Chin Peng dan PKM Menentang Penjajah British???

Hari ini, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya(PKM) dilapurkan telah meninggal dunia di Bangkok, Thailand. Beberapa sumber berita menggambarkan mendiang Chin Peng sebagai ‘pejuang kemerdekaan’ bagi membebaskan Tanah Melayu dari penjajah British. Malah beberapa pemimpin parti pembangkang menggambarkan mendiang Chin Peng sebagai ‘pejuang kemerdekaan’.

APAKAH BENAR mendiang Chin Peng seorang ‘pejuang kemerdekaan’ dan ‘musuh’nya ialah penjajah British? Mari kita menilai beberapa fakta sejarah berikut sebelum kita yakinkan mereka bahawa mereka sebenarnya telah TERKELIRU….

1. Walaupun mendiang Chin Peng dilapurkan telah dilahirkan di Setiawan, Perak, tidak ada bukti-bukti bertulis bahawa beliau ialah seorang warganegara mana-mana negeri Tanah Melayu, Persekutuan Tanah Melayu, atau Malaysia.

2. Semasa di bangku sekolah, beliau aktif di dalam kegiatan pengumpulan dana untuk membiayai usaha perang negara asal ayah dan datuk neneknya, Tanah Besar China, di dalam peperangan China-Jepun. Menjelang tahun 1940, Jepun telah berjaya menakluki sebahagian besar dari Tanah Besar China. Perang tersebut berterusan sehingga Jepun menyerang negara-negara Asia Tenggara, termasuk Tanah Melayu, pada tahun 1942.

3. Di usia muda mendiang Chin Peng, menjelang umur 20an, mendiang telah mendokong ideologi Komunis, dan telah menyertai Parti Komunis Malaya(PKM), sebuah CAWANGAN Parti Komunis China. Sebelum mencapai usia 30, mendiang telah menjadi Setiausaha Agung PKM. Tentera PKM sebahagian besarnya terdiri dari kaum Cin, yang masih memegang kerakyatan Negara China, yang telah berhijrah ke Tanah Melayu untuk mencari peluang bekerja dan mencari rezeki. PKM dilapurkan mempunyai lebih 12 regimen, dengan kira-kira 5,000 anggota bersenjata. Satu rejimen dikhaskan untuk ‘komunis Melayu’, suatu stretegi untuk mencari pengaruh di kalangan bangsa Melayu. Pada awal 1960an, PKM termasuk mendiang Chin Peng telah berundur ke selatan Thailand. Selepas pengunduran itu, mendiang Chin Peng telah mengarahkan pemberontakan bersenjata di Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia dari Beijing, China, sehingga Perjanjian Damai Haadyai ditanda-tangani pada tahun 1989.

4. Parti Komunis Malaya bekerjasama dengan British di dalam peperangan menentang Jepun dari 1942-1945. Namun kerjasama ini lebih dari aspek ‘logistics’. Memoir setebal 4 inci tentang sejarah ‘perjuangan’ mendiang Chin Peng tidak ada merekodkan penglibatan unit-unit PKM di dalam sebarang pertempuran dengan tentera Jepun, berbeza dengan apa yang telah ditunjukkan oleh Regimen Askar Melayu di bawah Lefternan Adnan. Dengan kerjasama ‘logistics’ ini, PKM berpeluang mendapat bantuan senjata dan kewangan dari British.

5. Sebaik sahaja tentera Jepun menyerah diri pada bulan Ogos 1945, dalam tempoh 2 minggu sebelum ketibaan tentera British, unit-unit PKM telah mengambil-alih sebilangan besar bandar-bandar besar dan kecil di seluruh Tanah Melayu, dan telah mula bertindak sebagai ‘Kerajaan baru’, termasuk mengadakan ‘kangaroo court’ bagi ‘menghalalkan’ tindakan mereka membalas dendam terhadap pemimpin-pemimpin Melayu yang disyaki bekerjasama dengan tentera Jepun.

6. Majoriti kaum pendatang Cina dipercayai menyokong PKM, dan rata-rata mereka menyokong penubuhan Malayan Union pada tahun 1946, yang telah ditentang oleh umat Melayu, yang telah bersatu di bawah United Malays National Organisation(UMNO). Disebabkan tentangan hebat umat Melayu, British telah MENARIK-BALIK Malayan Union, dan digantikan dengan penubuhan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU pada tahun 1948, berdasarkan asas-asas yang dipersetujuai antara British, UMNO dan Raja-Raja Melayu. Berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Persekutuan Tanah Melayu ialah sebuah KERAJAAN PERALIHAN, atau TRANSITION GOVERNMENT, sebelum Persekutuan Tanah Melayu diberikan kemerdekaan sepenuhnya oleh British di dalam tempoh tertentu.

7. PKM hanya memulakan ARMED INSURRECTION atau PEMBERONTAKAN BERSENJATA ke atas ‘Penjajah British’, setelah British mengisytiharkan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Dari fakta-fakta tersenarai di atas, amat jelas bahawa PKM hanya cuba MENGAMBIL KESEMPATAN dari kerjasama ‘logistics’ mereka dengan British semasa penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu, untuk merampas kuasa ke atas negeri-negeri Tanah Melayu. PKM bekerjasama dengan British menentang Jepun bukan kerana mempertahankan Tanah Melayu, TETAPI kerana kesetiaan mereka kepada NEGARA ASAL mereka, Tanah Besar Cina, yang telah lebih satu dekad di dalam kancah peperangan dengan negara Jepun….sebelum tentera Jepun menyerang Tanah Melayu. Malah hampir keseluruhan anggota PKM bangsa Cina masih lagi bertaraf PENDATANG di Tanah Melayu sebelum penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu.

Fakta sejarah paling penting yang kita perlu ambil kira ialah TIMING, atau MASA dan KETIKA PKM melancarkan pemberontakan bersenjata ke atas ‘Kerajaan British’….kenapa sebaik sahaja British mengisytiharkan penubuhan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU pada tahun 1948, sebuah Kerajaan ‘Transition’ yang telah dijanjikan kemerdekaan penuh di dalam tempoh tertentu. Sedangkan hampir separuh dari menteri-menteri Persekutuan Tanah Melayu terdiri dari wakil UMNO dan Raja-Raja Melayu. Malah, selepas Pilihanraya Umum pertama pada 1954, iaitu 4 tahun sebelum tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, Almarhum Tunku Abdul Rahman telah dipilih sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu.

Terang lagi bersuluh, pemberontakan bersenjata PKM SEBENARNYA bukan untuk menentang British, tetapi adalah untuk menentang Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu tajaan UMNO dan Raja-Raja Melayu. Bukti paling jelas, setelah British memberikan kemerdekaan penuh kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 1958, PKM tetap meneruskan PEMBERONTAKAN BERSENJATA terhadap Persekutuan Tanah Melayu.

Pihak yang cuba menggambarkan mendiang Chin Peng dan PKM sebagai ‘pejuang kemerdekaan’ jelas amat terkeliru dengan ‘Wayang Cina’ yang telah dimainkan oleh mendiang Chin Peng dan PKM. Sedangkan, sebenarnya, PKM telah ternampak peluang untuk merampas kekuasaan di Tanah Melayu dari Raja-Raja dan Umat Melayu, dan dengan GELOJOH telah ‘menjudikan’ anak cucu mereka di tanah perantauan mereka. Mereka tidak sedar bahawa umat Melayu pada saat dan ketika itu, telah mencapai tahap kesedaran yang tinggi untuk mempertahankan warisan dan hak peninggalan datuk nenek mereka.

Hidup Melayu!! Hidup UMNO!! Hidup Raja-Raja Melayu!! Merdeka!! Takkan Melayu Hilang Di Dunia!!!

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s