DAP Panjang Akal, PAS Tidak Mengguna Akal

Akhirnya DAP tidak perlu menggunakan lambang BULAN PENUH PAS.

Namun begitu, sebagaimana telah diumumkan oleh BEKAS Setiausaha Agung DAP, calun-calun DAP telah dibekalkan dengan surat-surat watikah perlantikan calun yang dikeluarkan oleh PAS, selain dari yang dikeluarkan oleh DAP di dalam proses penamaan calun semalam….sebagai persediaan sekiranya SPR tidak menerima surat watikah yang ditanda-tangan oleh BEKAS Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Secara ‘retrospect’, mari kita gambarkan apa akan terjadi di Parlimen, jika calun-calun DAP benar-benar telah menggunakan lambang BULAN PENUH PAS.

Katakan terdapat perdebatan di Parlimen berhubung isu-isu berkaitan agama Islam, seperti isu murtad, isu penggunaan kalimah Allah di dalam bible versi bahasa Melayu, dan lain-lain isu seumpamanya, ‘Ahli-Ahli Parlimen PAS’ dari DAP sudah tentu akan mengambil pendirian yang berbeza dengan ‘Ahli-Ahli Parlimen PAS’ dari PAS. Sebagaimana sekali lagi ditegaskan oleh BEKAS Pengerusi DAP, walaupun DAP bersedia menggunakan lambang PAS, ia sekali-kali tidak bermakna DAP menerima matlamat-matlamat dan dasar-dasar perjuangan PAS.

Lebih tenat lagi, akan terjadi keadaan di mana ‘Ahli-Ahli Parlimen PAS’, keluar saja dari parlimen, akan makan daging babi, akan minum arak, akan ke rumah-rumah urut, malah ada yang akan ber’sembahyang’ di gereja-gereja dan tokong-tokong Cina. Tidak tahulah kalau PAS sudah boleh terima pemimpin-pemimpinnya ke rumah-rumah urut, atau melanggani pelacur….nampaknya Hj Hadi buat-buat ‘tak dengar’ dan ‘pandang sebelah mata’ saja PERLAKUAN ZINA yang dikaitkan dengan orang kanannya….

Sebagaimana aku telah tegaskan, DAP panjang akal, dan akan sentiasa mengambil kesempatan dari PAS yang tidak berfikir panjang, malah tidak menggunakan akal.

 

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s