Archive for June 2013

BERNAMA Pun ‘Berjerebu’….Semenanjung Tanah Melayu ATAU Semenanjung Malaysia Barat???

June 25, 2013

Siapa tidak kenal BERNAMA, ringkasan kepada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, atau Malaysian News Agensi. BERNAMA adalah antara rujukan-rujukan utama berita tempatan dan antarabangsa akhbar-akhbar Malaysia.

Semalam, tajuk-tajuk utama akhbar-akhbar tempatan ialah DARURAT JEREBU yang telah diisytiharkan di Muar dan Ledang, serta berita tentang tahap jerebu yang telah mencapai peringkat MEMBAHAYAKAN di negeri-negeri pantai barat SEMENANJUNG, khususnya di negeri-negeri di bahagian selatan SEMENANJUNG, khususnya Johor dan Melaka.

Di dalam ‘mentelaah’ berita-berita tempatan, ‘menu’ utama aku adalah akhbar ‘pembela Melayu’, Utusan Malaysia.

Apa yang AMAT menarik perhatian aku di antara berita-berita di dalam Utusan Malaysia semalam ialah penggunaan perkataan/ayat  ‘negeri-negeri selatan Semenanjung Tanah Melayu’. Seingat aku, amat jarang sekali akhbar-akhbar kita menggunakan nama ‘Semenanjung Tanah Melayu’. Sebagaimana dinyatakan di penghujung bahan berita tersebut, berita tersebut dirujuk kepada BERNAMA.

Namun begitu, di dalam akhbar PILIHAN umat Melayu tersebut juga, terdapat satu lagi bahan berita, yang juga merujuk kepada BERNAMA, menggunakan perkataan/ayat ‘negeri-negeri selatan Semenanjung Malaysia Barat’.

Tercetus di fikiran aku, bagaimana sebuah agensi berita begitu hebat seperti BERNAMA masih ‘berjerebu’ tentang panggilan sebenar kepada sebahagian dari negara Malaysia bernama Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu merupakan nama negara kita semasa kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Pada tahun 1963, negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu(Perlis, Kedah, Pulau pinang, Perak, Selangor, Negri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Trengganu dan Kelantan) telah bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak, untuk membentuk MALAYSIA.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan, terdapat Perkara-Perkara yang jelas merujuk kepada negeri-negeri Tanah Melayu, yang sudah semestinya terletak di Semenanjung Tanah Melayu.

Sebaliknya, tidak ada istilah-istilah/nama-nama ‘Malaysia Barat’ dan ‘Malaysia Timur’ tercatat di dalam Perlembagaan Persekutuan. Apa yang ada ialah nama-nama negeri-negeri yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu, selain dari istilah ‘negeri-negeri Tanah Melayu’, Sabah, Sarawak dan Singapura. Kita lupakan sahaja Singapura, kerana Singapura telah terkeluar dari Malaysia pada tahun 1965.

Setinggi-tinggi tahniah kepada pemberita BERNAMA/Utusan Malaysia yang telah menggunakan nama ‘Semenanjung Tanah Melayu’, nama sebenar sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, bukannya nama ‘Semenanjung Malaysia Barat’.

Aku harap tidak timbul lagi masalah ‘jerebu’ tentang nama Semenanjung Tanah Melayu di kalangan pemberita-pemberita dan akhbar-akhbar di Malaysia. Semenanjung Tanah Melayu masih kekal sebagai nama ‘semenanjung’ di mana terletaknya 11 negeri-negeri Tanah Melayu, yang merupakan sebahagian dari Malaysia, selain dari Sabah dan Sarawak.

Advertisements

Tiba Masanya Undang-Undang ANTI-LOMPAT PARTI Bagi Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN

June 23, 2013

PRU13 telah lebih sebulan berlalu. BN dikekalkan sebagai Kerajaan di peringkat Persekutuan dengan kemenangan 133-89. Negeri-negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan kekal di tangan Pakatan Rakyat. Manakala Kedah kembali kepada pemerintahan BN.

BN menang tipis di dua negeri, iaitu Perak dan Trengganu, dengan perbezaan 3 kerusi DUN di Perak, dan 2 kerusi DUN sahaja di Trengganu.

Sebagaimana dinyatakan oleh Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar, di perhimpunan HARAM ‘black505’ semalam, Pakatan Rakyat masih berminat untuk menjatuhkan Kerajaan BN Perak, melalui cara LOMPAT PARTI. Kita semua masih ingat bagaimana Kerajaan Pakatan Perak yang telah merampas Perak dari BN di dalam PRU12 dengan kelebihan 3 kerusi, telah tumbang apabila seorang ADUN DAP dan 2 orang ADUN PKR telah bertindak keluar parti mereka, dan menjadi ‘BN-friendly’.

Berdasarkan kepada apa yang telah berlaku di Perak tidak sampai setahun selepas PRI12, tidak mustahil, para pemimpin DAP di Perak dan PAS di Trengganu ada menyimpan hasrat untuk menumbangkan BN dengan cara-cara yang bertentangan dengan semangat demokrasi di negara ini.

Kita masih juga ingat bagaimana Anwar Ibrahim cuba ‘membeli’ sekurangnya 30 orang ahli-ahli parlimen BN selepas PRU12 2008, dengan harapan untuk menumbangkan Kerajaan BN pimpinan Pak Lah menjelang 16 septembar 2008. Terbukti, bukannya senang untuk ‘membeli’ walaupun seorang Ahli Parlimen BN, apatah lagi 30 orang.

Walaupun amalan ‘lompat parti’ ini tidak dilarang mengikut undang-undang sediada, aku percaya ianya amat bertentangan dengan ‘semangat sistem pilihanraya’. Kita semua tahu, di dalam pilihanraya, semua calun, kecuali calun bebas, bertanding di atas TIKET PARTI mereka. Contohnya, calun BN bertanding atas TIKET BN, sementara calun DAP atas TIKET DAP, calun PAS atas TIKET PAS dan calun PKR atas TIKET PKR. Sekiranya calun BN, yang bertanding di atas TIKET BN menang di dalam pilihanraya, kemenangan calun tersebut bukanlah kemenangan peribadi, tetapi adalah kemenangan BN. Begitulah juga bila calun-calun yang menang atas TIKET DAP, TIKET PAS dan TIKET PKR.

Oleh itu, setelah seorang calun itu menang di atas TIKET PARTI, adalah amat tidak wajar apabila  PEMENANG bagi sesuatu kerusi tiba-tiba melompat parti menyebabkan parti asalnya akan kehilangan satu kerusi, dan menyebabkan parti lawan pula yang akan bertambah satu kerusi.  Sekiranya amalan ini dibenarkan, kita seolah-olah ‘MERAMPAS’ suara majoriti pengundi di kawasan di mana calun yang menang ‘merampas’ keputusan majoriti pengundi di kawasannya dengan amalan  melompat parti.

Apa yang lebih membimbangkan, sekiranya amalan ‘lompat parti’ ini terus dibenarkan, akan berlaku ‘pakatan jahat’ untuk sengaja menjatuhkan sebuah Kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya….mungkin menggunakan cara-cara ‘jenayah’ seperti menawarkan wang ringgit berjumlah berjuta-juta, atau jawatan-jawatan tinggi di dalam Kabinet di peringkat Persekutuan, atau EXCO di peringkat negeri.

Tiba masanya, ahli-ahli Parlimen yang baru dipilih untuk mengusulkan Rang Undang-Undang, atau pindaan kepada Rang Undang-Undang sediada, demi KESTABILAN NEGARA. Amalan ‘lompat parti’ oleh ahli-ahli Parlimen dan ADUN wajar dibendung. Sekiranya berlaku juga kes ‘lompat parti’, sewajarnya suatu Pilihanraya Kecil(PRK) di adakan bagi kawasan Parlimen atau DUN berkenaan, supaya Ahli Parlimen atau ADUN berkenaan semestinya mewakili pilihan MAJORITI pengundi di kawasan mereka.

Akta Perhimpunan Aman Wajar Dimansukhkan Saja…Tak Ada Gunanya.

June 23, 2013

Semalam, kira-kira 10,000 penyokong Anwar Ibrahim telah berdemonstrasi di Padang Merbok, walaupun tanpa permit polis. Kehadiran hanya kira-kira 10,000 ini adalah sedikit ‘anti-climax’, memandangkan perhimpunan semalam telah dirancang sebagai ‘finale’ kepada SIRI PERHIMPUNAN BLACKOUT 505.

Aku mengatakan mereka yang menghadiri perhimpunan semalam sebagai ‘penyokong Anwar Ibrahim’, memandangkan hanya Anwar Ibrahim yang masih BERIYA-IYA untuk terus memprotes keputusan PRU13, manakala PAS dan DAP telah menerima keputusan tersebut. Malah, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, sendiri dilapurkan tidak bersetuju untuk memprotes keputusan PRU13 melalui perhimpunan HARAM jalanan.

Walaupun Lim Kit Siang dilapurkan hadir, lebih dari 90% dari peserta-peserta perhimpunan terdiri dari orang Melayu. Ini amat berbeza dengan beberapa perhimpunan sebelum ini, termasuk di Petaling Jaya, di mana lebih dari 70% terdiri dari penyokong Cina DAP. Dari senario ini, kita boleh mengandaikan bahawa kehadiran Lim Kit Siang hanya sekadar tunjuk muka sahaja.

PAS pula sekadar ‘menjaga hati’ Anwar Ibrahim. Hanya pemimpin JUAK-JUAK ANWAR dalam PAS sahaja yang BERIYA-RIYA cuba menggembeling seramai mungkin penyokong PAS ke perhimpunan semalam, termasuk Husam Musa, yang telah ditahan polis semalam di bawah Akta Hasutan. Selain dari Husam Musa, seorang aktivis pelajar, Khalid Ismeth, juga turut ditahan, juga di bawah Akta Hasutan. Kita masih ingat Khalid Ismeth ini sebelum ini telah ditangkap semasa perhimpunan Bersih 3 kerana menyerang seorang anggota polis.

Apa yang menjadi TANDA-TANYA kita semua ialah bagaimana seorang seperti Khalid Ismeth, yang telah ditahan kira-kira setahun yang lalu di dalam perhimpunan Bersih 3, masih belum dijatuhkan sebarang hukuman di atas kesalahannya yang lalu, sedangkan beliau dilapurkan telah menghasut peserta-peserta lain untuk merosakkan kenderaan polis di dalam perhimpunan HARAM semalam.

JELAS DAN NYATA, Akata Perhimpunan Aman telah tidak dihormati oleh penyokong Pakatan Rakyat, malah dilanggar oleh mereka dari semasa ke semasa TANPA rasa takut, segan atau hormat kepada pihak-pihak berkuasa.

Persoalannya, apakah Kerajaan lebih mengambil pendekatan ‘menjaga hati’ Anwar Ibrahim dan penyokong-penyokongnya, atau ‘menjaga amanah’ pengundi-pengundi yang telah menyokong BN dan mengekalkan BN berkuasa. Penyokong-penyokong BN sudah MUAK dengan sikap ‘diplomasi’ PDRM terhadap peserta-peserta perhimpunan haram. Penyokong BN mengharapkan PDRM tidak membenarkan sama sekali sebarang perhimpunan diadakan, kecuali jika pihak penganjur telah mematuhi syarat-syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Penyokong BN mahukan suatu tindakan ‘pro-active’ dan ‘preventive’, termasuk menahan ‘ring-leaders’ dua tiga hari sebelum sesuatu perhimpunan haram bermula, bagi mengelakkan terlaksananya hasrat jahat mereka. Janganlah kita nak tunggu anggota penguatkuasa DBKL, atau anggota PDRM,  dicederakan dulu baru nak bertindak.

Sekiranya Kerajaan BN tidak mampu menguatkuasakan Akta Perhimpunan Aman, aku cadangkan agar ahli-ahli Parlimen BN mengemukakan usul di Parlimen supaya Akta ini dipinda, supaya pihak PDRM boleh ‘menyimpan’ perancang-perancang perhimpunan beberapa hari sebelum perhimpunan bermula, bagi menggagalkan hasrat mereka untuk berhimpun.

Kalau tidak, aku secara ikhlas mencadangkan Akta Perhimpunan Aman dimansukhkan saja. Kalau tidak, Kerajaan akan terus dilihat sebagai PENGECUT DAN DAYUS, kerana membenarkan penyokong Pakatan rakyat MENCONTENG ARANG DI MUKA PDRM, KDN dan KERAJAAN.

Melayu Sebagai ANAI-ANAI?

June 21, 2013

Aku amat memahami kemarahan, kekecewaan dan kekesalan rakan-rakan PRO-UMNO/BN BLOGGERS terhadap anak cucu BEKAS PENDATANG ke MALAYSia, atau ‘Land of the Malays’, atau ‘Tanah Bangsa Melayu’.

Di dalam mempertahankan KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU, sebagai pemerintah dan penduduk asal ‘Tanah Bangsa Melayu’, bangsa Melayu berhak menggembeling segala kekuatan yang ada untuk mempertahankan HAK-HAK mereka.

Namun begitu, aku percaya, kejayaan di dalam sesuatu usaha hanya akan tercapai sekiranya ianya dilakukan secara SERENTAK DAN SENADA. Pokoknya, perlu ada ‘consensus’ atau kesepakatan. Sebagaimana KESEPAKATAN 43 NGO Melayu berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, bagi memulakan gerakan menentang Malayan Union. Kesepakatan tersebut telah membawa KEJAYAAN.

Orang Melayu juga mencapai KESEPAKATAN di dalam menentang PARTI KOMUNIS MALAYA, satu cawangan dari PARTI KOMUNIS CHINA. Pasukan keselamatan kita yang diterajui oleh Askar Melayu Di-Raja, dengan sokongan seluruh umat Melayu, telah berjaya menumpaskan ‘Communist Terrorists(CTs)’, sehingga CTs terpaksa melarikan diri ke selatan Thailand.

Orang Melayu juga mencapai KESEPAKATAN di dalam menggubal Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang telah berjaya menTRANSFORMASIkan kedudukan ekonomi umat Melayu. Majalah-majalah ekonomi bertaraf antara-bangsa pernah menggambarkan Malaysia sebagai antara ‘ASIAN TIGERS’, atau HARIMAU ASIA. Malaysia masih menjadi lokasi terletaknya MENARA BERKEMBAR TERTINGGI DI DUNIA sehingga ke hari ini. sememangnya terdapat banyak lagi bangunan pencakar langit yang jauh lebih tinggi dari MENARA BERKEMBAR PETRONAS, tetapi bangunan tersebut bukan MENARA BERKEMBAR.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, aku AMAT TIDAK BERSETUJU jika ada pihak rakan-rakan bloggers yang menggambarkan MELAYU sebagai ANAI-ANAI. Bagi aku, perbandingan tersebut seolah-olah merendahkan martabat dan kedudukan Melayu.

KESEPAKATAN amat penting di dalam menjayakan sesuatu tindakan dan missi yang besar. KESEPAKATAN hanya akan tercapai dengan mengulangi langkah-langkah sebagaimana telah diambil oleh 43 NGO Melayu yang telah berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman pada tahun 1948. Sekiranya kita mementingkan KESEPAKATAN, aku percaya kita tidak akan tergamak membandingkan Melayu dengan ANAI-ANAI.

Sedangkan kaum ORIENTALIS BARAT pernah menggambarkan UMAT ISLAM di Asia Tenggara sebagai HARIMAU yang sedang nyenyak tidur….bukan sebagai ANAI-ANAI. Aku bersetuju ANAI-ANAI mampu menumbangkan sebatang pokok yang besar batangnya….tetapi pokok adalah suatu kejadian Allah swt yang TIDAK ADA KEUPAYAAN BERGERAK.

Tetapi belum ada di dalam sejarah, atau cerita dongeng sekali pun, di mana ANAI-ANAI pernah mengalahkan walaupun seekor tikus, atau kucing, atau anjing, kerana tikus, kucing dan anjing adalah makhluk yang mampu BERGERAK DAN MELAWAN.

Oleh itu, di dalam mempertahankan HAK-HAK MELAYU, tidak perlu sama sekali kita bandingkan Melayu dengan ANAI-ANAI. Melayu adalah BANGSA BERMARUAH DAN BERDAULAT. Membujur lalu, melintang patah!!! Allah Akbar!!!

Hukuman PENJARA MANDATORI Mampu Membenteras Demonstrasi Haram

June 16, 2013

SOP – Tangkap, Ambil Statement, LEPAS(dengan jaminan polis)….

Aku ingin jelaskan di sini, itu bukanlah SOP sebenar PDRM terhadap peserta perhimpunan HARAM. Mengikut SOP sebenarnya, para peserta perhimpunan haram, selepas ditangkap, diambil statement, dan dilepas dengan jaminan, akan didakwa di mahkamah di atas kesalahan menyertai perhimpunan haram. Biasanya mereka dibebaskan dengan ‘jaminan polis’, bermakna, tidak perlu kena bayar jaminan menggunakan wang ringgit.

Namun, persepsi rakyat agak berbeza. Rakyat hanya melihat prosedure TANGKAP, AMBIL STATEMENT dan BEBAS. Bagaimana rakyat membina persepsi ini di dalam kepala mereka, aku pun tidak tahu. Tetapi itulah hakikatnya. Lihatlah sahaja beratus-ratus yang telah ditangkap di dalam DEMONSTRASI HARAM ‘bersih’. Sehingga sekarang rakyat belum lagi melihat PENJENAYAH-PENJENAYAH tersebut menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka MENGHURU-HARAKAN negara.

Aku tidak salahkan PDRM di atas kelemahan-kelemahan di dalam menguruskan PENJENAYAH-PENJENAYAH demonstrasi jalanan. Aku lebih menyalahkan penggubal-penggubal undang-undang kita, iaitu Ahli-Ahli Parlimen BN yang TIDAK BERFIKIRAN JAUH di dalam membuat sesuatu keputusan. UMNO/BN telah mengenepikan ISA, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada para pengundi yang telah meletakkan mereka sebagai ahli-ahli parlimen. Sekarang siapa yang susah bila perhimpunan HARAM ‘Blackout 505’ diadakan di sana-sini sewenang-sewenangnya. Para penganjur tidak menampakkan sebarang perasaan takut atau hormat dengan PDRM lagi. Malah para penganjur dan peserta yang ditangkap kelihatan BANGGA SEKALI bila muka mereka masuk kaca TV. Kalau nak beli masa iklan kat TV pun kena bayar berpuluh ribu untuk beberapa minit….inikan pula dapat FREE PUBLICITY….makin naik tocang le mereka…

Ahli-ahli parlimen BN perlu segera membuat pindaan terhadap apa-apa akta yang ada, supaya disediakan HUKUMAN PENJARA MANDATORI 3-6 bulan terhadap mereka yang ditangkap kerana menyertai perhimpunan haram. Tanpa peruntukan seperti ini, semakin ramai akan mempermain-mainkan Akta-Akta seperti Akta Perhimpunan Aman….dan secara tidak lansung mempermainkan agensi-agensi penguatkuasaan dan keselamatan seperti PDRM.

Kalau ada HUKUMAN PENJARA MANDATORI, aku percaya golongan yang terdorong untuk menyertai perhimpunan haram akan berfikir DUA KALI ATAU LEBIH sebelum menyertainya.

Apakah Sebenarnya Yang Memisahkan UMNO dan PAS?

June 12, 2013

Aku percaya majoriti umat Melayu/Islam di Malaysia teramat mengalu-alukan ‘gambaran’ kerjasama antara UMNO-PAS sebagaimana tergambar di dalam Majlis Perasmian Tilawatul-Quran Peringkat Kebangsaan ke 56 di Balai Islam, Kelantan. Kehadiran PM DS Najib dan MB Kelantan di dalam suatu majlis Tilawatul-Quran, amat besar maknanya kepada umat Islam.

Majoriti umat Melayu/Islam tidak dapat memahami apakah sebenarnya perbezaan antara UMNO dan PAS, dan di antara para penyokong UMNO dan penyokong PAS. Penyokong-penyokong UMNO dan PAS sama-sama solat berjamaah di masjid/surau di seluruh negara, sama-sama bersolat tarawih dan berpuasa wajib di bulan Ramadan, sama-sama mengerjakan Haji di Mekah, dan yang paling utama, sama MENGESAKAN Allah swt, dan mengimani kerasulan Muhammad saw sebagai Rasulullah yang terakhir.

Apakah sebenarnya yang memisahkan UMNO dan PAS?

 

 

 

 

Persepsi Rakyat Sekarang, Kerajaan TIDAK ADA KEBERANIAN Untuk Bertindak Terhadap IKAN JERUNG

June 10, 2013

Selang beberapa hari, PDRM berhadapan dengan gelagat pemimpin-pemimpin dan penyokong parti-parti Pakatan Rakyat, khususnya PKR, yang terus berdegil untuk mengadakan perhimpunan demi perhimpunan, bagi memprotes keputusan PRU13, dengan harapan akan tercetus  ‘Arab Spring’ di negara ini, yang boleh memaksa Kerajaan sekarang berundur, sebagaimana Kerajaan Husni Mubarak di Mesir, atau digulingkan, sebagaimana Kerajaan Ghadafi di Libya.

Beberapa ‘ikan bilis’ telah ditahan termasuk Adam Adli. Selain dari itu, beberapa pemimpin ‘pertengahan’ turut ditahan termasuk beberapa orang ADUN PKR, dan Ketua Cabang PKR. Terdapat juga beberapa pemimpin kanan ditangkap, termasuk Tian Chua, Nik Azmi, Hishamuddin Rais dab beberapa yang lain. Selain dari itu, beberapa orang pemilik facebook telah diambil tindakan kerana kenyataan-kenyataan tidak menghormati Raja-raja Melayu dan Yang Dipertuan Agung.

PERSOALANNYA, kenapakah hanya ‘ikan-ikan bilis’ yang ditangkap…itupun dilepaskan semula, termasuk dengan jaminan polis. Aku nampak penangkapan-penangkapan ‘ikan-ikan bilis’ ini telah seolah-olah memberikan FREE PUBLICITY kepada pemimpin-pemimpin ‘ikan bilis’ untuk mencipta nama di ‘pasaran’ politik tanahair. Mereka yang ditangkap, kelihatan ‘seronok dan bangga’ di atas kemunculan mereka di kaca TV.

Kita semua tahu, sebagaimana pihak-pihak berkuasa juga tahu, bahawa PUNCA segala kekecohan sekarang ialah dua TOKOH POLITIK  PENGACAU NEGARA , iaitu Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Kita semua tahu bahawa jika kedua-dua TOKOH POLITIK PENGACAU NEGARA ini di simpan di tempat-tempat tertentu seperti di Kemunting sebagaimana di era ISA, Malaysia akan aman dalam sekelip mata.

Apakah susah sangat untuk ‘build up case’ terhadap Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Kata orang tua-tua, ‘Kalau hendak sewribu daya, kalau tak hendak seribu dalih’.

Persepsi majoriti rakyat yang cintakan keamanan pada masa kini ialah bahawa Kerajaan TIDAK ADA KEBERANIAN untuk mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang…..as simple as that…


%d bloggers like this: