Rakyat Kurang Faham PDRM Seolah-olah Takut Bertindak Ke Atas Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang

Menjelang PRU13, media-media utama Singapura sering menggambarkan bahawa negara ‘Republik Pulau’ itu menyokong parti-parti pembangkang di Malaysia. Setelah keputusan PRU diumumkan berpihak kepada BN, penyokong-penyokong parti-parti pembangkang pula di’bakar’ sentimen mereka dengan tuduhan berlaku penipuan di dalam proses pilihanraya. Perhimpunan demi perhimpunan dianjurkan, yang majoritinya disertai oleh kaum Cina.

Walaupun Kerajaan PAP Singapura dianggap pro-pembangkang Malaysia, tindakan polis Singapura menahan lebih 20 orang rakyat Malaysia, dipercayai dari kaum Cina, yang mengadakan demonstrasi memprotes keputusan PRU13 di Malaysia, di atas bumi Singapura, telah membuka mata kita, betapa pihak berkuasa Singapura dilihat begitu tegas di dalam menguat-kuasakan undang-undang negara itu. Malah Singapura di antara negara yang tidak membenarkan demonstrasi menentang Kerajaan, sama seperti di People’s Republic of China.

Timbul suatu persoalan kepada kita, apakah parti-parti pembangkang di Malaysia KEBAL dari tindakan undang-undang, baik sebelum atau sebelum pilihanraya. Atau apakah PDRM kita ada menyimpan suatu perasaan TAKUT untuk bertindak ke atas pemimpin-pemimpin utama pembangkang termasuk Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Sedangkan kedua-duanya telah membangkitkan berbagai-bagai isu sensitif, yang bertentangan dengan Akta Hasutan 1948 di dalam kempen-kempen PRU mereka. Setelah keputusan diumumkan, mereka terus MENGFHASUT penyokong mereka untuk memprotes keputusan PRU pula.

Persoalannya, apakah PDRM takut untuk bertindak, sebagaimana polis Singapura….atau PDRM kita sedang menunggu kabinet baru negara dibentuk dan Menteri Dalam Negeri ditentukan terlebih dahulu…sebelum memulakan tindakan tegas menjaga ketenteraman negara.

Kehebatan PDRM kita melonjak di dalam menangani pencerobohan Lahad Datu baru-baru ini. Rakyat masih percaya, PDRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak dari dalam atau luar negara menimbulkan kekacauan di negara ini. Rakyat Malaysia cintakan KEAMANAN, STABILITY dan KEMAKMURAN.

Rakyat percaya, gandingan Menteri Dalam Negeri yang baru, dan Ketua Polis Negara yang baru akan MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS terhadap pengkhianat-pengkhianat negara sedikit masa lagi bagi melindungi ‘silent majority’ yang  berpuas hati dengan proses pilihanraya di negara ini dan cintakan keamanan.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s