Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 – Apakah Mampu Melahirkan Murid/Pelajar Patriotik

Tahniah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, khususnya Menterinya, TS Muhyiddin Yassin, sempena Majlis Pelancaran PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025. Kita percaya, sekiranya segala aspirasi dan perancangan yang terkandung di dalam ‘kitab 300 muka’ Pelan Pembangunan tersebut dilaksanakan dengan baik, sudah pasti ianya akan memperkasa sistem pendidikan negara kita dan mengangkat martabat para murid/pelajar kita ke suatu kedudukan yang setanding dengan para murid/pelajar di negara-negara maju.

Aku belum berkesempatan untuk membaca walaupun sebahagian dari dokumen setebal 300 mukasurat tersebut…kalau aku baca pun mungkin aku tidak faham…maklumlah, dokumen ini telah dihasilkan oleh PAKAR-PAKAR termasuk dari dalam dan luar negara. Namun begitu, aku yakin dan percaya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang merupakan FLAGSHIP kepada perancangan-perancangan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil kira permasalahan-permasalahan hubungan kaum telah semakin meruncing, dipercayai banyak pihak terhasil dari wujudnya SEPERATION atau PEMISAHAN di kalangan murid-murid di peringkat sekolah rendah mengikut KAUM dengan wujudnya sekolah-sekolah ‘vernacular’, khususnya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina(SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil(SJKT) selain dari Sekolah Kebangsaan. Murid-murid dari bangsa Melayu kebanyakannya di Sekolah Kebangsaan, sementara murid-murid Cina di SJKC dan murid-murid India di SJKT. Kepincangan yang amat ketara dengan kekalnya sekolah-sekolah ‘vernacular’ ini ialah sebahagian besar dari murid-murid SJKC dan SJKT gagal menguasai Bahasa Melayu dengan baik walaupun sudah sampai ke peringkat memasuki sekolah menengah.

Sekolah-sekolah ‘vernacular’ juga dipercayai menjadi ‘sarang’ di mana murid-murid bukan Melayu mula disemai dengan pemikiran-pemikiran negatif terhadap negara dan Kerajaan, malah terhadap bangsa Melayu. Rata-rata golongan kaum muda bangsa Cina, yang ‘overwhelming majoritinya’ telah dihantar ke SJKC, telah ditanamkan dengan kefahaman bahawa kaum Cina menjadi mangsa DISKRIMINASI KAUM atau RACIAL DISCRIMINATION di negara ini. Mereka ditanamkan dengan kefahaman bahawa kaum Cina adalah kaum KELAS DUA, dan segala peluang di negara ini hanya terbuka kepada kaum MELAYU/BUMIPUTRA. Tidak hairan, kaum muda Cina, bila telah sampai ke peringkat kolej atau universiti, telah terlibat dengan kegiatan-kegiatan anti-nasional, termasuk menghina Raja, menghina bendera dan sebagainya. Aku yakin dan percaya, dokumen 300 mukasurat ada menyediakan RAMUAN-RAMUAN tertentu untuk mengatasi POLARISASI KAUM yang telah bermula dari peringkat sekolah rendah.

Bukan kaum muda Cina sahaja mempunyai kecenderungan untuk menentang Kerajaan. Terdapat juga kaum Melayu, termasuk dari kalangan GURU-GURU yang terlibat secara aktif di dalam kegiatan-kegiatan anti-Kerajaan di sekolah-sekolah. Siapakah yang bertanggung-jawab untuk memantau kegiatan-kegiatan GURU-GURU yang menentang Kerajaan, GURU PELAWAT….atau sekarang dipanggil JEMAAH NAZIR? Kata orang tua-tua, ‘Bapa kencing berdiri, anak kencing berlari’. Apa yang Kerajaan boleh harapkan dari anggota-anggota JEMAAH NAZIR, apabila sebilangan besar mereka juga tanpa segan silu turut menjadi ‘sarang’ kepada penyebaran sentimen ‘anti-Kerajaan’ di Kementerian Pendidikan sendiri. Kalau sebilangan besar ‘guru pelawat’ atau JEMAAH NAZIR boleh anti-Kerajaan, sudah tentu GURU-GURU pun lebih terdorong untuk menentang Kerajaan. Itu aku belum sentuh lagi kegiatan pegawai-pegawai di Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan yang menjadi ‘sarang utama’ penyebaran sentimen anti-Kerajaan di Kementerian Pendidikan.

Aku amat kagum dengan visi-visi besar yang terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Tahniah sekali lagi kepada Menteri Pendidikan, TS Muhyiddin Yassin, yang telah begitu bersungguh-sungguh untuk melihat Pelan tersebut digubal dan dijadikan rujukan di dalam memperkasakan pendidikan negara. Tetapi, aku menaruh sedikit kebimbangan, jika permasalahan-permasalahan dalaman di dalam Kementerian Pendidikan sendiri tidak diselesaikan, dan pegawai-pegawai ‘parasite'(aku meminjam suatu istilah yang banyak digunakan oleh Dr Hassan Ali) tidak dinyahkan dari ‘kerusi empuk’ mereka, besar kemungkinan, segala perancangan, baik kecil atau besar, akan berhadapan dengan fenomena ‘masuk angin keluar asap’.

Kementerian Pendidikan berada di ambang melaksanakan suatu MISI PERJUANGAN yang amat besar. Perjuangan ini memerlukan PANGLIMA-PANGLIMA yang setia kepada PANGLIMA AGUNG. Apakah MISI BESAR boleh berjaya jika sebahagian dari PANGLIMA-PANGLIMA tidak setia kepada arahan PANGLIMA AGUNG. Mereka bukan sahaja tidak setia, malah membiarkan perlakuan ‘anti-Kerajaan’ berlaku tanpa sekatan di bawah batang hidung mereka.

Dan, apakah ertinya kita melahirkan pelajar yang cemerlang di meja peperiksaan, tetapi gagal untuk menunjukkan kesetiaan kepada negara?

Aku yakin dan percaya, FAKTOR KESETIAAN KEPADA KERAJAAN DAN NEGARA perlu dijadikan salah satu ‘criteria’ utama di dalam menilai para murid dan pelajar, malah penilaian terhadap guru-guru, anggota Jemaah Nazir, pegawai-pegawai lain di Kementerian Pendidikan, malah seluruh jentera Perkhidmatan Awam.

Aku tetap yakin dan percaya bahawa DOKUMEN 300 MUKASURAT telah mengambil kira ini semua. Selamat berjaya.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s