Kemalangan Genting Highland – Siapa Luluskan Jalanraya MAUT?

Kita semua TERSENTAK dan amat sedih dan pilu di atas kemalangan ngeri di KM 3.5 Jalan Genting Highland, melibatkan sebuah bas penumpang terjunam ke dalam gaung sedalam lebih 60 meter, menyebabkan 37 orang penumpang terbunuh dan 16 lagi cedera.

Kita terpanggil untuk mengucapkan takziah kepada keluarga dan sahabat handai mangsa-mangsa terlibat. Seperti biasa, jabatan-jabatan terlibat akan menubuhkan jawatankuasa siasatan bagi mengenal-pasti punca kemalangan.

Apa yang turut menyedihkan kita ialah, ini bukan kali pertama kemalangan sedemikian berlaku di selekoh-selekoh tertentu sepanjang Jalan Genting. Mengikut lapuran akhbar NST hari ini, tidak kurang dari 6 kemalangan dahsyat melibatkan bas telah berlaku di selekoh-selekoh tertentu sepanjang jalan tersebut sejak tahun 1989.

Kemalangan semalam mungkin tidak melibatkan anggota keluarga dan sahabat handai kita. TETAPI, tanpa langkah-langkah pro-aktif oleh pihak-pihak berwajib, kita belum pasti samada kemalangan-kemalangan ngeri sedemikian tidak akan melibatkan ahli keluarga dan sahabat handai kita sendiri di masa depan.

Selepas berlaku kemalangan seperti semalam, seluruh negara akan berbincang APAKAH PUNCA atau PUNCA-PUNCA berlaku kemalangan. Ada pihak akan menyalahkan pemandu kerana memandu terlalu laju, ada yang akan mempersoalkan ‘roadworthiness’ kenderaan-kenderaan terlibat seperti keadaan tayar dan break, ada yang menyalahkan syarikat-syarikat bas kerana terlalu mengutamakan bilangan trip yang perlu dicapai oleh pemandu-pemandu mereka, dan tidak kurang juga, ada yang akan menyalahkan pihak berkuasa kerana tidak tegas menguasakan had laju kenderaan-kenderaan awam.

Salah satu, beberapa atau kesemua faktor-faktor di atas boleh menyumbang kepada kemalangan. Namun begitu, apabila aku melihat gambar dari udara atau ‘aerial view’ Jalan Genting yang bengkang-bengkok dan selekoh-selekoh tajam merentasi gaung-gaung yang dalam, JELAS sekali faktor REKABENTUK JALAN TERMASUK SELEKOH-SELEKOH merupakan FAKTOR UTAMA di dalam tragedi semalam.

Apabila jurutera-jurutera jalanraya merekabentuk jalanraya, mereka biasanya akan merujuk kepada piawaian-piawaian atau standard-standard tertentu. Aku kurang pasti samada Jalan Genting highland ini milik JKR, atau milik syarikat persendirian yang memajukan Genting highlands. Persoalannya, sejauh mana rekabentuk jalanraya tersebut mengikut piawaian-piawaian bertaraf antarabangsa….atau apakah ianya sekadar mengikut ‘laluan lori balak’ sebelum kawasan tanah tinggi berkenaan dimajukan.

Aku buka seorang Jurutera Jalan, jadi aku kurang pasti apakah piawaian-piawaian atau standard-standards yang digunakan di dalam mereka-bentuk selekoh-selekoh di kawasan tanah tinggi….apakah sama dengan rekabentuk di kawasan-kawasan yang rata seperti di Lebuhraya PLUS, dan lebuhraya-lebuhraya lain di negara kita. Apakah wajar selekoh tajam bersebelahan gaung lebih dari 60m dalam menggunakan pagar yang sama seperti di lebuhraya di tanah-tanah rata. Aku perhatikan, di lebuhraya-lebuhraya di tanah rata sekali pun disediakan pagar besi yang agak teguh dan kuat di kiri kanan lebuhraya. Bandingkan dengan pagar konkrit/batu tanpa sebarang tetulang besi pada pagar jalanraya di selekoh di mana berlaku kemalangan semalam….dan ketinggian pagar yang kelihatan sama tinggi dengan pagar balkoni master bedroom rumah kita.

Di sini aku ingin mencadang 2 langkah SEGERA bagi menambahkan ciri keselamatan lebuhraya/jalanraya kita, khususnya di kawasan tanah tinggi:
1. Pagar/Penghadang jalanraya di selekoh bergaung perlu direka-bentuk dengan kekuatan dan ketinggian yang boleh menghalang kenderaan yang merempuh pagar/penghadang tersebut dari terjatuh ke dalam gaung.
2. Jalanraya di selekoh-selekoh perlu disediakan ‘bumbers’ bagi memaksa kenderaan-kenderaan memperlahankan kenderaan mereka. ‘Bumpers’ ini hendaklah mula dipasang sekurang-kurangnya 50-100m dari bermulanya selekoh bergaung.

Negara kita adalah di antara destinasi pelancongan paling popular di dunia disebabkan faktor alam semula jadi yang indah, kemudahan hotel dan resorts yang baik, serta suasana aman dan kestabilan politik. Bilangan pelancong bertambah dari setahun ke setahun. Bilangan kenderaan persendirian dan bas pelancong kian hari kian bertambah. Kita sudah tidak mahu lagi bersedih dengan berita-berita kemalangan ngeri di jalanraya-jalanraya kita, terutama di kawasan tanah tinggi.

Sampai masanya pihak-pihak berkuasa seperti JKR, SPAD, badan-badan professional berkaitan, kerajaan-kerajaan negeri dan semua ‘interest groups’ MENILAI SEMULA apakah piawaian-piawaian yang telah digunakan lebih 50 tahun yang lalu masih lagi boleh diguna-pakai hari ini, dengan mengambil kira faktor-faktor lain yang turut menyumbang di dalam sesuatu kemalangan.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s