Pencapaian DS Najib PRU13 Jauh LEBIH HEBAT Dari Pak Lah PRU12

Aku ingin berkongsi penulisan ini, bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa pencapaian 133 kerusi parlimen oleh BN di bawah pimpinan DS Najib dalam PRU13  2013 adalah lebih rendah berbanding pencapaian 138 kerusi oleh BN di bawah pimpinan Pak Lah semasa PRU12 2008.

Mengikut mereka yang membuat dakwaan tersebut, sekiranya pencapaian Pak Lahdi dalam PRU12 dianggap tidak cukup baik, dan dengan itu Pak Lah didesak untuk meletak jawatan sebagai Presiden UMNO, pencapaian DS Najib gagal melebihi pencapaian Pak lah, dengan itu, DS Najib juga wajar memikirkan untuk memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin lebih muda untuk meneruskan obor perjuangan UMNO.

Bagi aku, pencapaian DS Najib dan Pak Lah tidak boleh diukur hanya dengan membandingkan bilangan kerusi Parlimen yang dimenangi oleh BN di bawah pimpinan Pak Lah semasa PRU12 dan di bawah pimpinan DS Najib dalam PRU 13. Sebaliknya kita perlu juga membuat perbandingan tentang suasana politik sebelum dan selepas PRU11 2004, PRU12 2008 dan PRU13 2013.

PRU11 2004  telah diadakan kira-kira 1 tahun selepas Tun Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 4, dan digantikan oleh Pak Lah. Tun Mahathir telah melepaskan jawatan pada 2003 semasa UMNO/BN berada dikedudukan yang amat teguh. UMNO/BN telah pulih sepenuhnya dari pergolakan dalaman yang menghantui UMNO/BN berikutan pemecatan Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, dan Timbalan Presiden UMNO. Tidak hairanlah, dalam PRU11 2004, BN di bawah pimpinan Pak Lah telah memenangi LANDSLIDE VICTORY dengan menguasai lebih dari 90% kerusi Parlimen, jauh melebihi majoriti 2/3.

Namun begitu, selang 4 tahun berikutnya, di dalam PRU12 2008, sokongan kepada BN merosot dengan begitu teruk, sehingga BN gagal mempertahankan kemenangan dengan majoriti 2/3. Di era Pak Lah inilah bermulanya ‘Chinese Tsunami Phase 1’ yang telah melanda negeri-negeri sekitar Klang Valley, termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Pada masa ini, gelombang ‘Chinese Tsunami Phase 1’ belum lagi sampai ke selatan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah atau Sarawak. BN juga kehilangan 3 negeri kepada Pakatan rakyat, tidak termasuk Kelantan yang terus berada di bawah kuasa PAS.

DS Najib mengambil alih dari PakLah pada tahun 2009, di dalam suasana ‘Chinese Tsunami Phase 1’ mula berkembang ke selatan Semenanjung Tanah Melayu, termasuk Johor, dan Sabah dan Sarawak. Kejayaan Pakatan Rakyat menguasai 4 negeri(Kelantan, Perak, Kedah dan Pulau pinang) pada PRU12 2008 memberikan semangat dan keyakinan kepada Pakatan Rakyat bahawa peluang terbaik untuk menawan Putrajaya ialah pada PRU13, dengan strategi utama MENGGEMPUR negeri-negeri yang mempunyai peratusan pengundi Cina yang tinggi, termasuk negeri Johor, negeri yang selama ini dianggap kubu kuat UMNO/BN.

Berakhir sahaja PRU12 2008, pemimpin-pemimpin DAP telah mengandaikan bahawa pengundi-pengundi Cina di luar Lembah Kelang akan LEBIH BERANI menyokong DAP menjelang PRU 13. Sekiranya DS Najib gagal mendapatkan sokongan besar dari pengundi Melayu/Bumiputra dan India menjelang PRU13, besar kemungkinan Putrajaya akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Sebagaimana telah terbukti, beberapa KEPUTUSAN STRATEGIK oleh DS Najib telah berjaya menarik kembali kaum India menyokong BN, sementara pendirian UMNO di dalam isu-isu sensitif seperti isu ‘kalimah Allah’ telah berjaya meyakinkan umat Melayu bahawa UMNO adalah harapan umat Melayu dan Islam di negara ini.

DS Najib mengambil alih UMNO/BN di saat BN berada di dalam keadaan amat lemah, berikutan kemerosotan sokongan pada PRU12. Namun begitu, keputusan PRU13 menunjukkan UMNO telah menambahkan kerusi parlimen dari 79 kepada 88, walaupun kerusi BN berkurangan dari 138 kepada 133. BN pula telah berjaya merampas kembali Kedah dan Perak.

Berdasarkan senario di atas, aku percaya, pencapaian DS Najib adalah JAUH LEBIH BAIK dari pencapaian Pak Lah, malah tidak keterlaluan jika aku gambarkan DS Najib sebagai PENYELAMAT kepada umat Melayu/Islam di negara ini, di saat kaum Cina telah MEMBUAT PILIHAN untuk ‘menjayakan agenda politik mereka tersendiri’ di negara ini. Oleh itu, seluruh ‘ramk-and-file’ UMNO di seluruh negara perlu merapatkan barisan di belakang DS Najib di dalam memperkasakan lagi kuasa politik umat Melayu, selain memberikan khidmat terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.

PRU14 akan datang dijangka akan LEBIH HEBAT dari PRU13, bezanya gelombang ‘Chinese tsunami’ telah sampai kemuncaknya pada PRU13. Apa yang kita nantikan sekarang ialah ‘Tsunami Melayu’ yang akan mengembalikan zaman kegemilangan kuasa Melayu/Islam di negara ini. Hidup UMNO!! Hidup BN!! Hidup Najib!!!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3ari pencapaian 138 kerusi oleh BN di bawah pimpinan Pak Lah di dalam PRU12

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s