharaja Jepun menyerah kalah di dalam Perang Dunia Kedua setelah bandaraya Hiroshima dan Nagasaki diranapkan oleh bom atom tentera Amerika Syarikat.

Sambil kita mengikuti perkembangan-perkembangan selanjutnya, aku ingin berkongsi pandangan dengan rakan-rakan bloggers, berkenaan suatu perkara yang amat PELIK dan TIDAK MASUK AKAL berhubung peristiwa PENCEROBOHAN ini.

Sebelum pencerobohan ini, kita semua belum pernah terdengar sebarang berita berkenaan ‘tentera Kesultanan Sulu’. Kita juga tidak pernah mendengar kisah ‘tentera Kesultanan Sulu’ mengangkat senjata menentang pemerintah Filipina. Kalau ‘baginda’ dan ‘tentera baginda’ ada mengangkat senjata menentang pemerintah Filipina, sudah tentu telah lama ‘baginda’ dihapuskan atau dipenjara. Kenyataannya, ‘baginda’ ‘bersemayam’ di sebuah ‘istana’ di pinggir Manila, tanpa diganggu oleh Kerajaan Filipina…malah menerima bantuan Kerajaan Filipina untuk rawatan perubatan ‘baginda’.

Ini membuktikan bahawa ‘baginda’ tidak berminat untuk  merampas kembali ‘takhta Kesultanan Sulu’ yang telah dirampas oleh penjajah Sepanyol, dan kemudiannya diperturunkan kepada Amerika Syarikat, dan kemudiannya kepada Kerajaan Filipina pada hari ini.

Sebaliknya, kita lebih banyak mendengar cerita pewaris kesultanan Sulu  berlegar di hotel-hotel mewah, menawarkan dan mengurniakan gelaran ‘Datu’….kepada warga Malaysia yang kempunan nak pakai gelaran ‘Datuk’….dengan syarat kena memberikan ‘sumbangan tertentu’ kepada ‘Sultan Sulu’.

Selama ini, kita hanya mengkagumi perjuangan  Moro National Liberation Front(MNLF) pimpinan Nur Misuari, dan Moro Islamic Liberation Front(MILF) pimpinan Murad Ebrahim. Kita tahu, walaupun MNLF berjaya memaksa Kerajaan Filipina membentuk kawasan Autonomous Region in Muslim Mindanao(ARMM), tetapi disebabkan perpecahan dalaman, sebahagian besar penyokong MNLF telah bertindak keluar dari MNLF, dan menubuhkan MILF, yang meneruskan perjuangan bersenjata terhadap pemerintah Filipina, sehingga tercapainya RANGKA KASAR Perjanjian Damai di antara MILF dan Kerajaan Filipina, dengan Malaysia sebagai ORANG TENGAH, baru-baru ini.

Walaupun kedua-dua MNLF dan MILF pernah mengangkat senjata menentang pemerintah Filipina, kedua-dua pertubuhan ini menunjukkan sikap bersaudara dengan Malaysia, dan tidak pernah memusuhi Malaysia. Malah Sabah menjadi tempat untuk umat Islam dari selatan Filipina berhijrah untuk mencari peluang pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik. Dan, kedua-dua pertubuhan ini tidak pernah membangkitkan isu tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah, atau tuntutan Filipina ke atas Sabah.

Lain pula halnya dengan pewaris kesultanan Sulu. Mereka  membiarkan sahaja Kepulauan Sulu, bekas pusat pemerintahan Kesultanan Sulu, diperintah oleh pemerintah Filipina, dan membiarkan sahaja MNLF dan MILF berjuang bermati-matian menuntut hak-hak umat Islam di selatan Filipina, sedangkan mereka hidup dengan aman dan selesa di Manila. Sebaliknya, pewaris kesultanan Sulu ini pula yang telah TERDORONG untuk menimbulkan semula isu TUNTUTAN KE ATAS SABAH…termasuk menghantar ‘tentera kesultanan Sulu’ ke Lahad Datu.

Apa logiknya, pewaris kesultanan Sulu menghantar ‘tentera kesultana Sulu’ ke Lahad Datu untuk  menuntut Sabah, tetapi membiarkan sahaja Kepulauan Sulu, bekas ibukota kesultanan tersebut, diperintah oleh pemerintah Filipina.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s