Majlis Perbandaran Pulau Pinang TIADA KUASA Menghalang Tayangan TANDA PUTRA

Sebagaimana Penguasa Tempatan lain-lain di negara ini, Majlis Bandaraya Pulau Pinang sememangnya berkuasa mengeluarkan LESEN PREMIS kepada sesiapa yang ingin menjalankan apa-apa perniagaan di dalam sempadan kuasa masing-masing. Bagi memohon Lesen Premis perniagaan, mereka yang memohon lesen tersebut biasanya perlu mengemukakan pelan lantai ruang perniagaan berkaitan, serta bayaran lesen sekitar rm100 bagi tempoh 1 tahun. Lesen premis ini biasanya perlu diperbaharui setiap tahun, dengan membayar sekitar rm100 setiap kali pembaharuan dibuat.

Bayaran Lesen Premis adalah di antara hasil-mahsul penting penguasa-penguasa tempatan selain dari kutipan cukai pintu bagi setiap bangunan di dalam sempadan penguasa tempatan berkaitan, dan lesen-lesen papan tanda, tempat letak kereta dan sebagainya.

Setelah sesuatu perniagaan mendapat Lesen Premis, Penguasa Tempatan tidak mempunyai apa-apa kuasa lagi di dalam menentukan aktiviti perniagaan yang dipegang oleh pemilik Lesen Premis tersebut, selagi ianya selaras dengan bidang perniagaan sebagaimana dideklarasikan semasa permohonan Lesen Premis dibuat. Bagi premis CINEMA, atau CINEPLEX, Lesen Premis semestinya berdasarkan aktiviti menayang filem-filem untuk tuntunan pengunjung. Penguasa Tempatan sama sekali tidak ada kuasa untuk menentukan filem apa yang BOLEH ditayang, atau TIDAK BOLEH ditayang, kerana ini terletak di bawah bidang kuasa FINAS dan Kementerian Dalam Negeri. Filem TANDA PUTRA tidak terkecuali.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang tentu sedar TERHADnya kuasa mereka di dalam hal penayangan filem di pawagam-pawagam di negara ini, termasuk di Pulau Pinang. Tetapi, atas sebab-sebab POLITIK, kepimpinan Kerajaan Negeri pimpinan DAP bersedia menyalahgunakan kuasa mereka dengan memberi suatu bentuk UGUTAN kepada pemilik-pemilik pawagam, iaitu jika pemilik-pemilik pawagam tidak mentaati ‘nasihat’ Kerajaan Pulau Pinang, Kerajaan Pulau Pinang, melalui penguasa-penguasa tempatan di Pulau pinang, termasuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang, boleh merumitkan pembaharuan Lesen Premis mereka di masa depan.

Dari gelagat Lim Guan Eng, dan DAP di dalam perkara ini dan beberapa hal yang lain, Lim Guan Eng dan DAP menampakkan dengan jelas kecenderungan mereka untuk bersikap KUKU BESI, sebagaimana diamalkan oleh pemerintahan negara-negara seperti Singapura dan Republik Rakyat Cina.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s