Archive for August 2013

31 0gos – Ulangtahun Kemerdekaan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

August 31, 2013

Tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada umat Melayu. Hari ini, 31 Ogos 2013, ialah hari ulangtahun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Persekutuan Tanah Melayu ialah negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu, yang bagi sesetengah orang yang TIDAK FAHAM SEJARAH, telah memanggilnya dengan nama ‘Malaysia Barat’. Sebenarnya tidak ada nama ‘Malaysia Barat’ dan ‘Malaysia Timur’ di dalam Perlembagaan Negara kita. Apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan ialah NEGERI-NEGERI TANAH MELAYU dan SABAH DAN SARAWAK.

Negeri-negeri Tanah Melayu adalah komponen asas kepada Negara Malaysia yang hanya terbentuk pada tahun 1963, iaitu 5 tahun selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan kita pada tahun ini, sama-samalah kita menggunakan SEKERAP-KERAP YANG MUNGKIN nama PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, kerana itulah nama negara kita semasa kita merdeka. Apabila negeri-negeri PERSEKUTUAN TANAH MELAYU bergabung dengan SABAH dan SARAWAK, barulah lahir MALAYSIA.

Bermakna, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU adalah sebahagian dari MALAYSIA, sebagaimana juga SABAH dan SARAWAK.

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!! Hidup Persekutuan Tanah Melayu!! Hidup Malaysia!!

KDN Perlu Haramkan Terus Filem NEW VILLAGE

August 30, 2013

Aku amat tidak bersetuju dengan sesiapa sahaja yang mencadangkan agar filem NEW VILLAGE turut dibenarkan untuk ditayang, sebagaimana filem TANDA PUTRA, walaupun cadangan begitu ‘liberal’ itu datangnya dari Tun Dr Mahathir, TOKOH BESAR bangsa Melayu, yang tetap selamanya akan menjadi sanjungan kita.

Sebagaimana kita tetap selamanya menyanjung seorang lagi TOKOH BESAR bangsa Melayu, Almarhum Dato’ Onn Jaafar, penggerak utama perhimpunan umat Melayu menentang Malayan Union pada tahun 1946, yang telah membawa kepada penubuhan UMNO. Almarhum Dato’ Onn Jaafar tetap dekat di lubuk hati kita….namun begitu tidak semua keputusan Almarhum Dato’ Onn Jaafar diterima oleh umat Melayu.

Begitu jugalah hubungan ‘intim’ kita dengan Tun Dr Mahathir. Apa saja yang diperkatakan oleh Tun Dr Mahathir, kita sudah pasti akan menghormatinya, kerana Tun lebih banyak membuat keputusan-keputusan yang menguntungkan umat Melayu….walaupun tidak di dalam semua perkara. Aku memohon maaf kepada Tun, kerana TIDAK BOLEH BERSETUJU untuk membenarkan tayangan filem NEW VILLAGE, dengan alasan memberi ‘keadilan’ kepada kedua-dua pihak….dan beliau dilapurkan telah membuat statement bermaksud ‘biar rakyat yang menilai’ kedua-dua filem tersebut.

Sekiranya Tun Dr Mahathir masih lagi seorang Perdana Menteri Malaysia, beliau sewajarnya membenarkan Parti Komunis Malaya bergerak secara sah di negara ini, dan bawa balik pemimpin AGUNGnya Chin Peng untuk meneruskan kepimpinan PKM…..dan biar rakyat buat pilihan…ini baru CONSISTANT dengan ‘statement’ Tun Mahathir mempersetujui tayangan filem NEW VILLAGE.

Sebagaimana aku telah katakan sebelum ini, Almarhum Dato’ Onn Jaafar dan Tun Dr Mahathir adalah TOKOH-TOKOH BESAR bangsa Melayu. Namun begitu, mereka bukan malaikat atau nabi….mereka juga boleh berbuat kesilapan di dalam menilai perkara-perkara tertentu.

Oleh itu, di dalam isu filem NEW VILLAGE, KDN perlu haramkan sahaja filem tersebut sekiranya benar terdapat aspek tertentu yang menonjolkan ‘kehebatan’ Parti Komunis Malaya(PKM) pimpinan comrade Chin Peng. Tidak payahlah kita nak dedahkan ‘sejarah songsang’ mengikut versi ciptaan Chin Peng dan anak cucu penyokong-penyokongnya. Kita yang lebih tahu sejarah sebenar KEPULAUAN MELAYU dan TANAH MELAYU, dan inilah satu-satunya versi yang kita perlu pegang, dan simpan dalam lipatan sejarah untuk tatapan anak cucu kita.

Sebagaimana juga umat Melayu, yang yakin dan percaya kepada hanya agama ISLAM sebagai satu-satunya agama yang diterima oleh Allah swt, oleh itu, tak perlulah kita nak buang masa nak dedahkan tentang agama-agama lain yang tidak diterima oleh Allah swt atas alasan ‘memberi keadilan’ kepada pihak-pihak yang hanya berminat untuk menyesatkan anak cucu kita.

Balik kepada filem NEW VILLAGE, jangan kita lupa, PKM telah melancarkan INSURGENCY BERSENJATA sebaik sahaja Malayan Union digantikan dengan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. PKM begitu kecewa bila penjajah British masih mengiktiraf RAJA-RAJA MELAYU dan BANGSA MELAYU sebagai pemilik asal negeri-negeri Tanah Melayu.

Kaum Cina, dengan bersembunyi di sebalik fahaman komunisma PKM, telah lama MENGIDAM untuk mengambil-alih kuasa pemerintahan di Tanah Melayu. Apabila PKM diharamkan, dan ditewaskan oleh Pasukan Keselamatan Persekutuan Tanah Melayu, khususnya REGIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA, para penyokong PKM, dan anak cucu mereka, telah bergerak semula melalui parti-parti politik yang sah. Kita tak perlulah sebut parti mana…semua kita dah maklum…

DAP secara terbuka pernah mendesak Kerajaan supaya membenarkan comrade Chin Peng untuk kembali ke Malaysia, dan aku percaya DAP amat menyokong penayangan filem NEW VILLAGE. Dari sini sudah cukup untuk kita membuat andaian bahawa terdapat ramai penyokong dan anak-cucu penyokong PKM dalam DAP.

Sekalilagi, TAHNIAH kepada KDN yang telah membuat keputusan tegas di dalam isu filem NEW VILLAGE.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang TIADA KUASA Menghalang Tayangan TANDA PUTRA

August 30, 2013

Sebagaimana Penguasa Tempatan lain-lain di negara ini, Majlis Bandaraya Pulau Pinang sememangnya berkuasa mengeluarkan LESEN PREMIS kepada sesiapa yang ingin menjalankan apa-apa perniagaan di dalam sempadan kuasa masing-masing. Bagi memohon Lesen Premis perniagaan, mereka yang memohon lesen tersebut biasanya perlu mengemukakan pelan lantai ruang perniagaan berkaitan, serta bayaran lesen sekitar rm100 bagi tempoh 1 tahun. Lesen premis ini biasanya perlu diperbaharui setiap tahun, dengan membayar sekitar rm100 setiap kali pembaharuan dibuat.

Bayaran Lesen Premis adalah di antara hasil-mahsul penting penguasa-penguasa tempatan selain dari kutipan cukai pintu bagi setiap bangunan di dalam sempadan penguasa tempatan berkaitan, dan lesen-lesen papan tanda, tempat letak kereta dan sebagainya.

Setelah sesuatu perniagaan mendapat Lesen Premis, Penguasa Tempatan tidak mempunyai apa-apa kuasa lagi di dalam menentukan aktiviti perniagaan yang dipegang oleh pemilik Lesen Premis tersebut, selagi ianya selaras dengan bidang perniagaan sebagaimana dideklarasikan semasa permohonan Lesen Premis dibuat. Bagi premis CINEMA, atau CINEPLEX, Lesen Premis semestinya berdasarkan aktiviti menayang filem-filem untuk tuntunan pengunjung. Penguasa Tempatan sama sekali tidak ada kuasa untuk menentukan filem apa yang BOLEH ditayang, atau TIDAK BOLEH ditayang, kerana ini terletak di bawah bidang kuasa FINAS dan Kementerian Dalam Negeri. Filem TANDA PUTRA tidak terkecuali.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang tentu sedar TERHADnya kuasa mereka di dalam hal penayangan filem di pawagam-pawagam di negara ini, termasuk di Pulau Pinang. Tetapi, atas sebab-sebab POLITIK, kepimpinan Kerajaan Negeri pimpinan DAP bersedia menyalahgunakan kuasa mereka dengan memberi suatu bentuk UGUTAN kepada pemilik-pemilik pawagam, iaitu jika pemilik-pemilik pawagam tidak mentaati ‘nasihat’ Kerajaan Pulau Pinang, Kerajaan Pulau Pinang, melalui penguasa-penguasa tempatan di Pulau pinang, termasuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang, boleh merumitkan pembaharuan Lesen Premis mereka di masa depan.

Dari gelagat Lim Guan Eng, dan DAP di dalam perkara ini dan beberapa hal yang lain, Lim Guan Eng dan DAP menampakkan dengan jelas kecenderungan mereka untuk bersikap KUKU BESI, sebagaimana diamalkan oleh pemerintahan negara-negara seperti Singapura dan Republik Rakyat Cina.

Merging Indian-based Parties May Lead To GREATER DISUNITY

August 26, 2013

Its interesting HOW DS Tengku Adnan Tengku Mansor, the Secretary General of the BN, or the leadership of BN(if DS Tengku Adnan’s suggestions represented the BN leadership’s view on the matter) came out with the idea that by MERGING all the Indian-based parties supportive of the BN, would lead to greater unity among the Indians, and will attract more support towards the BN.

In principle, no one would disagree with such ‘great idea’. It would be great if eventually, all Indians supportive of the BN be united under one party or symbol…..after all, their only interest is the well-being and progress of the Indian community, besides the well-being and progress of the country.

However, before DS Tengku Adnan dished out such a ‘great idea’, it would be good if DS Tengku Adnan, and UMNO, take a very serious initiative to bring back PAS into the fold of the BN again….after all, PAS was one of the founders of the BN….and both UMNO and PAS are looking after the interests of the Malays and Islam.

I’m suggesting just to bring back PAS into the fold of the BN, without suggesting any kind of merger with UMNO. If DS Tengku Adnan can be instrumental in bringing back PAS to the fold of the BN, I would consider him as ONE OF THE GREATEST Secretary Generals of UMNO. Had he achieved such co-operation between UMNO and PAS, all the Indian-based partied would start working together without such ‘great idea’ being voiced out by him.

Or, why not DS Tengku Adnan work out how to MERGE the so many Sabah-based BN component parties?

Actually, I truly believe that its ALMOST IMPOSSIBLE to merge political parties into SINGLE POLITICAL PARTY. Its much easier to form political collusion or partnership, like the BN. Imagine that all the parties in the BN merge into a single BN Party, will that necessarily make BN much stronger and attractive.

Just look at the three political parties colluding loosely to form the yet-to-be-registered PAKATAN RAKYAT. They’ve proven that they could work together as a LOOSE COLLUSION, but most will doubt whether they would be as effective if DAP, PKR and PAS merge into a SINGLE PARTY.

Thus, the argument for maintaining the BN as a multi-parties COLLUSION called the BN, holds true for maintaining the Indian-based parties supportive of the BN under seperate invidual political parties. Its much more promising to bring the Indian-based parties into some kind of loose collusion, with certain degree of co-ordination among their leaders.

MERGER may work well among business entities like banks etc, but we have not got good examples of mergers of political parties……As it stands, mergers among political parties may lead to endless INTERNAL DISPUTES and POWER STRUGGLES….and GREATER DISUNITY.

Kemalangan Genting Highland – Siapa Luluskan Jalanraya MAUT?

August 23, 2013

Kita semua TERSENTAK dan amat sedih dan pilu di atas kemalangan ngeri di KM 3.5 Jalan Genting Highland, melibatkan sebuah bas penumpang terjunam ke dalam gaung sedalam lebih 60 meter, menyebabkan 37 orang penumpang terbunuh dan 16 lagi cedera.

Kita terpanggil untuk mengucapkan takziah kepada keluarga dan sahabat handai mangsa-mangsa terlibat. Seperti biasa, jabatan-jabatan terlibat akan menubuhkan jawatankuasa siasatan bagi mengenal-pasti punca kemalangan.

Apa yang turut menyedihkan kita ialah, ini bukan kali pertama kemalangan sedemikian berlaku di selekoh-selekoh tertentu sepanjang Jalan Genting. Mengikut lapuran akhbar NST hari ini, tidak kurang dari 6 kemalangan dahsyat melibatkan bas telah berlaku di selekoh-selekoh tertentu sepanjang jalan tersebut sejak tahun 1989.

Kemalangan semalam mungkin tidak melibatkan anggota keluarga dan sahabat handai kita. TETAPI, tanpa langkah-langkah pro-aktif oleh pihak-pihak berwajib, kita belum pasti samada kemalangan-kemalangan ngeri sedemikian tidak akan melibatkan ahli keluarga dan sahabat handai kita sendiri di masa depan.

Selepas berlaku kemalangan seperti semalam, seluruh negara akan berbincang APAKAH PUNCA atau PUNCA-PUNCA berlaku kemalangan. Ada pihak akan menyalahkan pemandu kerana memandu terlalu laju, ada yang akan mempersoalkan ‘roadworthiness’ kenderaan-kenderaan terlibat seperti keadaan tayar dan break, ada yang menyalahkan syarikat-syarikat bas kerana terlalu mengutamakan bilangan trip yang perlu dicapai oleh pemandu-pemandu mereka, dan tidak kurang juga, ada yang akan menyalahkan pihak berkuasa kerana tidak tegas menguasakan had laju kenderaan-kenderaan awam.

Salah satu, beberapa atau kesemua faktor-faktor di atas boleh menyumbang kepada kemalangan. Namun begitu, apabila aku melihat gambar dari udara atau ‘aerial view’ Jalan Genting yang bengkang-bengkok dan selekoh-selekoh tajam merentasi gaung-gaung yang dalam, JELAS sekali faktor REKABENTUK JALAN TERMASUK SELEKOH-SELEKOH merupakan FAKTOR UTAMA di dalam tragedi semalam.

Apabila jurutera-jurutera jalanraya merekabentuk jalanraya, mereka biasanya akan merujuk kepada piawaian-piawaian atau standard-standard tertentu. Aku kurang pasti samada Jalan Genting highland ini milik JKR, atau milik syarikat persendirian yang memajukan Genting highlands. Persoalannya, sejauh mana rekabentuk jalanraya tersebut mengikut piawaian-piawaian bertaraf antarabangsa….atau apakah ianya sekadar mengikut ‘laluan lori balak’ sebelum kawasan tanah tinggi berkenaan dimajukan.

Aku buka seorang Jurutera Jalan, jadi aku kurang pasti apakah piawaian-piawaian atau standard-standards yang digunakan di dalam mereka-bentuk selekoh-selekoh di kawasan tanah tinggi….apakah sama dengan rekabentuk di kawasan-kawasan yang rata seperti di Lebuhraya PLUS, dan lebuhraya-lebuhraya lain di negara kita. Apakah wajar selekoh tajam bersebelahan gaung lebih dari 60m dalam menggunakan pagar yang sama seperti di lebuhraya di tanah-tanah rata. Aku perhatikan, di lebuhraya-lebuhraya di tanah rata sekali pun disediakan pagar besi yang agak teguh dan kuat di kiri kanan lebuhraya. Bandingkan dengan pagar konkrit/batu tanpa sebarang tetulang besi pada pagar jalanraya di selekoh di mana berlaku kemalangan semalam….dan ketinggian pagar yang kelihatan sama tinggi dengan pagar balkoni master bedroom rumah kita.

Di sini aku ingin mencadang 2 langkah SEGERA bagi menambahkan ciri keselamatan lebuhraya/jalanraya kita, khususnya di kawasan tanah tinggi:
1. Pagar/Penghadang jalanraya di selekoh bergaung perlu direka-bentuk dengan kekuatan dan ketinggian yang boleh menghalang kenderaan yang merempuh pagar/penghadang tersebut dari terjatuh ke dalam gaung.
2. Jalanraya di selekoh-selekoh perlu disediakan ‘bumbers’ bagi memaksa kenderaan-kenderaan memperlahankan kenderaan mereka. ‘Bumpers’ ini hendaklah mula dipasang sekurang-kurangnya 50-100m dari bermulanya selekoh bergaung.

Negara kita adalah di antara destinasi pelancongan paling popular di dunia disebabkan faktor alam semula jadi yang indah, kemudahan hotel dan resorts yang baik, serta suasana aman dan kestabilan politik. Bilangan pelancong bertambah dari setahun ke setahun. Bilangan kenderaan persendirian dan bas pelancong kian hari kian bertambah. Kita sudah tidak mahu lagi bersedih dengan berita-berita kemalangan ngeri di jalanraya-jalanraya kita, terutama di kawasan tanah tinggi.

Sampai masanya pihak-pihak berkuasa seperti JKR, SPAD, badan-badan professional berkaitan, kerajaan-kerajaan negeri dan semua ‘interest groups’ MENILAI SEMULA apakah piawaian-piawaian yang telah digunakan lebih 50 tahun yang lalu masih lagi boleh diguna-pakai hari ini, dengan mengambil kira faktor-faktor lain yang turut menyumbang di dalam sesuatu kemalangan.

Isu Kalimah ALLAH – Melucukan Apabila Status Kalimah ALLAH Diputuskan Oleh Mahkamah Sivil

August 22, 2013

Kita membaca berbagai komen dari rakan-rakan bloggers berkenaan keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini di dalam isu penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian mazhab Roman Catholics.

Apa yang sedikit melucukan ialah banyak rakan bloggers yang seolah-olah salah faham dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, sehingga ada yang seolah-olah ‘bersorak kemenangan’. Ada bloggers yang ‘mendendangkan’ bahawa Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan kalimah ALLAH adalah exclusive untuk kegunaan penganut Islam sahaja.

Sedangkan keputusan hari ini hanyalah sekadar mengenepikan HALANGAN yang cuba diletakkan di laluan pihak Kementerian Dalam Negeri di dalam proses mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan bulan depan untuk ‘overturn’ suatu keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang telah MEMBENARKAN Gereja Catholics menggunakan kalimah ALLAH di dalam Injil versi bahasa Melayu.

Berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini, yang dihakimkan oleh seorang Hakim bukan Islam, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut Kristian, termasuk di dalam Injil versi bahasa Melayu.

Kita kurang pasti siapakah barisan para peguam Kementerian Dalam Negeri ketika itu, sehingga penggunaan kalimah ALLAH boleh jatuh ke tangan penganut Kristian.

Persoalan aku ialah, di dalam seramai-ramai peguam Muslim di Malaysia(aku percaya lebih dari 50% adalah keluaran UIAM), tidak adakah yang cukup hebat untuk mempersoalkan apakah Mahkamah Tinggi(Sivil) sebenarnya mempunyai kuasa dan kelayakan untuk memutuskan STATUS penggunaan kalimah ALLAH…..terfikir di kepala aku, andainya Karpal Singh adalah seorang beragama Islam, aku yakin dan percaya dia akan ‘ada jalan’ untuk memaksa perbicaraan berkenaan kalimah ALLAH dipindahkan ke Mahkamah Syariah.

Aku tidak bermaksud untuk memperlekehkan peguam-peguam keluaran UIAM…..aku sekadar ingin mencabar mereka supaya LEBIH KREATIF di dalam menterjemahkan atau menghujjahkan isu-isu perundangan. Sila mendalami sedalam-dalamnya segala peruntukan Perlembagaan dan Perundangan Negara, supaya, sebelum 10 September 2013, ada usaha dibuat untuk memaksa kes melibatkan kalimah ALLAH ini dipindahkan ke Mahkamah Syariah.

Amat TIDAK MASUK AKAL, malah AMAT MELUCUKAN, bila seorang hakim bukan Islam membuat keputusan di Mahkamah Tinggi berkaitan penggunaan kalimah ALLAH.

Pemilihan UMNO – Wajar Ada Pertandingan Di Peringkat NAIB PRESIDEN

August 21, 2013

Sejarah politik UMNO/Negara telah membuktikan bahawa jawatan Naib-Naib Presiden UMNO adalah jawatan-jawatan yang amat CRITICAL di dalam menentukan siapakah yang akan dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya Perdana Menteri meletakkan jawatan atau meninggal dunia.

Telah menjadi tradisi UMNO/Negara bahawa Presiden UMNO akan dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia, dan Timbalan Presiden UMNO menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dan telah juga menjadi tradisi Negara bahawa jika Perdana Menteri meletak jawatan atau meninggal dunia, salah seorang Naib Presiden UMNO akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Di dalam Majlis Tertinggi UMNO, terdapat 3 jawatan bagi Naib Presiden. Dari 3 orang pemegang jawatan Naib Presiden, ‘seniority’ adalah berdasarkan pemegang jawatan yang meraih undi tertinggi di kalangan 3 penyandang jawatan tersebut, diikuti oleh mereka yang mendapat undi kedua tertinggi, dan diikuti oleh yang mendapat undi ketiga tertinggi.

Namun begitu, sejarah UMNO/Negara juga telah membuktikan bahawa dari 3 orang penyandang jawatan Naib Presiden, jika berlaku perletakan jawatan atau meninggal dunia Perdana Menteri, perlantikan salah seorang Naib Presiden ke jawatan Timbalan Perdana Menteri jarang sekali berdasarkan ‘seniority’ kedudukan di antara 3 penyandang Naib Presiden. Sebagai contoh, Tun Abdul Razak meninggal dunia, dan digantikan oleh Tun Hussein Onn, Tun Hussein Onn telah melantik Tun Dr Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri, walaupun di kalangan 3 Naib-Naib Presiden UMNO ketika itu, Tun Dr Mahathir adalah penyandang yang paling ‘junior’.

Aku menarik perhatian rakan-rakan bloggers tentang perkara ini untuk MENARIK PERHATIAN bahawa sewajarnya, setiap penyandang jawatan Naib-Naib Presiden UMNO hendaklah dari kalangan yang mempunyai STATURE untuk mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri, dan kemudiannya menjadi Perdana Menteri.

Bagi menentukan bahawa lebih 150,000 perwakilan cawangan-cawangan mempunyai PILIHAN YANG CUKUP untuk memilik Naib-Naib Presiden, yang mana salah seorang mereka bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri, dan kemudiannya Perdana Menteri, amatlah wajar pertandingan ke jawatan Naib-Naib Presiden ini dibuka seluasnya untuk pertandingan, sebagaimana juga jawatan Ahli-ahli MKT dan kepimpinan sayap-sayap Puteri UMNO, Pemuda UMNO dan Wanita UMNO.

Selain dari penyandang-penyandang jawatan Naib Presiden sekarang yang semua dijangka akan mempertahankan jawatan mereka, tiga orang calun disebut-sebut akan turut bertanding jawatan Naib Presiden. Mereka ialah DS Ali Rustam, TS Isa Abdul Samad dan DSP Musa Aman. Ada mungkin yang melihat bilangan calun 5-6 orang ini terlalu ramai, yang boleh membawa perpecahan. Tetapi bagi aku, UMNO perlu melihat ini sebagai suatu budaya yang sihat, demi memberikan pilihan secukupnya kepada para perwakilan untuk memilih. Ini juga bagi mempastikan bahawa penjawat jawatan Naib-Naib Presiden tidak leka di dalam membantu Presiden dan Timbalan Presiden UMNO di dalam meneruskan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.

Bagaimana pula dengan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden? Bagi aku, mereka yang telah terpilih ke jawatan Presiden dan Timbalan Presiden di dalam pemilihan sebelumnya boleh dianggap sebagai mereka yang telah berjaya melalui BERBAGAI DUGAAN DAN UJIAN sebelum sampai ke jawatan No.1 dan No.2 UMNO/Negara. Dua jawatan ini tidak perlu dipertandingkan kecuali jika berlaku kekosongan disebabkan penyandang meletak jawatan atau meninggal dunia. DENGAN SYARAT, pemegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden hendaklah BERKECUALI di dalam proses pemilihan jawatan-jawatan lain di dalam MKT.

Dengan cara tersebut di atas, kita mengambil satu JALAN TENGAH antara mengekalkan perpaduan dan keutuhan parti, dan di masa yang sama mencari pilihan TERBAIK ANTARA YANG BAIK-BAIK di dalam memilih PEMIMPIN PELAPIS bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO/Timbalan Perdana Menteri dan Presiden UMNO/Perdana Menteri.


%d bloggers like this: