Hak ‘Istimewa’ Melayu Singapura – Menjadi Warga Kelas 3

Bagi yang membaca akhbar NST hari ini, tentu tidak akan miss menatap wajah ceria dua TOKOH BESAR Melayu yang masih hidup, iaitu Tun Dr Mahathir dan DS Najib Tun Razak, dimuka depan akhbar. Dengan kehadiran kira-kira 20,000 pengunjung ke Rumah Terbuka Aidil-Fitri Tun semalam, jelas sekali, beliau amat disanjungi dan disayangi oleh rakyat Malaysia dari berbagai kaum, walaupun telah lebih 10 tahun meletakkan jawatan.

Tun Dr Mahathir telah meletakkan TANDA ARAS begitu tinggi sebagai pemimpin umat Melayu/Islam, juga sebagai pemimpin negara. Di antara TANDA ARAS begitu tinggi yang tercapai di era kepimpinan Tun, yang diiktiraf dunia ialah terbinanya MENARA TERTINGGI DI DUNIA di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur(KLCC). MENARA BERKEMBAR PETRONAS menjadi menara tertinggi di dunia sepanjang tempoh hampir 10 tahun, sebelum ketinggiannya dipintas oleh menara-menara lain di negara lain. Namun begitu, MENARA KEMBAR PETRONAS sehingga sekarang masih lagi merupakan MENARA KEMBAR TERTINGGI di dunia.

Alhamdulillah, umat Melayu di Malaysia sentiasa dianugerahkan oleh Allah swt tokoh-tokoh pemimpin BERJIWA BESAR, menjadi nakhoda kepada umat Melayu di dalam melayari sejarah tamaddun bangsa, dan mengekalkan KEDUDUKAN MULIA bangsa Melayu di negara ini. Walaupun kepimpinan UMNO, umat Melayu dan negara datang dan pergi, kita amat bersyukur kerana terus dikurniakan PEMIMPIN BESAR Melayu, yang pada masa dan saat ini ditatang BAGAI MINYAK PENUH oleh DS Najib Tun Razak.

Agak malang bagi umat Melayu di Singapura. Mereka bukan sahaja golongan minoriti di negara pulau tersebut, malah berdasarkan suatu kajian yang dikendalikan oleh suatu jawatankuasa bebas, Suara Mesyuarah, sebagaimana dilapurkan oleh akhbar NST hari ini, walaupun Article 152 Perlembagaan Singapura memperuntukkan KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU di Singapura, sebagaimana Article 153 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan HAK ISTIMEWA MELAYU/BUMIPUTRA di Malaysia, kedudukan umat Melayu di Singapura jauh ketinggalan di berbagai aspek kehidupan berbanding dengan BANGSA PEMERINTAH, bangsa Cina, di Singapura.

Selain dari ketinggalan di segenap bidang, umat Melayu Singapura juga TIDAK DIPERCAYAI untuk mengisi jawatan-jawatan penting di sektor-sektor strategik negara, seperti sektor pertahanan, di mana terdapat sekatan terhadap penglibatan kaum Melayu di dalam Angkatan Bersenjata Singapura, lebih-lebih lagi di pasukan-pasukan ‘sensitif’ seperti komando, pertahanan udara serta pertahanan laut.

Apakah gunanya Article 152 – KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU di Singapura, jika umat Melayu hanya berada di tahap Division 3 atau Kelas 3 di Singapura. Jelas sekali, adanya Article 152 di dalam Perlembagaan Singapura tidak sekali-kali menjamin pembelaan terhadap nasib dan masa depan umat Melayu di Singapura, apabila pemerintahnya bukan dari kalangan Melayu. Sebaliknya, ia hanya ‘menjamin’ Melayu Singapura menjadi bangsa Kelas 3 di sebuah negara pulau, yang dahulunya adalah sebahagian dari Empayar Kesultanan Melayu Johor/Riau.

Kepada umat Melayu Singapura, aku secara ikhlas ingin mengingatkan kepada mereka suatu firman Allah swt di dalam Al-Quran yang bermaksud: ‘Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah nasib mereka’. Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah…

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s