Lim Kit Siang Mahu Kaum China Menjadi KINGMAKERS, Tetapi Bertukar Jadi TROUBLEMAKERS

Lim Kit Siang boleh BUKA HIDUNG dengan penuh bangga bahawa dialah TAIKO kaum Cina di Malaysia. Sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957, TAIKO kaum Cina ialah Comrade Chin Peng. Lepas meredeka, kaum Cina telah ber’taiko’kan pemimpin-pemimpin MCA termasuk Tun Tan Siew Seng. Pada PRU13 yang lalu, lebih 90% kaum Cina telah mengundi DAP, dengan itu, Lim Kit Siang muncul sebagai satu-satunya ‘harimau’ di atas puncak bukit kaum Cina di Malaysia.

Kaum Cina tentu sekali berbangga bahawa Lim Kit Siang telah berjaya menyatukan kaum Cina. Dahulu, undi kaum Cina terpecah dua, 50% kepada BN dan 50% kepada DAP. Apabila undi kaum Cina terpecah dua, BN yang diterajui UMNO dengan senang boleh mendapat kemenangan majoriti 2/3 di dalam mana-mana PRU. DAP hanya menggigit jari, hanya dapat memenangi kerusi-kerusi majoriti besar kaum Cina seperti Bukit Bintang, Seputeh, Kepung, Ipoh dll.

Sejak kemunculan PKR dan laungan ‘reformasi’, Lim Kit Siang melihat kaum Melayu telah terpecah dua, UMNO di satu pihak dan PAS/PKR di satu pihak yang lain. Di dalam keadaan kaum Melayu berpecah hampir 50-50, Lim Kit Siang amat cepat mengambil kesempatan. Beliau percaya, di dalam keadaan Melayu terpecah 50-50, kaum Cina mampu menjadi kuasa PENENTU, di dalam bahasa Inggerisnya KINGMAKERS.

Di dalam PRU13, kaum Cina telah MEMPERJUDIKAN MASA DEPAN mereka di negara ini dengan ‘meletak semua wang’ di belakang DAP. Mereka sekali lagi terpedaya dengan ‘gula-gula’ Anwar Ibrahim, yang menjanjikan suatu kemenangan kepada Pakatan Rakyat, dan dengan kemenangan itu, Anwar Ibrahim akan menjadikan semua rakyat Malaysia SAMA, tidak ada lagi hak istimewa Melayu/Bumiputra. Lim Kit Siang juga menjanjikan negara Malaysia BERSATU, di mana tidak ada lagi identification BUMIPUTRA dan BUKAN BUMIPUTRA.

Amat Malang bagi Lim Kit Siang. Walaupun terdapat sebahagian Melayu/Bumiputra yang menyokong PAS atau PKR, majoriti BESAR kaum Melayu/Bumiputra masih teguh menyokong UMNO/BN. Secara kasarnya, DAP telah menambah 10 kerusi Parlimen berbanding PRU 2008, sementara UMNO pula telah juga menambah 9 kerusi parlimen berbanding dengan 2008. ‘On the ground’, jelas sekali, walaupun lebih 90% pengundi Cina menyokong DAP/PR, kesepaduan pengundi Cina masih lagi belum mampu menumbangkan BN yang diterajui UMNO.

Lim Kit Siang telah berjaya menyatukan undi kaum Cina….TETAPI, Lim Kit Siang telah menjadikan kaum Cina KAUM OUTCAST di negara ini. Lim Kit Siang telah membawa kaum Cina ke suatu arah BERTENTANGAN dengan halatuju kaum Melayu/India/bumiputra Sabah dan Sarawak. Sebagaimana yang aku telah lama jangkakan, PAS akan bertambah lemah, dan umat Melayu akan sedikit demi sedikit berhijrah kepada UMNO/BN. Anwar Ibrahim boleh mempengaruhi JUAK-JUAK beliau di kalangan pemimpin PAS, tetapi Anwar Ibrahim tidak boleh menghalang ahli-ahli dan penyokong PAS meninggalkan PAS. Kekalahan PAS di Kedah, dan konsolidasi UMNO di Perak adalah bukti jelas trend ini.

Walaupun berjaya menjadi TAIKO kaum Cina, Lim Kit Siang ‘panas punggung’. Sedikit masa lagi, kaum Cina akan menyalahkan Lim Kit Siang kerana menjadikan kaum Cina kaum OUTCAST, atau KAUM PARIA, di negara ini. Inilah puncanya, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim sedang menggerakkan DEMONSTRASI JALANAN MEMPROTES KEPUTUSAN PRU13. Anihnya, demonstrasi jalanan ini tidak mendapat sokongan PAS. Tidak menghairankan, 80% dari peserta demonstrasi jalanan akhir-akhir ini disertai oleh kaum Cina.

Lim Kit Siang telah GAGAL menjadikan kaum Cina KINGMAKERS, tetapi telah berjaya menjadikan mereka TROUBLEMAKERS.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s