Di Sebalik DAP Memilih Menggunakan Lambang PAS, Bukan Lambang PKR

Ini hanya pandangan aku.

Dilapurkan, calun-calun DAP akan bertanding menggunakan lambang PAS di dalam PRU13 bulan depan, di negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu. Amat senang untuk mengagak kenapa DAP memilih untuk bertanding di bawah lambang PKR di Sabah dan Sarawak….kerana PAS tidak ada kekuatan akar umbi di kedua negeri tersebut.

Pilihan DAP untuk TIDAK menggunakan lambang PKR di negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu agak mengejutkan banyak pihak. Jika dibandingkan dasar-dasar utama perjuangan DAP dan PKR, kedua-dua parti ini mempunyai banyak sekali persamaan. Malah di dalam Pakatan Rakyat, DAP dan PKR dilihat sebagai ‘joint-master-mind’ sementara PAS dilihat hanya sebagai ‘pengikut’. Kalau ini hakikatnya, kenapa DAP tidak bertanding di bawah lambang PKR?

Tidak dapat dinafikan bahawa pemimpin-pemimpin DAP memang PANJANG AKAL. Mereka amat sedar bahawa PKR tidak ada kekuatan akar umbi seperti PAS. Mereka sedar bahawa kekuatan PKR hanya terletak kepada ‘kepintaran’ Anwar Ibrahim di dalam ‘menjaga’ pemimpin-pemimpin utama PAS, termasuk Mursyidul Am PAS Nik Aziz, Presiden PAS  Hj Hadi, dan beberapa orang JUAK-JUAK ANWAR di kalangan Jawatankuasa Pusat PAS.

Di peringkat awal kerjasama antara PKR, DAP dan PAS, DAP amat memerlukan Anwar Ibrahim sebagai ‘jambatan’ antara DAP dan PAS. Dari sudut dasar-dasar dan ideology perjuangan, DAP dan PAS bukan sahaja amat berbeza, malah BERTENTANGAN. DAP adalah pejuang SEKULARISMA, sedangkan PAS adalah PENENTANG SEKULARISMA. PAS pula pada peringkat awalnya bercita-cita menegakkan Negara Islam ‘ala-PAS’, sedangkan DAP adalah PENENTANG NEGARA ISLAM. Tanpa ‘kepintaran’ Anwar Ibrahim, mustahil untuk DAP dan PAS berada di dalam suatu ‘pakatan’ untuk menentang UMNO/BN.

Setelah lebih sepuluh tahun DAP dan PAS, selain dari PKR,  bersama-sama di dalam Gerak, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat, peranan Anwar Ibrahim sebagai ‘jambatan’ antara DAP dan PAS tidak ‘ctitical’ seperti di peringkat awal dahulu. Pemimpin-pemimpin DAP sudah boleh duduk semeja dengan pemimpin PAS tanpa perlu ada Anwar Ibrahim lagi. Bagi DAP, PAS jauh lebih penting dari Anwar Ibrahim. DAP amat sedar bahawa ‘kejayaan’ demonstrasi-demonstrasi seperti BERSIH adalah disebabkan kekuatan akar umbi PAS, bukan kekuatan PKR.

DAP juga amat sedar KOMITMEN dan KESETIAAN para petugas-petugas pilihanraya PAS, berbanding dengan petugas-petugas pilihanraya PKR. DAP amat sedar hanya penyokong PAS yang sedia berbaring di tengah-tengah jalanraya di Kuala Kangsar bagi mempertahankan Kerajaan DAP Perak dari jatuh ke tangan UMNO/BN. Sekiranya DAP bertanding di bawah lambang PAS, DAP sudah tentu boleh ‘relax’, dan serahkan sahaja segala tugas-tugas mengendalikan jentera pilihanraya DAP kepada petugas-petugas PAS…..hantar saja  sedikit ‘angpau’, air mineral dan rokok…semua akan beres….

‘Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru’, itu pepatah Melayu. Di zaman ICT sekarang, sebilangan besar kepimpinan DAP dan PAS sudah mula mempercayai MASALAH INTEGRITI DAN MORAL Anwar Ibrahim. Begitu juga para penyokong DAP dan PAS. Sekiranya PAS bersedia untuk menampilkan pemimpinnya untuk menjadi ‘calun Perdana Menteri’, tidak mustahil untuk DAP memberikan sokongan. DAP amat tahu bahawa pemimpin PAS tidaklah ‘sepintar’ Anwar Ibrahim….ini terbukti apabila Mohamad Nizar dilantik sebagai Menteri Besar ‘proxy DAP’ di Perak….

Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, dengan calun-calun DAP menggunakan lambang PAS, sudah tentu bilangan ‘Ahli Parlimen PAS’, termasuk dari DAP,  akan jauh lebih besar dari bilangan Ahli Parlimen PKR. Ini akan memberikan ‘justifikasi’ kepada PAS untuk menonjolkan pemimpin mereka sebagai ‘Perdana Menteri’. Sebagaimana Mohamad Nizar dari PAS menjadi Menteri Besar ‘proxy DAP’ di Perak, DAP amat yakin bahawa pemimpin-pemimpin PAS baik Hj Hadi, Husam Musa, Mat Sabu dan lain-lain, jauh lebih senang dijadikan ‘pemimpin Pak Turut’ dan ‘proxy DAP’, berbanding dengan Anwar Ibrahim.

Bagi DAP, setelah sampai saat DAP boleh berurusan secara lansung dengan PAS, tanpa ‘jambatan’ Anwar Ibrahim lagi, Anwar Ibrahim sudah TIDAK BERGUNA LAGI. Oleh itu, pelawaan PAS agar DAP menggunakan lambang BULAN PENUH, adalah ‘seperti orang mengantuk disorongkan bantal’….

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

One Comment on “Di Sebalik DAP Memilih Menggunakan Lambang PAS, Bukan Lambang PKR”


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s