Welcome On Board TS Isa Samad dan DS Ali Rustam!!

Tahniah kepada TS Isa Samad, bekas Menteri Besar Negri Sembilan, dan DS Ali Rustam, bekas Ketua Menteri Melaka, di atas KEBERANIAN DAN KETABAHAN mereka menawarkan diri untuk bertanding jawatan NAIB PRESIDEN UMNO di dalam pemilihan UMNO yang semakin hampir tiba.

Aku di antara penyokong tegar UMNO/BN yang lebih selesa melihat TIDAK ADA pertandingan di peringkat jawatan PRESIDEN dan TIMBALAN PRESIDEN UMNO. Bagi aku, mereka yang telah layak terpilih sebagai Presiden dan Timbalan Presiden TELAH TERUJI dengan berbagai ujian dan halangan sebelum sampai ke jawatan-jawatan tersebut. Demi kestabilan parti, Presiden dan Timbalan Presiden parti wajar diberikan sokongan berterusan untuk terus MENAKHODAI UMNO/BN dan Kerajaan. Pertandingan hanya wajar berlaku sekiranya Presiden atau Timbalan Presiden kembali ke rahmatullah, dan meninggalkan kita….atau atas sebab-sebab tertentu mereka meletakkan jawatan.

Namun begitu, aku percaya, bagi 3 jawatan NAIB PRESIDEN dan MKT, jawatan-jawatan ini perlu diberi kebebasan untuk dipertandingkan, supaya lebih dari 150,000 perwakilan cawangan-cawangan UMNO akan mendapat cukup ‘menu’ untuk dipilih apabila sampai Mesyuarat Perwakilan Bahagian-Bahagian sedikit masa lagi. Setiap orang dari penjawat NAIB PRESIDEN perlu mempunyai ‘stature’ untuk menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA bila berlaku sebarang kekosongan bagi jawatan-jawatan Timbalan Presiden dan Presiden di atas mereka.

Dengan menggalakkan pertandingan di jawatan NAIB PRESIDEN, ini sekali-kali tidak bermakna bahawa terdapat dari kalangan NAIB-NAIB PRESIDEN sediada yang kurang layak atau kurang ada ‘stature’ untuk menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA. Semua memperakui bahawa ketiga-tiga Naib Presiden sediada terdiri dari mereka yang hebat-hebat belaka. Walaupun berlaku pertandingan, banyak pihak percaya bahawa penyandang-penyandang jawatan sediada akan mempunyai ‘advantage’ di dalam mempertahankan jawatan mereka, memandangkan mereka sentiasa boleh menyerlahkan ketokohan mereka di dalam melaksanakan tugas mereka sebagai seorang Menteri. Lihatlah sahaja kehebatan DS Dr Ahmad Zahid Hamidi di dalam menangani isu perbuatan MENGHINA NEGARA, dan kemudiannya di dalam menangani SAMSENG dan GANGSTERS BERSENJATA.

Dengan menghidupkan budaya pertandingan di peringkat Naib Presiden juga akan menjadi suatu MEDAN UJIAN kepada mereka yang bakal mengambil-alih jawatan Timbalan Presiden/Timbalan Perdana Menteri dan jawatan Presiden/Perdana Menteri, tentang sejauh mana mereka mampu mengekalkan sokongan akar umbi terhadap mereka setelah memegang jawatan Naib Presiden bagi tempoh satu atau dua penggal. Sekiranya pemegang jawatan telah menjalankan amanah yang diberikan oleh Perwakilan UMNO sebelum ini dengan baik, terutama di dalam mempertahankan kedudukan istimewa dan hak-hak Melayu, dan kedudukan Islam, serta kekal dengan sikap ‘approachable’ dan rendah diri terhadap ahli-ahli semua peringkat, TIDAK ADA SEBAB bagi para perwakilan menukarkan mereka dengan tokoh-tokoh yang lain.

Kepada TS Isa Samad dan DS Ali Rustam, tahniah dan terima kasih kerana telah memberikan PILIHAN kepada para perwakilan. Kepada DS Dr Zahid Hamidi, DS Hishamuddin Tun Hussein dan DS Panglima Shafie Afdal, tahniah juga kerana telah menawarkan diri unutk mempertahankan jawatan. Semoga pertandingan bagi jawatan amat STRATEGIK ini akan memberikan peluang kepada para perwakilan memberikan MANDAT kepada BAKAL PRESIDEN UMNO/PERDANA MENTERI MALAYSIA bila tiba saat dan ketikanya.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s