Apakah DAP Sedia Terima Khalid Samad?

Timbul satu tanda-tanya yang BESAR apabila YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam, yang menang atas tiket PAS, melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam, yang telah disandangnya lebih 16 tahun. Apatah lagi apabila PAS di ambang Muktamar Agung Tahunan di mana akan berlaku sekali lagi Pemilihan Jawatankuasa Pusat PAS. Sedangkan, inilah masa terbaik untuk Khalid Samad mencuba nasib untuk bertanding jawatan-jawatan lebih tinggi dari AJK Pusat biasa. Tanpa memegang jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan, ‘saham’ Khalid bagi jawatan-jawatan lebih tinggi sudah tentu akan jatuh menjunam.

Apakah sebenarnya rasional di sebalik Khalid Samad tidak mempertahankan jawatannya sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Shah Alam? Walaupun beliau menggambarkan bahawa beliau bercadang untuk bertukar angin ke Johor, negeri kelahirannya, dan ingin memberikan peluang kepada pemimpin-pemimpin pelapis dari PAS Kawasan Shah Alam mengambil alih tempatnya, amat sukar untuk kita menerima kenyataan tersebut, memandangkan tindakan ini sudah tentu menjejaskan peluangnya untuk mencuba nasib merebut jawatan lebih tinggi seperti Naib Presiden….malah Timbalan Presiden. Apatah lagi apabila beliau dilihat sebagai seorang yang yang AMAT GILA KUASA…..sehingga sering membuat kenyataan-kenyataan mendahului Presiden PAS sendiri di dalam isu-isu nasional….seolah-olah beliau sudah tidak sabar menunggu masa untuk menjadi Presiden PAS.

Ramai pemerhati politik mempunyai persepsi bahawa Khalid Samad ini mempunyai suatu sifat KESYAITANAN, iaitu sombong dan angkuh. Dia dilihat ‘syok sendiri’ merasa dirinya lebih hebat, lebih intelek, malah lebih ‘ulama’ dari pemimpin-pemimpin PAS yang lain. Semasa Dr Hassan Ali menjadi Ketua Perhubungan PAS Selangor, Khalid Samad dilihat suka menonjol-nonjolkan dirinya seolah-olah dia lebih berkuasa dari Dr Hassan Ali, malah sering memberikan gambaran seolah-olah dia lebih rapat dengan Mursyidul Am PAS Nik Aziz. Malah ramai berpendapat, faktor ‘personal rivalry’ atau ‘permusuhan peribada’ antara beliau dengan Dr Hassan Ali adalah punca utama beberapa krisis di dalam PAS Selangor, yang telah membawa kepada Dr Hassan Ali dipecat dari PAS.

Berbeza dengan apa yang telah diungkap oleh Khalid Samad, aku percaya, keputusan beliau tidak mempertahankan jawatannya ada kaitan dengan PEREBUTAN KUASA di dalam PAS Selangor, menjelang pemilihan Jawatankuasa Pusat PAS hujung tahun ini. Aku percaya ramai dari pemimpin-pemimpin pelapis PAS di Selangor, malah di peringkat nasional, tidak gemar dengan gelagat dan CITA-CITA TINGGI Khalid. Bagi mereka, tidak mustahil Khalid akan mencuba nasib bertanding jawatan Naib Presiden, malah Timbalan Presiden PAS….bukankan Khalid Samad ni ‘syok sendiri’…apatah lagi apabila Khalid Samad berjaya mempertahankan Parlimen Shah Alam, apabila Timbalan Presiden Mat Sabu sendiri tewas di Kedah, dan Naib Presiden Husam Musa tewas di Putrajaya, dan seorang lagi Naib Presiden Salahuddin Ayub tewas di Pulai, Johor. Oleh itu, suatu cara untuk MEMADAMKAN cita-cita tinggi Khalid Samad ialah dengan mempastikan dia TEWAS di kawasannya sendiri bagi jawatan Yang Dipertua Kawasan….jadi dia dengan sendirinya akan HILANG KREDIBILITI untuk bertanding jawatan-jawatan lebih tinggi. Jelas, Khalid Samad masih mentah di dalam POLITIK DALAMAN parti.

Persoalannya, sekiranya PAS tidak sudi menerima Khalid Samad di barisan tertinggi parti ‘Islam’ ini, di manakah masa depan Khalid? Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim amat meminati Khalid Samad, sebagaimana beliau pernah meminati Zaid Ibrahim, tetapi siapa di dalam PKR yang sedia mengosongkan jawatan Timbalan Presiden atau Naib Presiden untuk memberi ruang kepada Khalid Samad? Apatah lagi, Anwar Ibrahim pun ‘seriau’ juga dengan seorang Timbalan atau Naib yang terlalu vocal. Sekiranya Khalid Samad ditawarkan tempat kepimpinan di dalam PKR, apa jaminan beliau tidak akan menjadi ‘Zaid Ibrahim 2’?

Aku percaya, di masa DAP ketandusan pemimpin Melayu, Khalid Samad mungkin boleh mencuba nasib di dalam DAP…mungkin untuk ganti tempat Tengku Aziz sebagai salah seorang Timbalan Pengerusi yang dilantik. Ini mungkin sesuai bagi dia….kerana aku nampak semakin hari, termasuk di dalam isu kalimah Allah, dia telah menjadi LEBIH DAP dari pemimpin-pemimpin DAP sendiri. Malah, ramai bolggers memanggil Khalid Samad KHALID GEREJA. Soalnya, apakah DAP sedia terima Khalid Samad?

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s