PEGAWAI KERAJAAN Semestinya Terdiri Dari Penyokong BN

Sesebuah Kerajaan yang dipilih secara sah oleh RAKYAT melalui PRU melaksanakan dasar-dasar tertentu.

Setelah berlalu 13 PRU di Malaysia, BN telah diberikan mandat untuk memerintah Malaysia, termasuk melalui PRU13 yang lalu.

Dahulu dan sekarang, Malaysia diperintah oleh sebuah Kerajaan di mana anggota-anggota kabinetnya terdiri dari ahli-ahli parlimen BN yang telah menang di kawasan-kawasan parlimen mereka.

Kerajaan BN melaksanakan dasar-dasar BN, sebagaimana telah ditawarkan kepada rakyat melalui AKU JANJI atau MANIFESTO PILIHANRAYA.

Namun begitu, di peringkat perlaksanaan, Kerajaan memerlukan JENTERA PERLAKSANAAN di dalam bentuk pegawai-pegawai Kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar BN tersebut. Sewajarnya, malah SEWAJIBNYA,  setiap bahagian JENTERA PERLAKSANAAN menghayati dasar-dasar BN selain dari akur dengan arahan-arahan Pak Menteri.

Bagaimana timbul aduan seorang pembaca sebuah akhbar bahawa 80% dari rakan-rakan guru di sekolahnya terdiri dari mereka yang PRO-PEMBANGKANG. Apakah Guru Besar/Pengetuanya juga PRO-PEMBANGKANG? Dan, apakah anggota JEMAAH NAZIR SEKOLAH juga PRO-PEMBANGKANG?

Sudah tiba masanya Kerajaan BN mengambil suatu pendirian tegas di dalam perkara ini. Kerajaan ada HAK MUTLAK untuk melantik pegawai-pegawai Kerajaan dari kalangan mereka yang berkongsi ASPIRASI BN, bagi menentukan kejayaan perlaksanaan dasar-dasar Kerajaan BN. THE LOGIC IS SIMPLE…..pegawai-pegawai Kerajaan pro-ASPIRASI BN sudah tentu akan menjalankan tugas dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh demi menaikkan imej Kerajaan dan menambahkan sokongan rakyat terhadap Kerajaan BN. Sebaliknya….pegawai-pegawai Kerajaan pro-pembangkang sudah tentu lebih berminat untuk menggagalkan perlaksanaan dasar-dasar Kerajaan BN….malah akan menyalah-gunakan kedudukannya supaya rakyat membenci BN…

Lebih teruk lagi, PEGAWAI TINGGI KERAJAAN yang pro-pembangkang akan menyalah-gunakan kedudukan mereka untuk mempengaruhi pegawai-pegawai di bawah kuasa mereka untuk turut MEMBENCI KERAJAAN. Malah ada PEGAWAI-PEGAWAI TINGGI KERAJAAN pro-pembangkang sanggup melakukan tindakan-tindakan TIDAK ADIL terhadap pegawai-pegawai di bawahnya yang menyokong BN/Kerajaan.

Menjelang PRU14 lima tahun dari sekarang, Kerajaan perlu mengambil langkah-langkah TEGAS, supaya kaki-tangan Kerajaan peringkat PEGAWAI semestinya terdiri dari PENYOKONG ASPIRASI KERAJAAN/BN. Mereka yang DEGIL ingin menyokong pembangkang perlu diarahkan BERSARA atau MELETAK JAWATAN. Apatah lagi, menyimpan pegawai-pegawai pro-pembangkang di dalam perkhidmatan Kerajaan samalah dengan ‘menyimpan gunting dalam lipatan’ , ‘menyimpan api dalam sekam’, dan ‘menyimpan duri dalam daging’.

Dengan MENGNYAHKAN pegawai-pegawai Kerajaan yang pro-pembangkang, Kerajaan sebenarnya membebaskan mereka dari SIFAT-SIFAT MUNAFIK….di depan Pak Menteri lain, di surau tepi rumah lain….

Sebaliknya, Kerajaan perlu memperkenalkan aspek kecemerlangan yang dikaitkan dengan sifat-sifat BERKONGSI ASPIRASI KERAJAAN. Setiap tahun, pegawai-pegawai Kerajaan perlu diwajibkan untuk menghadiri 5-10 seminar-seminar yang berupaya menjadikan mereka PENYOKONG TEGAR KERAJAAN/BN. Dari sini, Kerajaan boleh mengenal-pasti mereka yang wajar dinaikkan pangkat, bagi memikul tanggung-jawab lebih besar melaksanakan sadar-dasar Kerajaan BN.

Sudah sampai masanya Kerajaan BN menghentikan pendekatan TERLALU LIBERAL, sehingga ada pegawai-pegawai berpangkat setinggi PENGARAH, malah lebih tinggi dari itu, yang jelas dan terang menyokong pembangkang.

Keadaan yang merugikan Kerajaan BN ini juga berlaku di syarikat-syarikat GLC….ini aku akan cerita lebih lanjut di kelapangan yang lain.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s