Jawatan Ketua Pemuda UMNO Wajar Dipertandingkan

Melalui suatu penulisan aku sebelum ini, aku ada menyatakan sokongan bahawa jawatan-jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO wajar TIDAK DIPERTANDINGKAN. Bagi aku, mereka yang telah dipilih sebagai Presiden dan Timbalan Presiden, telah diuji dan dinilai dengan 1001 macam cara sepanjang sejarah penglibatan mereka di dalam UMNO. Oleh itu, pertandingan bagi jawatan-jawatan tertinggi ini hanya wajar berlaku apabila ada kekosongan disebabkan kematian atau perletakan jawatan.

Namun melalui penulisan yang sama, aku ada MENGGALAKKAN pertandingan di peringkat jawatan-jawatan Naib-naib Presiden dan Majlis Tertinggi UMNO. Naib-Naib Presiden boleh kita anggap sebagai ‘President and Deputy President in-waiting’. Mereka inilah yang berkemungkinan besar mengisi sebarang kekosongan yang berlaku di jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Dan apabila salah seorang dari Naib-naib Presiden mengisi jawatan Presiden atau Timbalan Presiden, beliau besar kemungkinan tidak perlu bertanding lagi bagi mempertahankan jawatan-jawatan Presiden atau Timbalan Presiden, berdasarkan pertimbangan di atas. Oleh itu, pemilihan di peringkat Naib Presiden AMAT PENTING, kerana ianya UJIAN TERAKHIR sebelum seseorang pemegang jawatan itu beralih ke jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Apa yang menarik perhatian sehari dua ini ialah berita KEMUNGKINAN BESAR akan berlaku pertandingan di peringkat KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO.

Mengikut sebahagian senikata lagu Pemuda yang aku masih ingat, ‘PEMUDA HARAPAN BANGSA….BENTENG YANG WAJA….’. Dari apa yang aku dapat faham dari sebahagian senikata tersebut, harapan umat Melayu kepada PEMUDA UMNO begitu tinggi. Apakah harapan umat Melayu? Tidak lain dari aspirasi mempertahankan HAK-HAK MELAYU, termasuk KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU/BUMIPUTRA sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan. Sejarah telah membuktikan bahawa ada masanya, para pemuda perlu mempertaruhkankan jiwa dan raga mereka demi agama, bangsa dan negara.

Tanggung-jawab Pergerakan Pemuda amat besar, khususnya KETUA PEMUDA itu sendiri, sebagai GENERAL DI MEDAN PERANG, meniupkan semangat perjuangan kepada panglima-panglima, hulubalang-hulubalang dan barisan pejuang-pejuangnya. Cabaran dari pihak-pihak yang TIDAK MENGENANG JASA semakin hari semakin mencabar, tuntutan mereka semakin hari semakin TIDAK MASUK AKAL, suara mereka pula semakin hari semakin lantang mempertikaikan ASAS-ASA PEMBENTUKAN NEGARA KITA.

Hanya pertandingan yang sihat akan memberikan ujian yang maha penting bagi kita menilai daya juang, daya tahan, daya intelek dan kebolehan OVERALL seseorang KETUA atau CALUN KETUA PEMUDA. Oleh itu, aku mengucapkan tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin di atas kesediaannya mempertahankan jawatannya.

Di masa yang sama, kita semua wajar mengalu-alukan kehadiran CALUN KETUA PEMUDA yang sedia menawarkan sumbangan mereka kepada Pergerakan tersebut khususnya, dan terhadap perjuangan Agenda Melayu keseluruhannya.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s