BERNAMA Pun ‘Berjerebu’….Semenanjung Tanah Melayu ATAU Semenanjung Malaysia Barat???

Siapa tidak kenal BERNAMA, ringkasan kepada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, atau Malaysian News Agensi. BERNAMA adalah antara rujukan-rujukan utama berita tempatan dan antarabangsa akhbar-akhbar Malaysia.

Semalam, tajuk-tajuk utama akhbar-akhbar tempatan ialah DARURAT JEREBU yang telah diisytiharkan di Muar dan Ledang, serta berita tentang tahap jerebu yang telah mencapai peringkat MEMBAHAYAKAN di negeri-negeri pantai barat SEMENANJUNG, khususnya di negeri-negeri di bahagian selatan SEMENANJUNG, khususnya Johor dan Melaka.

Di dalam ‘mentelaah’ berita-berita tempatan, ‘menu’ utama aku adalah akhbar ‘pembela Melayu’, Utusan Malaysia.

Apa yang AMAT menarik perhatian aku di antara berita-berita di dalam Utusan Malaysia semalam ialah penggunaan perkataan/ayat  ‘negeri-negeri selatan Semenanjung Tanah Melayu’. Seingat aku, amat jarang sekali akhbar-akhbar kita menggunakan nama ‘Semenanjung Tanah Melayu’. Sebagaimana dinyatakan di penghujung bahan berita tersebut, berita tersebut dirujuk kepada BERNAMA.

Namun begitu, di dalam akhbar PILIHAN umat Melayu tersebut juga, terdapat satu lagi bahan berita, yang juga merujuk kepada BERNAMA, menggunakan perkataan/ayat ‘negeri-negeri selatan Semenanjung Malaysia Barat’.

Tercetus di fikiran aku, bagaimana sebuah agensi berita begitu hebat seperti BERNAMA masih ‘berjerebu’ tentang panggilan sebenar kepada sebahagian dari negara Malaysia bernama Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu merupakan nama negara kita semasa kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Pada tahun 1963, negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu(Perlis, Kedah, Pulau pinang, Perak, Selangor, Negri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Trengganu dan Kelantan) telah bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak, untuk membentuk MALAYSIA.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan, terdapat Perkara-Perkara yang jelas merujuk kepada negeri-negeri Tanah Melayu, yang sudah semestinya terletak di Semenanjung Tanah Melayu.

Sebaliknya, tidak ada istilah-istilah/nama-nama ‘Malaysia Barat’ dan ‘Malaysia Timur’ tercatat di dalam Perlembagaan Persekutuan. Apa yang ada ialah nama-nama negeri-negeri yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu, selain dari istilah ‘negeri-negeri Tanah Melayu’, Sabah, Sarawak dan Singapura. Kita lupakan sahaja Singapura, kerana Singapura telah terkeluar dari Malaysia pada tahun 1965.

Setinggi-tinggi tahniah kepada pemberita BERNAMA/Utusan Malaysia yang telah menggunakan nama ‘Semenanjung Tanah Melayu’, nama sebenar sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, bukannya nama ‘Semenanjung Malaysia Barat’.

Aku harap tidak timbul lagi masalah ‘jerebu’ tentang nama Semenanjung Tanah Melayu di kalangan pemberita-pemberita dan akhbar-akhbar di Malaysia. Semenanjung Tanah Melayu masih kekal sebagai nama ‘semenanjung’ di mana terletaknya 11 negeri-negeri Tanah Melayu, yang merupakan sebahagian dari Malaysia, selain dari Sabah dan Sarawak.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s