Cadangan Penggabungan Parti-Parti BN, Cadangan TERAMAT BODOH

Sebelum Persekutuan Tanah Melayu merdeka dari  British pada tahun 1957, di antara idea-idea yang hebat ialah PENUBUHAN UMNO oleh umat Melayu pada tahun 1946 untuk menentang MALAYAN UNION yang telah dipaksakan oleh British ke atas Raja-Raja Melayu. Malayan Union akan memberikan HAK SAMA-RATA MUTLAK antara penduduk asal Tanah Melayu, iaitu kaum Melayu/Bumiputra, dengan kaum-kaum PENDATANG yang BAKAL diberikan taraf KERAKYATAN. Di atas perjuangan umat Melayu yang bersatu di bawah UMNO(United Malays National Organisation), British telah menarik balik Malayan Union, dan digantikan dengan penubuhan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU pada 1948.

Penubuhan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU rupa-rupanya telah tidak disenangi oleh kaum PENDATANG dari Tanah Besar China, yang majoritinya menyokong sebuah parti yang didominasi oleh kaum China ketika itu, PARTI KOMUNIS MALAYA(PKM). Di dalam tahun yang sama,  PKM telah memulakan PEMBERONTAKAN BERSENJATA, atau ‘armed insurgency’ terhadap KERAJAAN PERALIHAN Persekutuan Tanah Melayu. Kalau kita fikir-fikirkan, apakah kepentingan PENDATANG CHINA pada masa itu untuk memerangi Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, sedangkan mereka pada waktu itu masih lagi WARGANEGARA CHINA!!!

Di antara pengasas-pengasas utama penubuhan UMNO pada tahun 1946 ialah Al-Marhum Datuk Onn Jaafar, yang telah dipilih sebulat suara sebagai Yang Dipertua/Presiden pertama UMNO. Beliau amat besar jasanya kepada umat Melayu, semoga Allah swt merahmati rohnya. Namun begitu, menjelang 1951, Datuk Onn telah TERMAKAN dengan gesaan British untuk membuka keahlian UMNO kepada kaum bukan Melayu. Cadangan  Datuk Onn telah ditolak oleh MAJORITI ahli-ahli UMNO semasa itu, yang telah mendorong beliau untuk meninggalkan UMNO dan menubuhkan sebuah parti PERBAGAI BANGSA yang diberi nama Independence Malaya Party(IMP). Sejarah telah membuktikan bahawa parti ‘multi-racial’ ciptaan Datuk Onn tersebut tidak panjang jangka hayatnya.  Bagi aku, cadangan Datuk Onn untuk membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu adalah suatu cadangan  TERAMAT BODOH sebelum Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Tidak hairanlah jika MAJORITI umat Melayu tidak menerimanya.

Selepas Persekutuan Tanah Melayu merdeka, khususnya selepas PRU13,  umat Melayu sekali berhadapan dengan suatu cadangan TERAMAT BODOH, iaitu cadangan penggabungan parti-parti di dalam BN supaya menjadi SATU PARTI. yang menariknya, cadangan awal ke arah itu datangnya dari sebuah part ‘multi-racial’ iaitu GERAKAN, salah satu parti komponen BN. GERAKAN adalah sebuah parti ‘multi-racial’, tetapi  parti ini mengalami kekalahan begitu teruk kepada DAP, sedangkan DAP diketahui umum adalah sebuah PARTI KAUM CINA…dengan sedikit ‘window dressing’ Melayu dan India.

Sebelum mana-mana pemimpin utama UMNO membuka mulut  mengalu-alukan cadangan TERAMAT BODOH ini, buatlah ‘post-mortem’ dulu jika perlu bagi menganalisa keputusan PRU13 yang lalu. Jangan sekali-kali mensia-siakan sokongan padu yang telah deberikan oleh umat Melayu/Islam kepada UMNO. Minta dulu pandangan para ahli-ahli, penyokong dan pengundi-pengundi UMNO. Ahli-ahli dan penyokong-penyokong senyap UMNO inilah yang telah MENGEKALKAN KUASA UMNO/BN di dalam PRU13 yang lalu.

Berfikir dulu sebelum membuka mulut. Apakah benar ANDAIAN pihak-pihak tertentu bahawa kekalahan BN di kawasan-kawasan MAJORITI BESAR  pengundi Cina seperti di Gelang Patah, Puchong, Kepung, Ipoh Timur, Seputeh, Bukit Bintang, dan kawasan-kawasan ‘pusat bandar’ yang lain berpunca dari ‘kegagalan’ parti-parti BN untuk bergabung sebagai SATU PARTI?

Aku tak mahu buang masa untuk bincang perkara ini lebih lanjut buat masa ini….kerana cadangan ini TERAMAT BODOH. Aku akan bincangkan perkara ini dengan lebih lanjut dari semasa ke semasa.

Kepada para pemimpin-pemimpin UMNO, sedarlah, bagi umat Melayu/Islam di negara ini, apa yang penting bagi mereka ialah MEMPERTAHANKAN KUASA MELAYU/ISLAM…..bukan soal relevan atau tidak BN, malah UMNO itu sendiri, 5-10 tahun lagi. Buat masa ini, umat Melayu/Islam memberikan amanah kepada UMNO untuk MENJUARAI perjuangan AGENDA MELAYU/ISLAM, termasuk mempertahan segala hak-hak dan KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU/BUMIPUTRA sebagaimana telah diperjuangkan oleh UMNO untuk menjadi antara ASAS-ASAS PERLEMBAGAAN negara kita yang merdeka.

 

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s