Tahniah Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawah, Sempena HARI MALAYSIA….Bye Bye Parti Komunis Malaya

Hari ini, 16 September 2013, adalah Hari Ulangtahun Penubuhan Malaysia ke 50. Sebagaimana kita semua sedia maklum, Malaysia ditubuhkan dengan rasminya pada 16 September 1963 dengan menggabungkan 11 buah negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Trengganu dan Kelantan, dengan negeri-negeri bekas jajahan British iaitu Singapura, Sabah dan Sarawak. Sebagaimana kita juga sedia maklum, Singapura telah dikeluarkan dari Malaysia pada tahun 1965.

Sempena Ulangtahun Hari Malaysia ke 50, aku dengan bangga dan tulus ikhlas mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada seluruh warga negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu tersebut di atas, juga warga Sabah dan Sarawak, kerana telah sama-sama membangunkan negara MALAYSIA kita, dan bersama-sama mempertahankan kedaulatan negara kita dari ancaman dari luar dan dalam, makanya kita dapat menyambut Ulangtahun Hari Malaysia kita di dalam keadaan negara kita dilimpahkan oleh Allah swt nikmat KEAMANAN, KESTABILAN dan KEMAKMURAN.

Apa yang aku sentiasa TERKILAN sedikit setiap kali kita menyambut Ulangtahun KEMERDEKAAN dan HARI MALAYSIA ialah bagaimana hilangnya nama PERSEKUTUAN TANAH MELAYU di dalam kedua-dua perayaan ulangtahun hari bersejarah kita ini. Ramai dari rakyat Malaysia hari ini beranggapan bahawa 31 Ogos setiap tahun adalah ‘Hari Kemerdekaan Malaysia’, sedangkan pada 31 Ogos 1957, adalah hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dari British, dan Malaysia belum lagi ditubuhkan atau wujud ketika itu.

Sementara apabila disebut HARI MALAYSIA pada 16 September, kita hanya diperingatkan tentang GABUNGAN 11 negeri-negeri di Semenanjung(biasanya disebut Malaysia Barat), dengan Sabah dan Sarawak(kedua-duanya disebut Malaysia Timur). Tidak banyak ‘pengkisahan sejarah’ atau pengumuman-pengumuman yang mengingatkan anak-anak cucu kita bahawa Malaysia adalah gabungan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, SABAH dan SARAWAK.

Sempena Sambutan Ulangtahun Hari Malaysia tahun ini, aku ingin mencadang agar Perkara 1(2) Perlembagaan Malaysia dipinda sedikit. Perkara 1(2) Perlembagaan masa ini menyebut: ‘Negeri-negeri dalam Persekutuan ialah Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Trengganu’. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa pembentukan Malaysia ialah hasil penggabungan 13 negeri-negeri tersebut, sedangkan hakikatnya, pembentukan Malaysia ialah hasil gabungan Persekutuan Tanah Melayu(yang mengandungi 11 buah negeri), Sabah dan Sarawak.

Bagi memperbetulkan kesilapan ini, aku ingin mencadangkan supaya Perkara 1(2) dipinda menjadi begini: ‘Negeri-negeri dalam Persekutuan ialah negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu(Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor dan Trengganu), Sabah dan Sarawak’. Dengan cara ini, penubuhan Malaysia MEMPERKASAKAN lagi Persekutuan Tanah Melayu, bukan MENGKUBURKANNYA.

Di antara faktor-faktor utama yang mendorong Kerajaan British menggalakkan penyatuan Singapura, Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu ialah bagi mengelakkan negeri-negeri tersebut jatuh ke tangan parti-parti komunis yang begitu agressive mengembangkan pengaruh di negeri-negeri tersebut. Kejayaan Persekutuan Tanah Melayu MENEWASKAN dan MENGUSIR pengganas-pengganas Parti Komunis Malaya pimpinan Chin Peng ke seberang sempadan Thailand pada awal 1960an telah memberi keyakinan kepada Kerajaan British bahawa suatu cara untuk mengekang dan menyekat pengaruh parti-parti Komunis di negeri-negeri tersebut ialah dengan menggabungkan negeri-negeri tersebut dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Kita manusia tidak dapat menduga ketetapan-ketetapan Allah swt. Dilapurkan bahawa Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya yang telah diharamkan, sebelum dibubarkan, telah meninggal dunia pagi tadi di sebuah hospital di Bangkok. Terdapat elemen-elemen parti pembangkang yang cuba mengambil peluang pemergian Chin Peng pada Ulangtahun Hari Malaysia untuk MENGAGUNGKAN beliau sebagai tokoh pejuang kemerdekaan, dengan mencadangkan tarikh 16 September dijadikan tarikh ulangtahun untuk memperingati ‘perjuangan’ Chin Peng. Sedangkan, sebenarnya, pemergian beliau pada hari ini, melambangkan KEMENANGAN MUTLAK, dan PEMBEBASAN MUTLAK, rakyat Malaysia dari era kezaliman pengganas-pengganas Komunis Parti Komunis Malaya pimpinan Chin Peng, yang telah cuba MERAMPAS KUASA dari Raja-Raja Melayu dan umat Melayu sebaik sahaja tamat penjajahan Jepun ke atas negeri-negeri Tanah Melayu.

Sekali lagi, TAHNIAH seluruh rakyat Malaysia. Sambutan Ulangtahun Hari Malaysia, 16 September, boleh juga dijadikan tarikh Ulangtahun Hari PEMBEBASAN MUTLAK Malaysia dari ancaman pengganas-pengganas Parti Komunis Malaya.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s