KPN Baru, Mohon Benteras Kebanjiran PENDATANG HARAM Dari China

khalid-polis

Terlebih dahulu, setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Khalid Abu Bakar di atas perlantikannya sebagai Ketua Polis Negara yang baru. Beliau dilantik ke jawatan tertinggi di dalam PDRM ini di saat imej pasukan polis DISANJUNG TINGGI oleh rakyat Malaysia, di atas kehebatan PDRM menumpaskan gerombolan penceroboh Kiram di Lahad Datu, Sabah, baru-baru ini.

Gerombolan penceroboh Kiram tidak begitu besar bilangannya, dianggarkan 200-300 orang sahaja, dan mereka telah mendarat, bertapak dan cuba bertahan di beberapa kampung di Lahad Datu. Oleh itu, pasukan keselamatan kita telah berjaya mengepung dan memusnahkan mereka. Ratusan juga berjaya ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.

Selain dari pencerobohan bersenjata ke atas sempadan kita di Sabah, kita tidak kurang juga bimbang dengan PENCEROBOHAN TANPA SENJATA yang dipercayai telah berlaku secara berleluasa dan besar-besaran di negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, terutamanya di negeri-negeri yang agak tinggi komposisi kaum Cina seperti Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Kehadiran PENDATANG TANPA IZIN ini agak sukar dikesan kerana rupa paras dan pertuturan mereka tidak ada bezanya dengan kaum Cina rakyat Malaysia.

Sebagaimana yang telah didedahkan oleh pihak-pihak berkuasa Malaysia sebelum ini, PENDATANG TANPA IZIN dari China ini biasanya memasuki negara kita secara sah dengan menggunakan PAS LAWATAN dan VISA PELAJAR. Namun begitu, tidak lama selepas tiba di negara ini, mereka mula diserapkan ke bidang-bidang pekerjaan ‘exotic’ seperti di rumah-rumah urut, di pusat-pusat reflexology, di pusat-pusat perjudian, di hotal-hotel, di pusat-pusat kecantikan dan ‘spa’ dan sebagainya.

Kenyataan ini bukan rahsia lagi, ianya adalah PENGETAHUAN UMUM, termasuk pihak-pihak berkuasa, baik PDRM atau Jabatan Immigration. Malah, gambaran PENDATANG TANPA IZIN ini diserbu di tempat-tempat tersebut telah menjadi seolah-olah ‘kebiasaan’ di kaca TV dan di muka-muka akhbar…..gambaran gadis-gadis ini berasak-asak cuba menutup muka mereka dari lensa kamera….walaupun bahagian lain tubuh mereka sedikit sahaja bertutup. Kebanyakan mereka ini biasanya ‘overstay’ dari tempoh PAS PELAWAT atau VISA PELAJAR mereka.

APA YANG RAKYAT MALAYSIA KURANG JELAS ialah, apa akan terjadi ke atas mereka setelah mereka ditangkap di dalam serbuan-serbuan tersebut. Apakah mereka ditahan di lock-up polis, dan dihadapkan ke mahkamah? Dan, setelah mereka didapati bersalah di mahkamah, apakah mereka dipenjarakan di Penjara Kajang atau Penjara Sungai Buluh. Apa yang menimbulkan persoalan kepada kita, walaupun begitu banyak berita tentang serbuan polis, tidak ada lansung berita bagi menunjukkan mereka dihadapkan ke mahkamah, atau dipenjara, atau dihantar pulang ke negara asal mereka.

Sebagaimana yang telah didedahkan berlaku di Sabah, bukannya susah untuk mendapat Kad Pengenalan Malaysia secara TIDAK SAH. Apa yang diperlukan ialah membayar orang tertentu beberapa ratus ringgit, atau beberapa ribu, untuk digunakan untuk menyogok PEGAWAI-PEGAWAI TERTENTU di beberapa jabatan berkaitan, seperti Jabatan Immigration dan Jabatan Pendaftaran Negara…..di dalam sedikit masa, KAD PENGENALAN atau MYKAD pun ‘jatuh ke riba’. Bagi PENDATANG TANPA IZIN yang bekerja di ‘flesh industry’ ini, mereka boleh mendapat ‘hasil’ berribu-ribu ringgit dalam seminggu. Wang tidak ada masalah bagi mereka.

Dengan mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku di Sabah, bagaimana kita ingin mengesan berapa puluh ribu, atau berapa ratus ribu PENDATANG TANPA IZIN dari China ini telah berjaya ‘membeli’ kad-kad pengenalan palsu ini. Dan, apakah ada di kalangan mereka telah berjaya menjadi pengundi berdaftar di negeri-negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Banyak TUGAS-TUGAS BERAT sedang menunggu Ketua Polis Negara kita yang baru. Buat masa ini, aku hanya ingin ‘highlight’ perkara PENDATANG HARAM dari negara China ini, kerana sekiranya kita gagal menangani masalah ini, umat Melayu akan berhadapan dengan suatu TSUNAMI CINA yang jauh lebih besar dari apa yang melanda sebahagian negeri Johor di dalam PRU13 baru-baru ini.

Bagi menjawab keresahan masyarakat Melayu/Islam, aku mencadangkan langkah-langkah segera seperti berikut:

1. PDRM dengan kerjasama Jabatan Immigration perlu mengemas-kinikan setiap minggu atau bulan JUMLAH kemasukan PELAWAT/PELAJAR dari negara China, dan jumlah KELUAR dari negara kita. Dari beberapa lapuran berita, RATUSAN RIBU warga China telah ‘overstay’ di negara ini.

2. PDRM perlu mengadakan SPOT-CHECK Kad Pengenalan bagi rakyat Malaysia bagi mengesan KAD PENGENALAN PALSU.

Kepada Tan Sri Khalid, selamat berkhidmat unutk Agama, bangsa dan Negara.

 

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

2 Comments on “KPN Baru, Mohon Benteras Kebanjiran PENDATANG HARAM Dari China”

  1. Sha Mal Says:

    Hooooi itu ketja menteri Dalam Negeri..KDN..itu keja imigresen bukan polis, Polis membantu..Keja polis cegah jenayah, siasat kes jenayah dan mempastikan negera aman..

  2. Sha Mal Says:

    Hishamudin ketis mudin dulu tak ambil tau pun..dia syok sendiri, jabatan imigresen perlukan pegaeai yg ramai, kem tahan yg besar ..bukan simpan dalam kem mcm kandang kuching sempit..


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s