Demonstrasi Jalanan – ‘Prevention Is Better Than Cure’

Kabinet baru telah diumumkan. Menteri Dalam Negeri baru telah dilantik. Ketua Polis Negara yang baru telah memulakan tugas.
Di dalam masa terdekat, suatu tindakan DRASTIK dan TEGAS perlu diambil terhadap mereka yang mengapi-apikan orang ramai, khususnya penyokong-penyokong parti pembangkang,  untuk mengadakan demonstrasi jalanan, bukan sahaja untuk mempertikaikan keputusan PRU13, malah untuk menjatuhkan Kerajaan Malaysia melalui cara ‘ala Arab Spring’.
Yang anihnya, Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri yang dimenangi oleh parti-parti gabungan Pakatan Rakyat, iaitu PAS di Kelantan, PKR/DAP/PAS di Selangor, dan DAP di Pulau Pinang, telah pun mengangkat sumpah. Malah kepimpinan tertinggi PAS secara terbuka menerima keputusan PRU13.
Jadi, siapakah sebenarnya yang tidak boleh menerima keputusan PRU13? Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Ini secara tidak lansung bermakna, DAP telah juga menerima keputusan PRU13. TS Khalid Ibrahim juga telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor, maknanya PKR juga telah terima keputusan rakyat di dalam PRU13.
Jadi, siapakah sebenarnya PENGKHIANAT NEGARA yang cuba menghuru-harakan negara kita. Semua perhatian nampaknya tertumpu kepada ‘Menteri Demonstrasi Jalanan’ Anwar Ibrahim, dan ‘Menteri Permusuhan Melayu-Cina’  Lim Kit Siang.
Sekiranya Tun Mahathir Mohamad masih lagi Perdana Menteri Malaysia, aku percaya beliau akan mengambil pendekatan ‘prevention is better than cure’, suatu pendekatan yang biasanya diamalkan oleh doktor-doktor perubatan. Pendekatan ‘prevention is better than cure’ ialah suatu pendekatan di mana Kerajaan jangan tunggu sesuatu perhimpunan haram berjalan terlebih dahulu….baru hantar polis untuk bertindak meleraikan atau menyuraikan. Sebaliknya, Kerajaan hanya perlu mengenal-pasti RING LEADERS bagi sesuatu demonstrasi, dan CEKUP sahaja mereka dua tiga hari sebelum sesuatu demonstrasi bermula. Kita semua masih ingat OPERASI LALANG yang telah dilakukan di zaman Tun Mahathir….demi menjaga kepentingan rakyat terbanyak.
Aku yakin dan percaya, sekiranya PENGKHIANAT-PENGKHIANAT NEGARA yang telah diketahui umum seperti Anwar ibrahim, Lim Kit Siang, Tian Chua dan Hishamuddin Rais ‘direhatkan’ seketika di mana-mana yang sesuai, negara akan kembali aman dan tenang. Rakyat berhak mendapat perlindungan dari Kerajaan dari tindakan mereka yang hanya memikirkan nafsu gila kuasa mereka, tanpa memikirkan kepentingan rakyat terbanyak.
Walaupun ISA telah dimansuhkan, akta baru menggantikan ISA boleh diguna-pakai untuk melakukan PRE-EMPTIVE ACTIONS, atau LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN, semasa ‘api masih lagi kecil’. Api perlu dipadamkan semasa ianya masih kecil. Kalau api telah merebak menjadi kebakaran yang besar, amat sukar untuk memadamnya.
Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, dan Ketua Polis Negara, JANGAN BIARKAN LAGI Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang bermain dengan api.
Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s