Isu Mayat Chin Peng – Kewajaran Dikebumikan di Fujian, Republik Rakyat China

Bapa mendiang Chin Peng berasal dari Wilayah Fujian, Republik Rakyat China. Beliau berhijrah ke Singapura pada usia remaja, dan berkahwin dengan ibu mendiang Chin Peng di Singapura. Tidak diketahui asal usul ibu mendiang Chin Peng.

Selepas perkahwinan itu, pasangan ibu-bapa mendiang Chin Peng telah berpindah ke Sitiawan, Perak, di mana mendiang Chin Peng telah dilahirkan 90 tahun yang lalu. Berdasarkan rentetan sejarah tersebut, sudah tentu masih ramai lagi kaum kerabat keturunan datuk nenek mendiang Chin Peng yang masih menetap di Wilayah Fujian, China.

Walaupun dilahirkan di sebuah negeri Tanah Melayu, Chin Peng tidak pernah menjadi warganegara Tanah Melayu, Persekutuan Tanah Melayu, atau Malaysia. Berdasarkan ‘memoirs’ mendiang Chin Peng sendiri, di zaman awal remajanya, zaman masih di bangku sekolah, mendiang telah terlibat aktif di dalam mengutip ‘dana peperangan’ untuk di hantar pulang ke negara asal ayah dan datuk-neneknya, Republik Rakyat China, bagi membantu usaha negara ‘motherland’nya meneruskan peperangan dengan Jepun. Sehingga saat itu, peperangan China-Jepun telah berpanjangan lebih 10 tahun. Ini jelas menunjukkan bahawa KESETIAAN mendiang Chin Peng pada usia remajanya adalah terhadap ‘motherland’nya, Republik Rakyat China, sebagaimana pendatang-pendatang dari wilayah-wilayah Republik Rakyat China yang lain, yang berhijrah ke negeri-negeri Tanah Melayu pada zaman dan masa itu.

Mendiang Chin Peng meninggal dunia pada usia 90 tahun. Jika kita tolak zaman kanak-kanak dan remaja beliau sehingga umur 18 tahun, bermakna zaman dewasa post-18 tahun Chin Peng, zaman dia mampu berfikir sendiri, dan perlu bertanggung-jawab di atas segala tindak tanduknya adalah selama 72 tahun. Amat menarik untuk kita membuat sedikit pengamatan, di manakah beliau pernah tinggal, dan berapa lama, selepas umur beliau melewati 18 tahun. Kalau kita bandingkan dengan zaman ini, usia 18 tahun ialah usia tamat persekolahan peringkat SPM, juga umur seseorang itu dibenarkan menganggotai parti-parti politik, dan badan-badan NGO yang lain. Sementara di usia 21 tahun, baru seseorang itu boleh mendaftar sebagai pengundi.

Pada tahun 1960, ‘tentera’ Parti Komunis Malaya pimpinan Chin Peng terpaksa berundur ke selatan Thailand, dan meneruskan keganasan bersenjata mereka ke atas ‘target-target’ di Persekutuan Tanah Melayu dari kem-kem mereka di selatan Thailand. Namun Chin Peng tidak bersama ‘tentera’nya mengharungi segala kesusahan mengharungi kehidupan serba sukar di kem-kem dalam hutan. Sebaliknya Chin Peng diterima hidup sebagai VVIP di Republik Rakyat China, diberikan MANSION atau banglo mewah untuk didiami. Malah Kerajaan Parti Komunis China telah menyediakan kemudahan kepada beliau untuk menjalankan sebuah station radio, untuk membolehkan Parti Komunis Malaya(PKM), sebuah cawangan Parti Komunis China(PKC) untuk memancarkan siaran/propaganda komunisnya ke Persekutuan Tanah Melayu, dan Malaysia. Beliau dilapurkan telah tinggal di China selama lebih 30 tahun. Dari sana beliau memberikan arahan-arahan ‘ketenteraan’ kepada ‘tentera’nya di selatan Thailand.

Beliau hanya menyertai semula ‘tentera’nya di selatan Thailand selepas Perjanjian Damai Haadyai pada tahun 1989. Sejak itu, beliau dilapurkan mula tinggal di pinggir Kota Bangkok.

Berdasarkan rekod-rekod di atas, bagi tempoh post-18 tahun mendiang Chin Peng, mendiang hanya sempat berada di Persekutuan Tanah Melayu selama 18 TAHUN, sebelum kembali ke negara asal datuk-nenek beliau, Republik Rakyat China dan tinggal di sana selama 30 tahun. Hanya selepas Perjanjian Damai Haadyai pada tahun 1989, Chin Peng dilapurkan telah berpindah ke Thailand. Sehingga beliau meninggal dunia di Bangkok beberapa hari lepas, beliau dipercayai telah tinggal di Thailand, dan sebahagiannya dipercayai di China, bagi tempoh selama 23 tahun.

Sebagai ringkasan, selepas mencecah umur dewasa 18 tahun, Chin Peng hanya berada di Persekutuan Tanah Melayu selama 18 tahun, berbanding dengan masa beliau tinggal di Republik Rakyat China selama 30 tahun, dan di Thailand selama 23 tahun.
Bermakna, beliau lebih lama tinggal di Republik Rakyat China di zaman dewasanya, berbanding dengan di Thailand atau di Persekutuan Tanah Melayu. Malaysia hanya dibentuk pada tahun 1963, dan semasa itu, mendiang Chin Peng telah kembali ke China. Ini juga bermakna, mendiang Chin Peng tidak pernah menjejak kakinya di MALAYSIA.

Tidak perlulah aku nak ulang-tayang segala ATROCITIES yang telah dijalankan oleh anggota pengganas komunis PKM pimpinan Chin Peng menjangkau satu tempoh lebih dari 40 tahun. Terlalu besar kemusnahan yang telah dilakukan oleh PKM terhadap Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia, termasuk membunuh atau mencederakan puluhan ribu anggota polis, tentera dan rakyat biasa, yang kebanyakannya terdiri dari kalangan umat Melayu.

Cukuplah mendiang Chin Peng dan pengganas-pengganas PKM pimpinannya mengsengsarakan rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia di zaman hidup mendiang. Janganlah KEMATIANNYA pula menimbulkan kesusahan sekali lagi kepada rakyat Malaysia, dan tidak perlulah KEMATIANNYA mencetuskan sekali lagi KETEGANGAN ANTARA KAUM Melayu dan Cina di negara ini.

Memandangkan mendiang bukan seorang warganegara Malaysia, sudah tentu beliau sehingga saat kematiannya masih lagi warga negara Republik Rakyat China. Kerajaan Thailand hanya memberikan passport antarabangsa kepada beliau. Oleh itu, jika kaum keluarga mendiang tidak berminat untuk mengkebumikan mayat atau abu mayat mendiang di Thailand, aku secara ikhlas ingin mencadangkan agar mayat atau abu mayat mendiang dikebumikan saja di wilayah Fujian di China, di wilayah asal ayah dan datuk neneknya, wilayah yang terletak di negara ibu pertiwinya, Republik Rakyat China.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s