Pemilihan UMNO – Wajar Ada Pertandingan Di Peringkat NAIB PRESIDEN

Sejarah politik UMNO/Negara telah membuktikan bahawa jawatan Naib-Naib Presiden UMNO adalah jawatan-jawatan yang amat CRITICAL di dalam menentukan siapakah yang akan dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya Perdana Menteri meletakkan jawatan atau meninggal dunia.

Telah menjadi tradisi UMNO/Negara bahawa Presiden UMNO akan dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia, dan Timbalan Presiden UMNO menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dan telah juga menjadi tradisi Negara bahawa jika Perdana Menteri meletak jawatan atau meninggal dunia, salah seorang Naib Presiden UMNO akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Di dalam Majlis Tertinggi UMNO, terdapat 3 jawatan bagi Naib Presiden. Dari 3 orang pemegang jawatan Naib Presiden, ‘seniority’ adalah berdasarkan pemegang jawatan yang meraih undi tertinggi di kalangan 3 penyandang jawatan tersebut, diikuti oleh mereka yang mendapat undi kedua tertinggi, dan diikuti oleh yang mendapat undi ketiga tertinggi.

Namun begitu, sejarah UMNO/Negara juga telah membuktikan bahawa dari 3 orang penyandang jawatan Naib Presiden, jika berlaku perletakan jawatan atau meninggal dunia Perdana Menteri, perlantikan salah seorang Naib Presiden ke jawatan Timbalan Perdana Menteri jarang sekali berdasarkan ‘seniority’ kedudukan di antara 3 penyandang Naib Presiden. Sebagai contoh, Tun Abdul Razak meninggal dunia, dan digantikan oleh Tun Hussein Onn, Tun Hussein Onn telah melantik Tun Dr Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri, walaupun di kalangan 3 Naib-Naib Presiden UMNO ketika itu, Tun Dr Mahathir adalah penyandang yang paling ‘junior’.

Aku menarik perhatian rakan-rakan bloggers tentang perkara ini untuk MENARIK PERHATIAN bahawa sewajarnya, setiap penyandang jawatan Naib-Naib Presiden UMNO hendaklah dari kalangan yang mempunyai STATURE untuk mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri, dan kemudiannya menjadi Perdana Menteri.

Bagi menentukan bahawa lebih 150,000 perwakilan cawangan-cawangan mempunyai PILIHAN YANG CUKUP untuk memilik Naib-Naib Presiden, yang mana salah seorang mereka bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri, dan kemudiannya Perdana Menteri, amatlah wajar pertandingan ke jawatan Naib-Naib Presiden ini dibuka seluasnya untuk pertandingan, sebagaimana juga jawatan Ahli-ahli MKT dan kepimpinan sayap-sayap Puteri UMNO, Pemuda UMNO dan Wanita UMNO.

Selain dari penyandang-penyandang jawatan Naib Presiden sekarang yang semua dijangka akan mempertahankan jawatan mereka, tiga orang calun disebut-sebut akan turut bertanding jawatan Naib Presiden. Mereka ialah DS Ali Rustam, TS Isa Abdul Samad dan DSP Musa Aman. Ada mungkin yang melihat bilangan calun 5-6 orang ini terlalu ramai, yang boleh membawa perpecahan. Tetapi bagi aku, UMNO perlu melihat ini sebagai suatu budaya yang sihat, demi memberikan pilihan secukupnya kepada para perwakilan untuk memilih. Ini juga bagi mempastikan bahawa penjawat jawatan Naib-Naib Presiden tidak leka di dalam membantu Presiden dan Timbalan Presiden UMNO di dalam meneruskan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.

Bagaimana pula dengan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden? Bagi aku, mereka yang telah terpilih ke jawatan Presiden dan Timbalan Presiden di dalam pemilihan sebelumnya boleh dianggap sebagai mereka yang telah berjaya melalui BERBAGAI DUGAAN DAN UJIAN sebelum sampai ke jawatan No.1 dan No.2 UMNO/Negara. Dua jawatan ini tidak perlu dipertandingkan kecuali jika berlaku kekosongan disebabkan penyandang meletak jawatan atau meninggal dunia. DENGAN SYARAT, pemegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden hendaklah BERKECUALI di dalam proses pemilihan jawatan-jawatan lain di dalam MKT.

Dengan cara tersebut di atas, kita mengambil satu JALAN TENGAH antara mengekalkan perpaduan dan keutuhan parti, dan di masa yang sama mencari pilihan TERBAIK ANTARA YANG BAIK-BAIK di dalam memilih PEMIMPIN PELAPIS bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO/Timbalan Perdana Menteri dan Presiden UMNO/Perdana Menteri.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s