Hukuman PENJARA MANDATORI Mampu Membenteras Demonstrasi Haram

SOP – Tangkap, Ambil Statement, LEPAS(dengan jaminan polis)….

Aku ingin jelaskan di sini, itu bukanlah SOP sebenar PDRM terhadap peserta perhimpunan HARAM. Mengikut SOP sebenarnya, para peserta perhimpunan haram, selepas ditangkap, diambil statement, dan dilepas dengan jaminan, akan didakwa di mahkamah di atas kesalahan menyertai perhimpunan haram. Biasanya mereka dibebaskan dengan ‘jaminan polis’, bermakna, tidak perlu kena bayar jaminan menggunakan wang ringgit.

Namun, persepsi rakyat agak berbeza. Rakyat hanya melihat prosedure TANGKAP, AMBIL STATEMENT dan BEBAS. Bagaimana rakyat membina persepsi ini di dalam kepala mereka, aku pun tidak tahu. Tetapi itulah hakikatnya. Lihatlah sahaja beratus-ratus yang telah ditangkap di dalam DEMONSTRASI HARAM ‘bersih’. Sehingga sekarang rakyat belum lagi melihat PENJENAYAH-PENJENAYAH tersebut menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka MENGHURU-HARAKAN negara.

Aku tidak salahkan PDRM di atas kelemahan-kelemahan di dalam menguruskan PENJENAYAH-PENJENAYAH demonstrasi jalanan. Aku lebih menyalahkan penggubal-penggubal undang-undang kita, iaitu Ahli-Ahli Parlimen BN yang TIDAK BERFIKIRAN JAUH di dalam membuat sesuatu keputusan. UMNO/BN telah mengenepikan ISA, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada para pengundi yang telah meletakkan mereka sebagai ahli-ahli parlimen. Sekarang siapa yang susah bila perhimpunan HARAM ‘Blackout 505’ diadakan di sana-sini sewenang-sewenangnya. Para penganjur tidak menampakkan sebarang perasaan takut atau hormat dengan PDRM lagi. Malah para penganjur dan peserta yang ditangkap kelihatan BANGGA SEKALI bila muka mereka masuk kaca TV. Kalau nak beli masa iklan kat TV pun kena bayar berpuluh ribu untuk beberapa minit….inikan pula dapat FREE PUBLICITY….makin naik tocang le mereka…

Ahli-ahli parlimen BN perlu segera membuat pindaan terhadap apa-apa akta yang ada, supaya disediakan HUKUMAN PENJARA MANDATORI 3-6 bulan terhadap mereka yang ditangkap kerana menyertai perhimpunan haram. Tanpa peruntukan seperti ini, semakin ramai akan mempermain-mainkan Akta-Akta seperti Akta Perhimpunan Aman….dan secara tidak lansung mempermainkan agensi-agensi penguatkuasaan dan keselamatan seperti PDRM.

Kalau ada HUKUMAN PENJARA MANDATORI, aku percaya golongan yang terdorong untuk menyertai perhimpunan haram akan berfikir DUA KALI ATAU LEBIH sebelum menyertainya.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

2 Comments on “Hukuman PENJARA MANDATORI Mampu Membenteras Demonstrasi Haram”


  1. betol tekaan aku…
    ini gara2 pehak berkuasa yg lemah n ambil mudah…
    memegang jawatan tanpa kebijaksanaan..
    ego mengenepikan pandangan awam..
    bila “virus” ini tidak dinyahkan…semua dah jadi kelamkabut..x cukup tangan nak bersilat…akhirnya semua bingung n penat..
    tunggulah…sesal x ade makna lagi..

    • warisan tmk Says:

      PBN,
      Memang ramai yang nak janji pemimpin. Namun ramai yang ‘below par’, dan jauh sekali dari mempunyai kebijaksanaan. Aku telah membayangkan melalui beberapa postings sebelum ini peranan dan tanggung-jawab yang lebih besar yang perlu dimainkan oleh NGO dan BLOGGERS Melayu pro-UMNO/BN di masa-masa mendatang.
      Kita belum terlambat. Nasi belum menjadi bubur. Kita perlu kembali kepada SENARIO 1946, di mana 43 NGO Melayu telah berkumpul untuk menentang Malayan Union. 43 NGO Melayu yang melahirkan UMNO. Itulah asal usul UMNO itu sendiri…itulah kuasa NGO.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s