UMNO/BN Wajar Beri Laluan Kepada Ibrahim Ali di Pasir Mas

KUALA LUMPUR, (Bernama) – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa, yang tidak menyerahkan borang penamaan calonnya bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), akan berdepan tindakan tegas termasuk dipecat keanggotaannya sekiranya tindakan itu dilakukan dengan sengaja.

Demikianlah secebis dari berita sebagaimana disiarkan oleh Bernama semalam.

Sebagai penyokong tegar UMNO/BN, kita amat faham bahawa BN, khususnya UMNO, mempunyai peraturan-peraturan dan kod etika tertentu di dalam menguruskan ahli-ahli parti, baik di dalam proses pemilihan dalaman parti, atau pun di dalam menghadapi PRU. Malah UMNO adalah parti politik pertama di Malaysia yang menubuhkan Jawatankuasa Disiplin parti.

Namun begitu, di dalam MEDAN PERANG POLITIK, terdapat keadaan-keadaan tertentu yang yang memerlukan UMNO/BN mengambil tindakan tertentu yang mungkin tidak selaras dengan amalan-amalan dan peraturan-peraturan biasa di dalam parti. Aku percaya, UMNO/BN terbuka kepada keputusan-keputusan STRATEGIK yang dikira boleh menguntungkan parti, atau setidaknya TIDAK MERUGIKAN parti.

Ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO/BN telah lama menduga bahawa akan terdapat tokoh-tokoh tertentu yang bukan dari parti-parti UMNO/BN akan dibenarkan bertanding di bawah lambang BN. Di antara yang disebut-sebut termasuklah Zulkifli Nordin,  Ibrahim Ali,  Zahrain, malah Dr Hassan Ali, Dr Sidek Baba dan beberapa orang tokoh lagi.

Bila tiba saat Pengerusi-Pengerusi BN negeri mengumumkan calun-calun BN bagi negeri masing-masing, sebagaimana telah dijangka, Zulkifli Nordin telah diisytiharkan sebagai calun ‘BN-friendly’  bagi kerusi Parlimen Shah Alam. Namun begitu, ramai yang agak terkejut bila nama Ibrahim Ali telah tidak termasuk di dalam senarai calun-calun BN di Kelantan.

Malah, sebagaimana dilapurkan, apabila Che Johan Che Pa, calun rasmi UMNO/BN tidak menyerahkan borang percalunannya, penyokong-penyokong UMNO/BN lantas telah memberikan sokongan kepada Ibrahim Ali. Dan aku percaya, ribuan ahli-ahli dan penyokong UMNO akan berkempen ke arah kemenangan Ibrahim Ali ke atas calun PAS, Nik Abduh Nik Aziz. Apakah ribuan ahli-ahli UMNO yang berkempen untuk Ibrahim Ali juga akan dipecat dari parti?

Kita amat berbangga dengan Presiden UMNO dan Perdana Menteri DS Najib. Sebagai Perdana Menteri, beliau sedia mendengar ‘denyut nadi’ rakyat. Dan aku percaya, sebagai Presiden UMNO, beliau lebih-lebih lagi bersedia mendengar ‘denyut nadi’ ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO.

Aku percaya, sekiranya ditanya ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO, ‘overwhelming majority’ ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO ingin melihat Ibrahim Ali bertanding di Parlimen Pasir Mas sebagai calun ‘BN-friendly’, sebagaimana juga Zulkifli Nordin di Parlimen Shah Alam.

Aku percaya, Che Johan Che Pa tidak berniat untuk melanggar peraturan-peraturan parti. Sebaliknya aku yakin dan percaya Che Johan Che Pa telah mengambil tindakan tertentu dengan motif untuk tidak memberi peluang kepada calun PAS, Nik Abduh Nik Aziz, memenangi kerusi tersebut. Oleh itu, aku amat berharap kepimpinan UMNO akan bersedia untuk bertolak ansur dan membuat  KEPUTUSAN LUAR BIASA di dalam berhadapan dengan insiden melibatkan Che Johan Che Pa ini.

Malah aku percaya, UMNO/BN sewajarnya dari awal telah memberikan laluan kepada Ibrahim Ali di Pasir Mas, sebagaimana peluang yang telah diberikan kepada Zulkifli Nordin di Shah Alam.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s