Akta Perhimpunan Aman Wajar Dimansukhkan Saja…Tak Ada Gunanya.

Semalam, kira-kira 10,000 penyokong Anwar Ibrahim telah berdemonstrasi di Padang Merbok, walaupun tanpa permit polis. Kehadiran hanya kira-kira 10,000 ini adalah sedikit ‘anti-climax’, memandangkan perhimpunan semalam telah dirancang sebagai ‘finale’ kepada SIRI PERHIMPUNAN BLACKOUT 505.

Aku mengatakan mereka yang menghadiri perhimpunan semalam sebagai ‘penyokong Anwar Ibrahim’, memandangkan hanya Anwar Ibrahim yang masih BERIYA-IYA untuk terus memprotes keputusan PRU13, manakala PAS dan DAP telah menerima keputusan tersebut. Malah, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, sendiri dilapurkan tidak bersetuju untuk memprotes keputusan PRU13 melalui perhimpunan HARAM jalanan.

Walaupun Lim Kit Siang dilapurkan hadir, lebih dari 90% dari peserta-peserta perhimpunan terdiri dari orang Melayu. Ini amat berbeza dengan beberapa perhimpunan sebelum ini, termasuk di Petaling Jaya, di mana lebih dari 70% terdiri dari penyokong Cina DAP. Dari senario ini, kita boleh mengandaikan bahawa kehadiran Lim Kit Siang hanya sekadar tunjuk muka sahaja.

PAS pula sekadar ‘menjaga hati’ Anwar Ibrahim. Hanya pemimpin JUAK-JUAK ANWAR dalam PAS sahaja yang BERIYA-RIYA cuba menggembeling seramai mungkin penyokong PAS ke perhimpunan semalam, termasuk Husam Musa, yang telah ditahan polis semalam di bawah Akta Hasutan. Selain dari Husam Musa, seorang aktivis pelajar, Khalid Ismeth, juga turut ditahan, juga di bawah Akta Hasutan. Kita masih ingat Khalid Ismeth ini sebelum ini telah ditangkap semasa perhimpunan Bersih 3 kerana menyerang seorang anggota polis.

Apa yang menjadi TANDA-TANYA kita semua ialah bagaimana seorang seperti Khalid Ismeth, yang telah ditahan kira-kira setahun yang lalu di dalam perhimpunan Bersih 3, masih belum dijatuhkan sebarang hukuman di atas kesalahannya yang lalu, sedangkan beliau dilapurkan telah menghasut peserta-peserta lain untuk merosakkan kenderaan polis di dalam perhimpunan HARAM semalam.

JELAS DAN NYATA, Akata Perhimpunan Aman telah tidak dihormati oleh penyokong Pakatan Rakyat, malah dilanggar oleh mereka dari semasa ke semasa TANPA rasa takut, segan atau hormat kepada pihak-pihak berkuasa.

Persoalannya, apakah Kerajaan lebih mengambil pendekatan ‘menjaga hati’ Anwar Ibrahim dan penyokong-penyokongnya, atau ‘menjaga amanah’ pengundi-pengundi yang telah menyokong BN dan mengekalkan BN berkuasa. Penyokong-penyokong BN sudah MUAK dengan sikap ‘diplomasi’ PDRM terhadap peserta-peserta perhimpunan haram. Penyokong BN mengharapkan PDRM tidak membenarkan sama sekali sebarang perhimpunan diadakan, kecuali jika pihak penganjur telah mematuhi syarat-syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Penyokong BN mahukan suatu tindakan ‘pro-active’ dan ‘preventive’, termasuk menahan ‘ring-leaders’ dua tiga hari sebelum sesuatu perhimpunan haram bermula, bagi mengelakkan terlaksananya hasrat jahat mereka. Janganlah kita nak tunggu anggota penguatkuasa DBKL, atau anggota PDRM,  dicederakan dulu baru nak bertindak.

Sekiranya Kerajaan BN tidak mampu menguatkuasakan Akta Perhimpunan Aman, aku cadangkan agar ahli-ahli Parlimen BN mengemukakan usul di Parlimen supaya Akta ini dipinda, supaya pihak PDRM boleh ‘menyimpan’ perancang-perancang perhimpunan beberapa hari sebelum perhimpunan bermula, bagi menggagalkan hasrat mereka untuk berhimpun.

Kalau tidak, aku secara ikhlas mencadangkan Akta Perhimpunan Aman dimansukhkan saja. Kalau tidak, Kerajaan akan terus dilihat sebagai PENGECUT DAN DAYUS, kerana membenarkan penyokong Pakatan rakyat MENCONTENG ARANG DI MUKA PDRM, KDN dan KERAJAAN.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

2 Comments on “Akta Perhimpunan Aman Wajar Dimansukhkan Saja…Tak Ada Gunanya.”

  1. Ghazali Amir Says:

    Setuju 100%. Kita sudah ada akta yang jelas memerlukan permit untuk berhimpun 5 orang dan lebih. Gunakan akta itu sahaja. Istilah perhimpunan aman… mana ada? Kalau perhimpunan ramai seperti itu… apakah penganjur boleh memastikan ianya aman? Sudahlah…cakap je… Mereka tidak akan dapat kawal semua pihak yang berhimpun itu…Kalau tiada PDRM, tak taulah apa yang mungkin berlaku. Hapuskan saje Akta Perhimpunan Aman tu.

  2. warisan tmk Says:

    Sdra Ghazali,
    Aku yakin dan percaya, itulah juga pandangan ‘silent majority’ umat Melayu di negara ini. Pandangan Cina DAP kita tak tahu le, mungkin depa suka tengok Melayu PKR/PAS ‘bergasak’ dengan FRU/PDRM yang majoritinya juga Melayu.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s