Menteri KDN 100% Ada Hak CAMPUR-TANGAN Urusan PDRM

Terlebih dahulu, tabik hormat dan sekalung tahniah kepada DS Zahid Hamidi di atas perlantikan beliau sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru. Kita semua amat kagum di atas beberapa tindakan awal yang telah diambil oleh PDRM sejak DS Zahid mengambil alih tugas sebagai Menteri KDN. Kebetulannya, PDRM pula mendapat boss baru, TS Khalid Abu Bakar. Kita kurang pasti samada KETEGASAN yang ditunjukkan oleh PDRM akhir-akhir ini ada kaitan dengan pertukaran Menteri, atau pertukaran KPN.
Lebih banyak pihak berpendapat bahawa KETEGASAN PDRM di dalam menangani RALLY BAJU HITAM memprotes keputusan PRU13 berpunca dari adanya ‘political will’ yang baru, yang sudah tentu ada kaitan dengan Menteri KDN yang baru. DS Zahid Hamidi dilihat lebih seorang yang lebih gemarkan ACTION dari BERCAKAP KOSONG. Dengan lain perkataan, DS Zahid dilihat lebih ‘Action-oriented’.
Namun begitu, aku sedikit KECEWA dengan satu dua kenyataan DS Zahid yang seolah-olah ingin menggambarkan bahawa beliau tidak lansung campur-tangan di dalam penahanan beberapa orang pemimpin pembangkang sehari dua lepas. Apakah DS Zahid menbuat ‘kenyataan politik’ untuk mengelakkan tanggapan bahawa penahanan pemimpin-pemimpin pembangkang tersebut adalah ‘politically-motivated’?
Mari kita lihat contoh kenyataan beliau:
“Sebagaimana yang saya jelaskan di hari pertama saya berada di KDN, segala urusan operasi saya serahkan kepada pihak PDRM dan saya berkeyakinan tentu polis mempunyai bukti dan asas-asas yang kukuh melakukan penahanan itu.
“Dan saya tidak langsung campurtangan di dalam penahanan itu dan saya harap pihak rakan-rakan wartawan dapat bertanya dengan pihak polis sendiri,” katanya.
Sebagai seorang pengkagum DS Zahid, bossnya DS Najib, dan juga penyokong tegar UMNO/BN, aku kurang faham kenapa DS Zahid perlu cuba menjarakkan dirinya dari tindakan-tindakan PDRM, termasuk penahanan pemimpin-pemimpin pembangkang…..sekiranya pemimpin-pemimpin tersebut melanggar undang-undang negara. Tidak dapat dinafikan PDRM bertanggung-jawab soal keselamatan dalam negara, termasuk ketenteraman awam. Namun begitu, BOSS kepada berbagai jabatan dan agensi di bawah KDN ialah Menteri KDN itu sendiri.
Kita tidak merasa janggal bila Menteri Pelajaran campur-tangan urusan guru dan sekolah, Menteri Belia dan Sukan mengambil tahu hal-hal berkaitan persatuan-persatuan sukan, Menteri Kerjaraya mengambil tahu hal-hal pembangunan fizikal negara, dan Menteri-Menteri lain  campur-tangan di dalam segala urusan berkaitan dengan aktibiti dan tindak-tanduk kementerian-kementerian mereka berkenaan. PDRM berada di bawah tanggung-jawab Menteri KDN, oleh itu kenapa pula Menteri KDN tidak boleh campur-tangan mengenai urusan dan tindak-tanduk PDRM yang berada di bawah tanggung-jawabnya???
Oleh itu, DS Zahid Hamidi, YB Datuk tidak perlu sekali-kali ‘apologatic’ terhadap sesiapa. PDRM berada di bawah tanggung-jawab Datuk, dan Datuk BERHAK menentukan hala-tuju PDRM. Berilah segala ‘political will’ yang diperlukan oleh KPN dan pegawai-pegawai PDRM untuk mengambil apa-apa tindakan, dengan BACK UP secukupnya dari BOSS mereka, Pak Menteri KDN.
Umat Melayu berdiri teguh di belakang YB Datuk. YB Datuk 100% berhak untuk campur-tangan di dalam SEGALA urusan dan tindak-tanduk PDRM. Tabik hormat sekali lagi kepada YB Datuk.
Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s