‘Wallahi, Dr Mahathir Tidak Menzalimi Anwar Ibrahim’ – Datuk Wan Zahidi Wan Teh

Sehari dua lepas, Pisau.net ada memaparkan kenyataan bekas sahabat rapat Anwar Ibrahim, Datuk Dr Sidek Baba bahawa beliau pernah mendengar penjelasan seorang bekas Penasihat Agama Anwar Ibrahim, semasa Anwar Ibrahim memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tentang ‘perihal Anwar’. Sebagai seorang yang amat cermat di dalam membuat sebarang kenyataan, Datuk Dr Sidek tidak menamakan bekas pegawai Anwar Ibrahim tersebut, yang mengikut beliau ialah seorang mufti.

Bukan sukar untuk meneka siapakah tokoh yang dimaksudkan oleh Datuk Dr Sidek Baba. Aku ingin berkongsi sedikit pengalaman aku sendiri, menghadiri suatu majlis ‘Multaqa’  yang dihadiri oleh lebih 300 orang peserta, di mana salah seorang penceramahnya ialah Datuk Wan Zahidi b. Wan Teh di awal tahun 2,000. Pada masa itu, beliau ialah seorang PERUNDING di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia(YADIM). Sekarang beliau ialah Mufti Wilayah Persekutuan. Dan suatu masa dahulu, beliau pernah menjadi PENASIHAT AGAMA kepada Anwar Ibrahim, semasa Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Beliau pada malam itu berceramah atas tajuk ‘Malaysia Sebuah Negara Islam’. Beliau memang diperakui sebagai seorang PAKAR di dalam ‘siasah syariyyah’, atau ‘politik berteraskan syariah’.

Pada sessi soal-jawab di penghujung ceramah beliau tersebut, seorang peserta telah meminta beliau memberikan penjelasan di sebalik beliau meletakkan jawatan sebagai Penasihat Agama kepada Anwar Ibrahim, kira-kira 6 bulan sebelum Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, malah dilucutkan dari keahlian UMNO. Beliau juga diminta memberikan pandangan tentang tidakan Tun Mahathir memecat Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Antara lain, jawapan beliau adalah seperti berikut:

Beliau telah berkhidmat sebagai seorang Pensyarah di UIAM sebelum dilantik oleh Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Agama Anwar Ibrahim. Beliau menjadi Penasihat Agama sebelum Anwar Ibrahim menjadi TPM. Di antara tugas beliau termasuklah menyediakan teks khutbah Anwar Ibrahim, kerana pada masa itu, Anwar Ibrahim gemar menyampaikan khutbah jumaat di masjid-masjid.

Namun begitu, setelah Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, beliau mendapati ‘titik-titik hitam’ di dalam Anwar Ibrahim mula bertambah. Beliau pernah menasihati Anwar Ibrahim berhubung pergaulan dengan orang-orang tertentu. Tetapi, apabila nasihat-nasihat beliau telah tidak dipedulikan oleh Anwar Ibrahim lagi, beliau telah membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri. Ini berlaku kira-kira enam bulan sebelum Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan-jawatannya di dalam Kerajaan oleh Tun Dr Mahathir.

Pada PENGHUJUNG ‘deliberasi’ beliau, Datuk Wan Zahidi telah membuat suatu ungkapan yang aku tidak dapat lupakan. Kata beliau, “Wallahi, Dr Mahathir Tidak Menzalimi Anwar Ibrahim…”.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

One Comment on “‘Wallahi, Dr Mahathir Tidak Menzalimi Anwar Ibrahim’ – Datuk Wan Zahidi Wan Teh”


  1. Bid-Ninja…

    […]here are some links to sites that we link to because we think they are worth visiting[…]…


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s