Pekeliling Perkhidmatan Awam Yang DISKRIMINASI Pegawai Kerajaan

Aku baru terbaca suatu lapuran berita di NST semalam, yang merujuk kepada suatu kenyataan Ketua Setiausaha Negara, berhubung suatu Pekeliling Perkhidmatan Awam, bahawa GURU-GURU BERPANGKAT DG44 KE BAWAH, dibenarkan bertanding merebut jawatan dalam UMNO, DENGAN SYARAT, mendapat kebenaran dari KETUA JABATANnya. Siapa KETUA JABATAN seorang guru? Aku percaya, Pengetua Sekolah atau Guru Besarnya.

Soal siapa sebenarnya KETUA JABATAN seseorang guru itu bukanlah isu utama di dalam penulisan aku kali ini. Persoalan sebenarnya ialah KENAPA dan APA RASIONALnya, kebebasan seorang guru untuk bergiat aktif di dalam UMNO tertakluk kepada kebenaran seorang Ketua Jabatan???? Kenapa tidak diberikan kebenaran secara MENYELURUH???? Persoalan aku simple sahaja, apa kata kalau Ketua Jabatan bagi seseorang guru itu seorang penyokong kuat PKR, atau PAS, atau DAP….sudah tentu peluang seorang guru aktivis UMNO di bawah Ketua Jabatan yang pro-PKR, pro-PAS dan pro-DAP akan terhalang, apatah lagi memegang jawatan-jawatan penting seperti Ketua Bahagian.

Yang lebih menghairankan aku, dan aku percaya kita semua ialah, kenapa hanya guru-guru berpangkat DG44 dan ke bawah sahaja dibenarkan memegang jawatan di dalam UMNO….itu pun tertakluk kepada kebenaran Ketua Jabatan. Apa masalahnya jika guru-guru berpangkat DG48, DG52 dan jawatan-jawatan lebih tinggi lagi bergiat cergas di dalam UMNO? Bukankah lebih baik bagi Kerajaan BN apabila semua guru-gurunya yang berpangkat tinggi, termasuk Pengetua dan Penolong-Penolong Kanan juga bergerak aktif di dalam UMNO dan parti-parti BN yang lain…..barulah kita mendapat sumbangan dari golongan TERBAIK di negara kita sebagai aktivis/pemimpin parti, selain dari sumbangan mereka sebagai sebagai pegawai-pegawai Kerajaan.

LEBIH MENGHAIRANKAN KITA SEMUA, pegawai-pegawai Kerajaan Division A juga tidak dibenarkan berpolitik, kecuali mendapat KEBENARAN KHAS tertentu. Ini bermakna, jika ada yang minat menyertai parti politik secara aktif, tetapi tidak mendapat kebenaran, mereka perlu letak jawatan, bekerja di sektor swasta atau menceburi bidang perniagaan, baru boleh bergiat di dalam politik. Bagi pegawai Kerajaan yang dipilih untuk bertanding di dalam pilihanraya pula, mereka terlebih dahulu perlu letak jawatan. Sekiranya kalah, mereka kena jadi penganggur. Sekiranya keadaan begini tidak diubah dan diperbetulkan, akan berlaku suatu senario di mana, jawatan-jawatan dalam UMNO akan hanya diisi oleh kaki-tangan Kerajaan peringkat bawahan seperti kerani, dispatch boy dan sebagainya, selain dari mereka yang bekerja di sektor swasta atau menceburi perniagaan. Akibatnya, mereka yang berpangkat PEGAWAI di sektor Kerajaan akan memandang rendah kepada UMNO, kerana hanya kaki-tangan berpangkat rendah sahaja boleh pegang jawatan di dalam UMNO.

Bagi aku, adalah suatu HAK ASASI, atau BASIC HUMAN RIGHT, bagi setiap rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas untuk menceburi bidang politik, samada mereka kaki-tangan Kerajaan atau swasta, tidak kira apa sekalipun pangkat dan jawatan mereka. Bukankah di peringkat awal perjuangan kemerdekaan dahulu dan selepas kemerdekaan negara, kaum guru adalah di antara mereka yang begitu gigih mendokong perjuangan UMNO. Di peringkat awal kemerdekaan juga, kaum guru juga merupakan komposisi terbesar para perwakilan UMNO dari bahagian-bahagian seluruh negara bila berlansungnya Perhimpunan Agung Tahunan UMNO di Kuala Lumpur. Malah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba, bergiat aktif di dalam UMNO semasa beliau bekerja sebagai seorang guru, sehingga beliau terus dipanggil Cikgu Ghafar apabila memegang jawatan tinggi di peringkat nasional.

Samada Kerajaan melarang atau tidak, GURU-GURU dan PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN, akan tetap terlibat di dalam politik, secara aktif atau tidak, walaupun tanpa memegang jawatan di dalam parti. YANG AMAT MENYEDIHKAN ialah apabila mereka secara diam-diam bergerak aktif di dalam parti-parti PEMBANGKANG, dan menyalah-gunakan kedudukan mereka yang tinggi di jabatan-jabatan Kerajaan, di IPTA dan GLC, untuk menjadi agen menyebarkan sentimen-sentimen anti-Kerajaan, malah menyebarkan berbagai fitnah memburukkan Kerajaan. Siapa nak disalahkan jika mereka dipengaruhi untuk menyokong parti-parti pembangkang, apabila KERAJAAN PIMPINAN UMNO sendiri tidak membenarkan pegawai-pegawai tingginya, termasuk guru-guru berpangkat tinggi, mengambil bahagian secara aktif di dalam UMNO itu sendiri.

Sehingga kini, kita penyokong tegar UMNO/BN sendiri tidak dapat memahami apa rasionalnya kita menghalang PEGAWAI-PEGAWAI TINGGI KERAJAAN bergerak aktif di dalam parti UMNO. Sedangkan mereka adalah antara BEST BRAINS atau OTAK TERBAIK di dalam masyarakat kita. Apakah kita bimbang mereka akan menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan politik mereka??? Kalau begitu, mengapa Pak Menteri, yang merupakan ‘de-facto’ CEO kepada sebuah kementerian itu terdiri dari orang politik, mengapa Timbalan Menteri orang politik, mengapa Setiausaha Parlimen orang politik, mengapa Setpol orang politik??? Sekiranya orang politik dibimbangi menyalah-gunakan kuasa, apakah ada jaminan bahawa pegawai-pegawai yang tidak terlibat di dalam politik tidak menyalah-gunakan kuasa. Sedangkan kita mempunyai berbagai agensi penguat-kuasaan bagi membenteras penyalah-gunaan kuasa, termasuk SPRM. Janganlah ‘marahkan nyamuk kelambu dibakar’!!!

Melalui penulisan ini, aku memohon perhatian pemimpin-pemimpin Kerajaan, baik Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, KSN, KSU dan lain-lain supaya menilai semula DISKRIMINASI yang diamalkan terhadap PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN, termasuk GURU-GURU. Benarkanlah semua kaki-tangan Kerajaan, termasuk guru-guru, untuk bergiat cergas di dalam mana-mana parti politik yang mereka suka. Tetapi sebagai Kerajaan memerintah YANG BIJAK, sudah tentu Kerajaan akan mempunyai kriteria-kriteria tertentu di dalam melantik pegawai-pegawai Kerajaan ke pangkat-pangkat tinggi….dan di antara kriteria-kriteria tersebut, mereka sudah semestinya mendokong ASPIRASI KERAJAAN…dengan lain perkataan ASPIRASI UMNO/BN.

Mana mungkin mereka yang menyokong parti-parti pembangkang di beri jawatan dan pangkat yang tinggi….yang akan disalahguna untuk ‘menikam Kerajaan dari belakang’. Kalau ini pun pemimpin politik UMNO/BN kita TAK FAHAM, ‘alamat pendek laa umuk UMNO/BN cek…’

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s