Harimau Malaya, Rajagopal, Puasa dan Balik Kampung

Terlalu banyak isu-isu hangat seminggu dua ini, tetapi hari ini, aku ingin beri sedikit komentar tentang IBADAT PUASA, dan hubungannya dengan kekalahan ‘memalukan’ pasukan Harimau Malaya di dalam beberapa perlawanan persahabatan di Jepun baru-baru ini. Aku juga ingin menyentuh secara ringkas bagaimana SALAH FAHAM tentang ibadat berpuasa boleh membawa mala-petaka kepada pengguna-pengguna lebuhraya dan jalan raya semasa ‘berlumba’ balik kampung sempena hari raya.

Bagi aku, kelakalahan Harimau Malaya 0-5, 0-2 dan 0-5 menentang beberapa pasukan elite di Jepun TIDAK SEDIKIT PUN MEMALUKAN. Kalau Harimau Malaya tewas 0-10, atau 0-20 sekalipun, keputusan sedemikian tidak juga memalukan kita. Semua orang tahu bahawa pasukan Harimau Malaya berkunjung ke negara matahari terbit itu di bulan Ramadhan, dan majoriti pemain-pemain kita terdiri dari Melayu/Muslim yang dipercayai berpegang teguh dengan tuntutan ibadat puasa. Apatah lagi di negara Jepun, yang kedudukannya tidak begitu jauh dari kutub utara, dan masa siangnya hampir 18-20 jam.

Apa yang menghairankan kita ialah, bagaimana FAM boleh terfikir untuk menghantar pemain-pemain kita berkunjung ke Jepun di bulan puasa. Apakah pegawai-pegawai FAM tidak menyedari bahawa KEKUATAN FIZIKAL seseorang yang berpuasa itu jauh lebih lemah dari mereka yang tidak berpuasa. Apakah pegawai-pegawai FAM tidak menyedari bahawa kegiatan berbentuk fizikan, seperti bermain bola, apatah lagi berlawan bola, boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan air dari badan yang begitu banyak. Tanpa minum air yang mencukupi, seseorang yang kehilangan air akan menjadi bertambah lemah….malah boleh membawa kepada fenomena ‘de-hydration’ yang boleh memberi risiko kesihatan yang serious.

Aku kurang pasti kalau ada pegawai-pegawai FAM yang tidak pernah berpuasa….maksud aku di kalangan pegawai-pegawai Melayu/Muslim…jadi mungkin tidak betul-betul menghayati kesan-kesan berpuasa kepada tahap kekuatan fizikal dan kecergasan seseorang. Malah Islam sendiri memperakui kesan berpuasa ke atas kekuatan fizikal seseorang. Sebab itulah, di dalam Islam, beberapa kelonggaran diberikan. Umpamanya, seseorang yang di dalam perjalanan, atau ‘on a journey’, melebihi jarak tertentu, dibenarkan untuk TIDAK BERPUASA, dan diganti dengan berpuasa pada hari-hari yang lain. Wanita yang sarat mengandung juga dibenarkan TIDAK BERPUASA, begitu juga dengan orang-orang tua yang telah uzur. Malah, mereka yang bekerja berat seperti BURUH KASAR juga dibenarkan untuk TIDAK BERPUASA, dan digantikan dengan membayar DENDA atau ‘fidyah’.

Sekiranya Islam sendiri memperakui kesan berpuasa ke atas KEKUATAN FIZIKAL seseorang, sehingga membenarkan kelonggaran-kelonggaran tertentu, apakah rasionalnya untuk menghantar pasukan Harimau Malaya untuk berentap dengan ‘samurai-samurai’ Jepun di bulan puasa? Bagi aku, tenaga yang diperlukan untuk berentap di dalam suatu perlawanan bolasepak selama 90 minit adalah jauh lebih banyak berbanding dengan seorang yang menunggang seekor unta di dalam suatu perjalanan di padang pasir, atau duduk di dalam suatu penerbangan jarak jauh dari KLIA ke kota London.

Kita tidak wajar salahkan Rajagopal, jurulatih Harimau Malaya, jika pasukan Harimau Malaya gagal menjaringkan sebarang gol di Jepun, jauh sekali untuk memenangi apa-apa perlawanan. Pasukan-pasukan bolasepak elit Jepun adalah di antara pasukan-pasukan terhebat di Asia. Kelab-kelab bolasepak jepun telah melahirkan ramai pemain-pemain yang telah mencipta nama di liga-liga bolasepak utama di Eropah. Malah juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United, telah tewas kepada sebuah kelab Jepun baru-baru ini. Di dalam kedudukan bolasepak Jepun yang begitu hebat dewasa ini, apakah LOGICAL untuk kita mengharapkan pemain-pemain kita yang sedang berpuasa untuk mencapai kejayaan menewaskan ‘samurai-samurai’ Jepun?

Kita lupakan bolasepak. Aku ingin melontarkan sedikit pandangan tentang gejala KEMALANGAN JALAN RAYA yang menghantui ‘festival’ balik kampung sempena hari raya. Ada orang percaya bahawa ‘malang tidak berbau’ dan ‘ajal di tangan Tuhan’. Namun begitu, kita juga perlu percaya bahawa ‘probability’, atau ‘kebarangkalian’ kemalangan boleh dikurangkan sekiranya pengguna-pengguna lebuhraya dan jalanraya mengambil langkah-langkah tertentu. Antaranya: 1. Mempastikan kenderaan berada pada tahap yang baik, termasuk tayar, brake, lampu dan sebagainya. 2. Memandu pada kadar sederhana laju, dan tidak melebihi ‘speed limit’ yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. 3. Menjarakkan kereta yang sedang dipandu dengan kereta lain di hadapan. 4. Jika perlu memotong kereta lain di hadapan, pastikan tidak ada kenderaan dari arah bertentangan. 5. Sekiranya timbul rasa mengantuk, perlu berhenti untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan.

Selain dari faktor-faktor tersebut di atas, aku ingin menarik perhatian KHUSUS berkaitan memandu ‘long distance’ di bulan puasa. Ramai dari kalangan kita bertolak balik ke kampung 1-3 hari sebelum hari raya. Ini bermakna, memandu di siang hari di bulan puasa. Sebagaimana aku telah sentuh sebelum ini, Islam memberikan kelonggaran tertentu bagi mereka yang ‘musafir’ atau di dalam perjalanan jauh, iaitu mereka dibenarkan TIDAK BERPUASA, tetapi perlu diganti pada suatu hari lain. Aku kurang pasti kenapa ramai yang masih ‘degil’ untuk terus berpuasa walau pun diberikan kelonggaran. Semasa berpuasa, terutama selepas tengahari, besar kemungkinan kita akan merasa lemah dan mengantuk, dan ini boleh menjejaskan konsentrasi kita di dalam memandu. Walaupun tidak ada kajian tertentu dibuat, aku percaya faktor letih dan mengantuk kerana berpuasa adalah di antara faktor yang telah menyumbang ke arah kelalaian, hilang konsentrasi dan kemalangan di lebuhraya dan jalanraya.

Ada yang menyedari masalah tersebut di atas, dan mengambil keputusan untuk memulakan perjalanan selepas berbuka puasa. Ini mungkin suatu pemikiran yang baik. Namun begitu, jika perjalanan itu terlalu lama sehingga melewati tengah malam, ianya akan juga menimbulkan risiko mengantuk, apatah lagi bila sampai waktu jam 2.00-7.00 pagi. Apatah lagi jika pemandu terbabit mengamalkan waktu tidur yang tidak terlalu lewat pada kebiasaannya. Terbukti, banyak kemalangan jalanraya berlaku antara waktu-waktu seperti ini. Keadaan seperti di atas lebih buruk lagi jika melibatkan pemandu kenderaan awam seperti bas express, di mana berpuluh-puluh nyawa penumpang-penumpang bas express tersebut bergantung kepada kecekapan dan konsentrasi pemandu bas tersebut untuk sampai ke destinasi dengan selamat.

Aku percaya, pemimpin-pemimpin agama perlu memberikan kesedaran kepada orang ramai, khususnya pemandu-pemandu kenderaan persendirian, juga pemandu-pemandu kenderaan awam, bahawa Islam ada memberikan kelonggaran kepada umatnya untuk TIDAK BERPUASA di dalam keadaan-keadaan tertentu, termasuk di dalam ‘musafir’ atau perjalanan yang jauh. Malah amalan untuk TIDAK BERPUASA semasa ‘musafir’ atau di dalam perjalanan jauh adalah suatu amalan atau ‘sunnah’ Rasulullah saw sendiri. Demikian juga dengan amalan bersenbahyang jamak dan qasar semasa di dalam perjalanan. Siapakah kita berbanding dengan Rasulullah saw, untuk ‘degil’ terus berpuasa walaupun di dalam perjalanan yang jauh, dan boleh menimbulkan risiko kemalangan jalanraya.

Kepada rakan-rakan bloggers yang di dalam perjalanan balik kampung, aku ingin anjurkan, ikutilah amalan Rasulullah saw dengan TIDAK BERPUASA di dalam perjalanan yang jauh, supaya anda lebih segar dan bersedia di dalam meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Kepada FAM, jangan sekali-kali menganggap pemain-pemain Harimau Malaya itu SUPERMEN. Mereka manusia biasa yang akan mengalami lapar dan letih semasa berpuasa….tidak perlulah uji mereka dengan ‘samurai Jepun’…..diuji dengan pasukan remaja sekolah Jepun pun belum pasti boleh menang…..keadaan tentu jauh berbeza di bulan-bulan biasa….

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s