Kematian Chin Peng – Lapuran Segmen Luar Negara Utusan Malaysia MENGECEWAKAN

Hanya beberapa hari lepas, bangunan baru Utusan Malaysia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak. Utusan Malaysia adalah KEBANGGGAAN umat Melayu. Utusan Malaysia amat besar jasanya terhadap perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu, dan Utusan Malaysia sehingga sekarang merupakan antara BENTENG UTAMA mempertahankan hak-hak Melayu di negara ini.

Berbeza sekali dengan Parti Komunis Malaya(PKM) yang telah diharamkan pada tahun 1948, dan bekas Setiausaha Agungnya Chin Peng, yang telah meninggal dunia di Bangkok, Thailand, semalam. Berselindung di sebalik ideologi KOMUNISMA, PKM telah cuba mengambil kesempatan dari kerjasama ‘logistics’nya dengan British di dalam masa penjajahan tentera Jepun ke atas Tanah Melayu(1942-1945) untuk merampas kuasa di Tanah Melayu setelah tentera Jepun menyerah kalah. PKM juga memulakan pemberontakan bersenjata ke atas Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, sebaik sahaja British menarik balik Malayan Union, dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Aku sudah menjangka bahawa Utusan Malaysia tidak akan memasukkan GAMBAR Chin Peng di muka depan akhbar KEBANGGAN umat Melayu. Aku amat gembira bila membeli akhbar Utusan Malaysia pagi ini, kerana jangkaan aku itu tepat sekali. Bagi aku, wajah Chin Peng sememangnya tidak layak mengisi muka depan sebarang akhbar di negara ini, apatah lagi akhbar Utusan Malaysia. Tidak mengapalah jika akhbar Utusan Malaysia hari ini ada memuatkan gambar Chin Peng di muka 16, di dalam segmen berita Luar Negara.

Namun begitu, apa yang mendukacitakan aku, dan mungkin ramai umat Melayu yang lain, ialah KENAPA Utusan Malaysia perlu mencedok bahan berita kematian Chin Peng dari ‘DPA/AFP’, yang antara lain menyebut:’Namun, selepas Jepun menyerah kalah, Chin Peng melancarkan perang menuntut kemerdekaan dari Britain sehingga Tanah Melayu diisytiharkan darurat.’

Walaupun segmen ini adalah segmen berita luar negara, apakah Utusan Malaysia tidak ada sensitiviti untuk melapurkan berita tersebut setelah diedit supaya bersesuaian dengan fakta sebenar sejarah negara kita. Pemimpin-pemimpin besar negara kita, dan kita semua, seorang pun tidak mengiktiraf Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan, tetapi kenapa Utusan Malaysia menyiarkan satu lapuran berita yang mengiktiraf Chin Peng sebagai ‘pejuang kemerdekaan’?

Sedangkan, di muka 16 yang sama, Utusan Malaysia melapurkan berita kembali ke rahmatullah seorang ulama tersohor di Indonesia, Habib Munzir, tanpa perlu merujuk atau mencedok dari agensi-agensi berita asing.

Aku percaya, mungkin berlaku ‘overlooking’ di kalangan pengarang-pengarang Utusan Malaysia….maklumlah bertugas di bangunan baru yang serba canggih dan moden. Namun begitu, aku ingin mengingatkan Utusan Malaysia, agar jangan dibiasakan kecuaian sebegini berlaku lagi, terutama di dalam melapurkan berita-berita MAHA BESAR seperti kematian BAPA PENGGANAS negara ini.

Namun begitu, sekiranya pengarang-pengarang Utusan Malaysia mempunyai sebarang justifikasi mencedok berita yang begitu MELOYAKAN dari agensi-agensi berita luar negara, sila berikan penjelasan kepada umat Melayu melalui keluaran akhbar Utusan Malaysia besok….dan sekiranya munasabah, memohon maaf kepada umat Melayu di negara ini.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s