Tiba Masanya Undang-Undang ANTI-LOMPAT PARTI Bagi Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN

PRU13 telah lebih sebulan berlalu. BN dikekalkan sebagai Kerajaan di peringkat Persekutuan dengan kemenangan 133-89. Negeri-negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan kekal di tangan Pakatan Rakyat. Manakala Kedah kembali kepada pemerintahan BN.

BN menang tipis di dua negeri, iaitu Perak dan Trengganu, dengan perbezaan 3 kerusi DUN di Perak, dan 2 kerusi DUN sahaja di Trengganu.

Sebagaimana dinyatakan oleh Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar, di perhimpunan HARAM ‘black505’ semalam, Pakatan Rakyat masih berminat untuk menjatuhkan Kerajaan BN Perak, melalui cara LOMPAT PARTI. Kita semua masih ingat bagaimana Kerajaan Pakatan Perak yang telah merampas Perak dari BN di dalam PRU12 dengan kelebihan 3 kerusi, telah tumbang apabila seorang ADUN DAP dan 2 orang ADUN PKR telah bertindak keluar parti mereka, dan menjadi ‘BN-friendly’.

Berdasarkan kepada apa yang telah berlaku di Perak tidak sampai setahun selepas PRI12, tidak mustahil, para pemimpin DAP di Perak dan PAS di Trengganu ada menyimpan hasrat untuk menumbangkan BN dengan cara-cara yang bertentangan dengan semangat demokrasi di negara ini.

Kita masih juga ingat bagaimana Anwar Ibrahim cuba ‘membeli’ sekurangnya 30 orang ahli-ahli parlimen BN selepas PRU12 2008, dengan harapan untuk menumbangkan Kerajaan BN pimpinan Pak Lah menjelang 16 septembar 2008. Terbukti, bukannya senang untuk ‘membeli’ walaupun seorang Ahli Parlimen BN, apatah lagi 30 orang.

Walaupun amalan ‘lompat parti’ ini tidak dilarang mengikut undang-undang sediada, aku percaya ianya amat bertentangan dengan ‘semangat sistem pilihanraya’. Kita semua tahu, di dalam pilihanraya, semua calun, kecuali calun bebas, bertanding di atas TIKET PARTI mereka. Contohnya, calun BN bertanding atas TIKET BN, sementara calun DAP atas TIKET DAP, calun PAS atas TIKET PAS dan calun PKR atas TIKET PKR. Sekiranya calun BN, yang bertanding di atas TIKET BN menang di dalam pilihanraya, kemenangan calun tersebut bukanlah kemenangan peribadi, tetapi adalah kemenangan BN. Begitulah juga bila calun-calun yang menang atas TIKET DAP, TIKET PAS dan TIKET PKR.

Oleh itu, setelah seorang calun itu menang di atas TIKET PARTI, adalah amat tidak wajar apabila  PEMENANG bagi sesuatu kerusi tiba-tiba melompat parti menyebabkan parti asalnya akan kehilangan satu kerusi, dan menyebabkan parti lawan pula yang akan bertambah satu kerusi.  Sekiranya amalan ini dibenarkan, kita seolah-olah ‘MERAMPAS’ suara majoriti pengundi di kawasan di mana calun yang menang ‘merampas’ keputusan majoriti pengundi di kawasannya dengan amalan  melompat parti.

Apa yang lebih membimbangkan, sekiranya amalan ‘lompat parti’ ini terus dibenarkan, akan berlaku ‘pakatan jahat’ untuk sengaja menjatuhkan sebuah Kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya….mungkin menggunakan cara-cara ‘jenayah’ seperti menawarkan wang ringgit berjumlah berjuta-juta, atau jawatan-jawatan tinggi di dalam Kabinet di peringkat Persekutuan, atau EXCO di peringkat negeri.

Tiba masanya, ahli-ahli Parlimen yang baru dipilih untuk mengusulkan Rang Undang-Undang, atau pindaan kepada Rang Undang-Undang sediada, demi KESTABILAN NEGARA. Amalan ‘lompat parti’ oleh ahli-ahli Parlimen dan ADUN wajar dibendung. Sekiranya berlaku juga kes ‘lompat parti’, sewajarnya suatu Pilihanraya Kecil(PRK) di adakan bagi kawasan Parlimen atau DUN berkenaan, supaya Ahli Parlimen atau ADUN berkenaan semestinya mewakili pilihan MAJORITI pengundi di kawasan mereka.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s