Apa Cina Mahu, Apa Melayu Mahu?

Tidak perlu suatu ‘post-mortem’ yang panjang lebar untuk menyelami APA CINA MAHU, dan APA MELAYU MAHU.

Dipercayai lebih dari 90% dari pengundi Cina mengundi DAP di dalam PRU13 yang lalu. Apa yang tersirat di benak hati pengundi Cina dapat dibaca dari keputusan PRU kawasan Parlimen Gelang Patah, Johor. Perjuangan utama DAP ialah untuk MENGHAPUSKAN ‘identification’ rakyat Malaysia kepada BUMIPUTRA dan BUKAN BUMIPUTRA. Bagi DAP, ‘identification’ BUMIPUTRA dan BUKAN BUMIPUTRA menimbulkan senario warganegara KELAS 1 dan KELAS 2, tidak kira samada warga KELAS 2 itu mempunyai kedudukan ekonomi yang jauh lebih baik dari apa yang dikatagorikan sebagai KELAS 1.

Dipercayai lebih dari 70% pengundi Melayu/Bumiputra mengundi BN. BN memperkenalkan konsep 1MALAYSIA, yang mengajak rakyat Malaysia menerima kehadiran rakyat berbagai bangsa dan keturunan, disamping menerima peruntukan-peruntukan Perlembagaan negara. Perlembagaan negara memperuntukkan KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU/BUMIPUTRA, sebagai penduduk dan pemerintahan asal Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Bagi Melayu/Bumiputra, peruntukan KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU/BUMIPUTRA adalah hasil dari suatu PERJANJIAN yang dikenali dengan KONTRAK SOSIAL, di mana kaum pendatang dari Cina dan India telah diterima sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu pada awal 1950an, dengan syarat mereka mengiktiraf KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU sebagai penduduk dan pemerintah asal negeri-negeri Tanah Melayu.

Tidak ada masalah di peringkat awal negara selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Kaum pendatang Cina dan India yang baru menerima taraf kewarganegaraan, dan mula menjadi warganegara Malaysia yang sah, dan layak mengundi, amat terhutang budi di atas penerimaan baik orang Melayu di negara ini. Warganegara Persekutuan Tanah Melayu yang berasal dari China dan India bekerjasama dengan kaum Melayu di dalam membina negara Persekutuan Tanah Melayu yang baru merdeka.

Masalah mula timbul sejak akhir-akhir ini apabila generasi ketiga kaum Cina selepas kemerdekaan sudah tidak didedahkan secukupnya tentang ASAS-ASAS UTAMA pembinaan negara kita, termasuk Perjanjian KONTRAK SOSIAL, yang mana buitr-butirnya telah menjadi asas kepada penyusunan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. Kalaupun ada golongan GENERASI KETIGA kaum Cina didedahkan tentang KONTRAK SOSIAL, mereka lebih selesa mengambil sikap seolah-olah KONTRAK SOSIAL tersebut sudah tidak relevan lagi. bagi mereka, dengan menjadi warganegara, mereka mempunyai hak yang sama dengan warganegara lain, termasuk dengan kaum Melayu/Bumiputra.

Terdapat sebahagian golongan generasi muda Melayu/Bumiputra yang sudah terikut-ikut dengan pandangan rakan-rakan mereka dari GENERASI KETIGA warganegara bangsa Cina.  Golongan inilah yang memberikan sokongan kepada PKR. Walaupun pemimpin tertinggi PKR adalah orang Melayu, mereka telah menjanjikan KESAMARATAAN MUTLAK sebagaimana yang diimpikan oleh GENERASI KETIGA kaum Cina. Ini faktor utama kenapa Anwar Ibrahim disanjung tinggi oleh kaum Cina….kesediaannya MENGGADAI hak tradisi kaumnya sendiri…

Namun begitu, sebagaimana dibuktikan di dalam PRU13 yang lalu, lebih 70% pengundi Melayu/Bumiputra telah memilih UMNO/BN. Ini bermakna, mereka masih berpegang teguh kepada pendirian bahawa KONTRAK SOSIAL antara kaum-kaum terbesar di Persekutuan Tanah Melayu adalah sesuatu yang masih kekal dan relevan, dan WAJIB ditunaikan oleh kaum Cina, baik GENERASI PERTAMA, GENERASI KEDUA, GENERASI KETIGA, dan GENERASI-GENERASI BERIKUTNYA….buat selama-lamanya.

Jelas sekali, APA CINA MAHU, amat bertentangan dengan APA MELAYU MAHU. Ini mencetuskan polarisasi kaum di dalam PRU13 yang lalu di mana kaum Cina terang dan jelas menyokong DAP, dan kaum Melayu/Bumiputra dengan jelas menyokong UMNO/BN.

Negara kita akan berhadapan dengan krisis perkauman yang dahsyat suatu hari nanti sekiranya Kerajaan yang baru dipilih gagal menyebarkan kefahaman secukupnya kepada GENERASI MUDA kaum-kaum bukan Melayu/Bumiputra tentang fakta-fakta sejarah politik Alam Melayu, sejarah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu/Malaysia, sejarah penghijrahan kaum Cina dan India ke Tanah Melayu, dan sejarah Perjanjian KONTRAK SOSIAL antara kaum-kaum di negara ini yang telah disepakati sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.

Apa yang jelas, bangsa Melayu/Bumiputra akan tetap mempertahankan  KEDUDUKAN ISTIMEWA mereka dengan segala kekuatan yang ada pada mereka….bak kata pepatah, ‘Membujur lalu, melintang patah’.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s