NGO & BLOGGERS MELAYU Benteng Pertahanan Kuasa Umat Melayu

Aku telah siapkan deraf penulisan ini SEBELUM Tun Mahathir mencurahkan isi hatinya yang terbaru berhubung UMNO. Aku ingin berkongsi deraf ini….sekarang bukan deraf lagi le ye?

43 NGO Melayu telah berkumpul di Dewan Sultan Sulaiman, Kg Baru, pada 1946, bertujuan menggembeling umat Melayu dari seluruh negara menentang MALAYAN UNION yang telah dipaksakan oleh penjajah British ke atas Raja-Raja Melayu. Dari perhimpunan tersebut, lahirlah United Malays National Oraganisation(UMNO).

Jelasnya, NGO MELAYU yang telah melahirkan UMNO, bukan sebaliknya.

Pada peringkat awal penubuhannya, keahlian UMNO bukanlah keahlian secara direct seseorang itu ke dalam parti UMNO. Sebaliknya, keahlian UMNO adalah keahlian tidak direct melalui keahlian NGO-NGO MELAYU yang telah bersama-sama menubuhkan UMNO. Individu-individu Melayu hanya boleh menyertai salah sebuah NGO yang menubuhkan UMNO. Di peringkat awal, tidak ada individu yang terus menjadi ahli UMNO. Oleh itu, perwakilan ke Mesyuarat Agung UMNO pada masa itu ialah wakil-wakil mewakili NGO-NGO MELAYU yang bergabung menubuhkan UMNO.

Beberapa tahun selepas penubuhan rasmi UMNO pada 11 Mei 1946 di Istana Johor, UMNO telah menukar sistem kemasukan ahli-ahlinya, dari menjadi ahli salah sebuah NGO GABUNGAN, kepada menjadi ahli UMNO.

Sejak sekian lama, UMNO telah menjadi KAPAL INDUK ‘armada’ PERJUANGAN MELAYU. Sejarah telah menyaksikan kejayaan UMNO mentransformasikan umat Melayu di dalam berbagai bidang, khususnya PENDIDIKAN dan EKONOMI.

Namun begitu, setiap PRODUCT yang baik, tidak boleh lari dari mengandungi BY-PRODUCT yang kurang baik. Kejayaan UMNO melahirkan golongan MALAYS NEW BUSINESS COMMUNITY, atau ‘masyarakat perniagaan Melayu’, telah menyaksikan kepimpinan UMNO di peringkat cawangan, bahagian, negeri, malah Majlis Tertinggi, beralih tangan SEBAHAGIAN BESARNYA kepada golongan KORPORAT. Tidak menjadi rahsia lagi bahawa di dalam pemilihan UMNO di peringkat bahagian, mereka yang mempunyai KEDUDUKAN KEWANGAN yang kuat lebih berpotensi untuk menganggotai saf kepimpinan bahagian.

Akibat dari perubahan ‘landskap’ dalaman UMNO tersebut, terdapat ramai dari kalangan ahli-ahli UMNO yang berpotensi untuk dilonjakkan menjadi pemimpin tertinggi di peringkat Bahagian terpaksa hanya berpuas hati untuk menjadi pemimpin-pemimpin cawangan, atau kekal sebagai ahli biasa sahaja. Malah, telah dilapurkan oleh rakan-rakan dari UMNO Selangor bahawa Menteri Besar Selangor sekarang, TS Khalid Ibrahim, telah gagal di dalam percubaannya untuk menjadi Ketua Cawangan UMNO di Selangor suatu masa dahulu, sebelum beliau menyertai PKR. Terdapat juga lapuran bahawa Dr Hassan Ali, bekas Naib Presiden PAS, juga telah melalui pengalaman yang sama.

Walaupun terdapat masalah-masalah dalaman sebagai tersebut, UMNO secara keseluruhan terus berupaya melahirkan saf kepimpinan di peringkat negeri-negeri dan Pusat dari semasa ke semasa. Tidak ada mana-mana pihak yang akan mempertikaikan kewibawaaan DS Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO, TS Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden, barisan Naib-Naib Presiden dan sebahagian besar anggota Majlis Tertinggi UMNO. Namun, apa yang amat ketara kepada rakyat, dan ahli-ahli dan penyokong UMNO sendiri, jentera CERAMAH UMNO terlalu bergantung kepada Presiden dan Timbalan Presiden parti untuk menjelajah seluruh negara bagi memenangi hati pengundi.

Walaupun terdapat kelemahan-kelemahan tersebut, UMNO tetap muncul sebagai parti TERKUAT di dalam PRU13 yang lalu dengan memenangi 88 dari 133 kerusi yang telah dimenangi oleh BN. Sebagaimana diketengahkan oleh DS Najib di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO beberapa hari yang lalu, kemenangan UMNO mendapat 88 kerusi hampir menyamai kesemua kerusi yang dimenangi oleh ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat sebanyak 89 kerusi.

Tidak mengejutkan, berikutan kemerosotan sokongan kepada UMNO/BN pada PRU12 2008, telah tumbuh ‘bagai cendawan’ NGO-NGO MELAYU di segenap pelusuk negara dan BLOG-BLOG PRO-UMNO/BN. Antara yang telah memberikan impak besar kepada pentas politik negara termasuklah PERKASA pimpinan Datuk Ibrahim Ali, Gerakan Anti Penyelewengan Selangor(GAPS), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiyyah Malaysia(PEKIDA), Jaringan Melayu Malaysia(JMM), GPMS, Majlis Professor Negara,  persatuan-persatuan berasaskan persilatan, dan lain-lain. Tidak lupa juga JATI dan MUAFAKAT. Apa yang amat membanggakan kita semua ialah kewujudan BLOG-BLOG PRO-UMNO/BN yang telah memberikan sumbangan AMAT BESAR di dalam perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.

Ramai yang akan bersetuju dengan aku bahawa, NGO-NGO dan BLOGGERS Melayu telah menjadi JURUBICARA UMAT MELAYU di dalam menyuarakan isu-isu kepentingan Melayu/Islam, termasuk di dalam isu Kalimah Allah. Walaupun aku seorang ahli dan aktivis UMNO, aku bersedia memberikan ‘credit’ kepada NGO-NGO dan BLOGGERS Melayu yang telah begitu TEGAS di dalam mempertahankan hak-hak Melayu. Kita faham, pemimpin-pemimpin UMNO perlu ‘beralas’ di dalam membuat kenyataan-kenyataan terutama yang melibatkan hubungan kaum di negara ini. UMNO adalah TULANG BELAKANG Barisan Nasional….tersalah sikit cakap akan dijadikan bahan untuk menimbulkan kebencian kaum bukan Melayu terhadap UMNO/BN.

Namun begitu, sampai bila UMNO akan terus ‘beralas’ dengan anak cucu KAUM PENDATANG, yang sentiasa mengambil sikap ‘beri betis hendak paha’? Sampai bila UMNO perlu membiarkan, atau lepas tangan, kepada NGO-NGO Melayu untuk bersuara secara TERANG DAN JELAS bagi pihak UMAT MELAYU.  Apakah kita sedang kembali ke era di mana NGO-NGO Melayu, juga BLOGGERS Melayu, menjadi BENTENG PERTAHANAN KUASA UMAT MELAYU?

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s