DAP Sewajarnya Telah Lama DIHARAMKAN!!!!

Usaha berterusan DAP di dalam menyebarkan fahaman ‘Malaysian Malaysia’, dengan matlamat utama MENGHAPUSKAN KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU,  telah dan akan terus menjadi ANCAMAN TERBESAR terhadap keamanan dan kestabilan negara. Walaupun dasar-dasar berpaksikan ‘Hak Istimewa Melayu/Bumiputra’ merupakan antara asas-asas utama penubuhan negara Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia, DAP terus menjadikannya sebagai modal politik untuk menanam kebencian terhadap UMNO/BN.

Aku kerap bertanya, apakah wajar sebuah parti politik seperti DAP, yang memperjuangkan matlamat-matlamat yang BERTENTANGAN dengan semangat dan kandungan Perlembagaan Persekutuan, dibenarkan bergerak sebagai sebuah pertubuhan berdaftar, malah dibenarkan bertanding di dalam PRU di Malaysia, dan mempengaruhi hala-tuju dan dasar-dasar negara Malaysia? Di dalam usaha mencari jawapan,  aku telah membuat kajian-kajian tentang Akta Pertubuhan 1966, dan telah mendapat sebahagian dari jawapan-jawapannya. Di antara yang menarik perhatian aku ialah Perkara 2A dengan tajuk: ‘PERTUBUHAN-PERTUBUHAN BERDAFTER HENDAKLAH BERGERAK MENGIKUT PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN’.

Perkara 2A mencatatkan: ‘Adalah menjadi tanggung-jawab setiap pertubuhan berdaftar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dan urusan-urusannya, dengan menentukan bahawa aktiviti-aktiviti tersebut adalah bertepatan dengan, dan menyumbang ke arah memenuhi dan mematuhi, peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri, dan jika terdapat apa-apa aktiviti atau urusan mana-mana pertubuhan yang melanggar, atau merendahkan, atau bertentangan dengan, atau tidak mempedulikan tentang…..kedudukan istimewa Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak….sebagaimana diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, Pendaftar Pertubuhan boleh MEMBATALKAN pendaftaran pertubuhan tersebut….’

Setelah mengkaji peruntukan-peruntukan di dalam Akta Pertubuhan 1966, tidak syak lagi bahawa DAP  telah begitu lama menjalankan kegiatan-kegiatan dan urusan-urusan yang boleh dianggap sebagai MELANGGAR, atau MERENDAHKAN, atau BERTENTANGAN DENGAN, atau TIDAK MEMPEDULIKAN, peruntukan-peruntukan Perlembagaan, khususnya berhubung HAK ISTIMEWA MELAYU/BUMIPUTRA. Malang bagi negara kita, keadaan ini telah dibiarkan berterusan sejak begitu lama sehingga telah bercambah dan berkembang POLITIK DENDAM DAN BENCI ke seluruh pelusuk negara.

Akta Pertubuhan 1966 amat jelas peruntukan-peruntukannya. Akta tersebut juga menetapkan SIAPAKAH YANG BERTANGGUNG-JAWAB untuk memantau segala kegiatan dan urusan pertubuhan-pertubuhan berdaftar, dan apakah tindakan-tindakan di bawah bidang kuasa mereka yang boleh dikuat-kuasakan, apabila ada pertubuhan-pertubuhan yang mana aspirasi, matlamat dan kegiatan mereka BERTENTANGAN dengan semangat dan kandungan Perlembagaan Persekutuan.

UNSUR MENIPULASI di dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat(CEC) DAP baru-baru ini bagi aku hanya suatu KESALAHAN KECIL berbanding dengan DASAR-DASAR PERJUANGAN DAP yang bertentangan dengan semangat dan asas-asas Perlembagaan negara kita. Tanpa mengambil kira perkara-perkara berkaitan pemilihan CEC DAP, aku yakin dan percaya, DAP sepatutnya telah lama dibatalkan pendaftarannya…..

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s