Antara ‘Rasis’ Tun Mahathir dan RASIS DAP

Seorang Ahli Parlimen PKR, yang datuk neneknya dipercayai bekas PENDATANG RAKYAT CHINA,  dilapurkan telah membuat lapuran polis terhadap Tun Dr Mahathir, kononnya Tun Dr Mahathir ada mengeluarkan kenyataan ‘rasis’.

Sedangkan umum tahu bahawa pemikiran Tun Dr Mahathir sekarang TIDAK ADA BEZANYA dengan pemikiran Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia, dan Presiden UMNO. Di dalam semua PRU melibatkan Tun Dr Mahathir sebagai Presiden UMNO/Pengerusi BN/Perdana Menteri, BN telah menang dengan kelebihan majoriti 2/3. Dan, semasa Tun Dr Mahathir menjadi PM, belum berlaku apa yang sekarang dipanggil ‘Chinese Tsunami’. Malah di era Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, majoriti kaum Cina menyokong MCA dan BN. Jauh sekali kaum Cina pada masa itu menuduh Tun Mahathir sebagai ‘rasis’.

Tun Dr Mahathir adalah di antara beberapa bekas pemimpin UMNO yang telah hidup dan merasai keperitan hidup dan penghinaan terhadap bangsa Melayu di ZAMAN PENJAJAHAN oleh British, Jepun dan British semula, sebelum Persekutuan Tanah Melayu merdeka dari British pada tahun 1957.

Semasa penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu dari 1942-1945, KAUM PENDATANG RAKYAT NEGARA CINA yang berada di Tanah Melayu ketika itu telah bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun. Ini tidak memeranjatkan kerana sebelum Jepun menyerang Tanah Melayu, Jepun dan China telah terlibat di dalam PERANG CHINA-JEPUN selama berdekad-dekad lamanya. Bermakna, kaum PENDATANG RAKYAT CHINA bukan bekerjasama dengan British mempertahankan Tanah Melayu, tetapi berjuang bersama British sebagai RAKYAT NEGARA CHINA yang juga sedang berperang dengan Jepun.

Bertahun-tahun sebelum Jepun menyerang Tanah Melayu, lebih dari separuh negara China telah ditakluk oleh Jepun, dan Jepun telah meletakkan seorang ‘alternative’ Maharaja China untuk memerintah wilayah-wilayah negara China yang telah dikuasai oleh Jepun. Aku ulangi, Jepun telah meletakkan seorang Maharaja China yang lain untuk memerintah wilayah-wilayah China yang dikuasai Jepun.

Malah kalau kita baca sejarah negara China, kaum MONGOL dari Mongolia, pernah menguasai negara China hingga beratus tahun. Kaum Mongol juga telah memerintah China dengan menggunakan ‘proxy’ seorang Maharaja China yang tunduk dan patuh kepada bangsa Mongol.

Dari senario di atas, jelaslah, bahawa sesuatu BANGSA PENJAJAH boleh menguasai bangsa/negara DIJAJAH, dengan menggunakan PROXY di kalangan kaum yang DIJAJAH itu sendiri.

Sebelum Jepun menyerang Tanah Melayu, dipercayai majoriti dari kaum PENDATANG RAKYAT  CHINA di Tanah Melayu telah menyertai atau menyokong  Parti Komunis Malaya(PKM),  yang telah ditubuhkan sebagai CAWANGAN kepada Parti Komunis Rakyat China. Sebelum Jepun menyerang Tanah Melayu, di antara kegiatan utama PKM ialah mengutip derma dari PENDATANG RAKYAT CHINA untuk dihantar pulang ke negara China untuk membiayai peperangan menentang penjajahan Jepun. Pemimpin utama PKM, comrade Chin Peng sejak di bangku sekolah lagi telah terlibat di dalam aktiviti memungut derma sebegini.

Apakah kegiatan kaum PENDATANG RAKYAT CHINA memungut derma untuk membantu IBU PERTIWI mereka sebagi di atas boleh dianggap ‘rasis’ kerana ianya berasaskan kepentingan BANGSA CHINA? Bagi mereka, tentu mereka tidak menganggap aktiviti sedemikian sebagai ‘rasis’, sebaliknya sebagai suatu bentuk PATRIOTISMA, atau menunjukkan semangat kecintaan kepada BANGSA/NEGARA mereka.  Malah aku amat bersetuju bahawa tindakan sedemikian adalah suatu bentuk PATRIOTISMA, bukan RACISM atau RASIS.

Apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir ialah menyedarkan BANGSAnya, tentang kemunculan ancaman-ancaman BANGSA TERTENTU yang dilihat berminat untuk MENGUASAI KUASA di negara ini, dengan menggunakan PROXY. Tindakan Tun Mahathir ini juga adalah berpaksikan PATRIOTISMA kepada BANGSA/NEGARA, bukan suatu bentuk RACISM atau RASIS.

Kegiatan DAP di negara ini mempunyai ciri-ciri PENJAJAH ERA BARU di bumi Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia ini. Tun Dr Mahathir hanya memperingatkan kaum Melayu supaya jangan lalai atau terpedaya dengan PENJAJAH ERA BARU ini, yang tidak segan silu menggunakan PROXY, khususnya PKR dan PAS,  sebagaimana Jepun menggunakan PROXY dari kalangan ‘Maharaja China’ untuk menguasai sebahagian besar negara China sebelum Perang Dunia Kedua dahulu.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s