Tugas Pertama Kabinet Baru, Kaji Semula Kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Malaysia

Perlembagaan kita hanya membenarkan bangsa-bangsa bukan Melayu mengajar bahasa ibunda mereka, bukan menyediakan sekolah menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai ‘medium of teaching’.

Hati umat Melayu amat terguris bila sekumpulan pelajar-pelajar Cina menghina bendera Jalur Gemilang, sebagaimana telah dilapur oleh beberapa akhbar dan blog. Apatah lagi apabila para belia Cina telah diperalatkan oleh DAP untuk menimbulkan suasana tidak tenteram dalam negara, termasuk mempertikaikan keputusan PRU13. Yang anihnya, pertikai pertikai juga….tetapi di Pulau Pinang, Lim Guan Eng angkat sumpah juga sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sebelum PRU13, berbuih mulut TS Muhyiddin menjanjikan kepada kaum Cina bahawa BN akan mengekalkan sekolah-sekolah di dalam bahasa ibunda mereka. Tetapi, kaum Cina sendiri menolak timbalan beliau, bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Fuad Zarkashi.

Sekiranya inilah ‘balasan’ pengundi Cina kepada bekas Timbalan Menteri Pelajaran, timbalan kepada TS Muhyiddin, apakah masih wajar Kerajaan Malaysia memberikan kebebasan sebegitu rupa kepada kaum Cina, yang akhirnya MENGGIGIT TANGAN YANG MEMBERI.

Kata orang tua-tua, melentur buluh biarlah dari rebung. Sekiranya dari peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah lagi, murid-murid dan pelajar-pelajar Cina dibiarkan terasing dari sistem pendidikan nasional, bagaimana kita mahu mengharapkan mereka boleh bersama kaum Melayu di bidang politik.

Kita tidak tahu sejauh mana sejarah Tanah Melayu dan ketatanegaraan diajar di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina. Malah kita tidak tahu apakah ada sebarang unsur ‘indoktrinasi’ membenci Melayu diterapkan secara diam-diam di sekolah-sekolah tersebut, sehingga pelajar-pelajar sekolah Cina dilihat lebih selesa HIDUP SESAMA MEREKA sahaja di negara ini.

Aku percaya, kewujudan sekolah jenis kebangsaan Cina adalah antara PUNCA UTAMA polarisasi kaum, khususnya PENGASINGAN kaum Cina dari kaum-kaum lain di Malaysia.

Di dalam menangani perkara ini, kita mengharapkan DS Najib tidak terlalu memikirkan sangat kaum Cina, yang lebih dari 90% memberi undi kepada DAP. Tanpa sokongan majoriti pengundi Melayu/bumiputra dan India, DS Najib mungkin telah dihalau keluar dari Putrajaya oleh PESERTA-PESERTA DEMONSTRASI JALANAN diketuai Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

2 Comments on “Tugas Pertama Kabinet Baru, Kaji Semula Kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Malaysia”


  1. Janji pilihanraya tidk perlu ditunaikan ekran ia cuma manifesto. jadi janji najib kepada Dong Zhong juga tidak eprlu ditunaikan kerana ia nya janji pilhanraya.

    Kita kata jangan tunaikan janji kerana kita amat takut dianggap ‘melanggar perintah mahkamah’

    • warisan tmk Says:

      Sememangnya BN menjanjukan sekolah di dalam bahasa ibunda dikekalkan. Tetapi apakah maknanya jika kaum Cina menolak BN yang telah menjanjikan hal tersebut? Bukankah ianya memberi makna kaum Cina MENOLAK janji BN. Bila janji BN ditolak, bukankah bermakna kaum Cina tidak mahu meneruskan sekolah dalam bahasa ibunda mereka?


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s