Mampukah Akhramsyah Sanusi Memperkasa PEMUDA?

Sebulan lepas, aku ada bertanya seorang rakan penganalisis politik, apakah Pemuda UMNO sudah begitu ketandusan pemimpin pelapis, sehingga tidak ada seorang pun dari kalangan kepimpinan PEMUDA UMNO di peringkat pusat atau bahagian-bahagian yang berminat untuk bertanding jawatan KETUA PEMUDA UMNO.

Walaupun aku menyokong penuh supaya Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dicabar atas rational tertentu, aku tetap berpandangan perlu ada pertandingan di peringkat sayap-sayap parti, termasuk KETUA PEMUDA, KETUA WANITA dan KETUA PUTERI.
Dengan mengambil pendirian ini, bukan sekali-kali bermakna aku mencurigai kebolehan KETUA PEMUDA, KETUA WANITA dan KETUA PUTERI sediada. Tetapi ia bermaksud untuk MEMPERBAHARUI mandat KETUA-KETUA SEDIADA di dalam meneruskan tugas dan tanggung-jawab mereka. Dengan kata lain, sekiranya rank-and-file sayap-sayap berkenaan berpuas hati dengan prestasi KETUA-KETUA SAYAP yang telah dipilih 5 tahun yang lalu, sudah tentu para perwakilan akan mengekalkan mereka. Sebaliknya, sekiranya mereka gagal menunjukkan prestasi yang baik, ada ruang untuk perwakilan dari rank-and-file untuk memilih pemimpin baru yang lebih berkaliber.

Beberapa hari menjelang tarikh tutup percalunan, iaitu semalam, sdra Akhramsyah Sanusi, anak bekas Setiausaha Agung UMNO, TS Sanusi Junid, tiba-tiba muncul untuk MENGHANGATKAN sedikit proses pertandingan merebut jawatan KETUA PEMUDA. Aku percaya, tindakan nekad beliau telah mencetuskan suatu keberanian baru bagi beberapa orang lagi pemimpin Pemuda dari bahagian-bahagian untuk tampil menawarkan diri bagi merebut jawatan KETUA PEMUDA, NAIB KETUA PEMUDA dan jawatan-jawatan AJK PEMUDA.

Tidak ramai yang mengenali AKHRAMSYAH SANUSI sebelum dia muncul di kaca TV mengumumkan hasrat beliau untuk bertanding jawatan KETUA PEMUDA. Apa yang menarik perhatian aku tentang kenyataan beliau yang ringkas itu ialah bahawa PEMUDA TIDAK LAGI BERTINDAK SEBAGAI PRESSURE GROUP dalam UMNO. Dan mengikut beliau, ‘vacuum’ atau KEKOSONGAN ini telah terpaksa diisi oleh berbagai NGO Melayu di dalam memperjuangkan isi-isu menyentuh Melayu dan Islam.

Dari dahulu aku berpendirian bahawa seorang KETUA PEMUDA UMNO tidak wajar menyertai KABINET. Seorang anggota kabinet tertakluk kepada berbagai-bagai peraturan, terutama di dalam mempertahankan konsep ‘keputusan bersama’, menyimpan rahsia Kerajaan dan berbagai lagi. Seorang KETUA PEMUDA yang menganggotai kabinet dengan itu tidak lagi berupaya untuk mengkritik atau menentang sebarang keputusan kabinet. ‘Conflict of interest’ seperti ini akan ‘membunuh’ kreativiti dan imaginasi anggota-anggota Pergerakan Pemuda, apabila kaki dan tangan KETUA PEMUDA UMNO sendiri telah ‘diikat dan digari’ dengan menjadi anggota kabinet.

Kita lihat sahaja di dalam kes PEMANSUHAN beberapa akta penting yang telah digubal oleh FOUNDERS negara kita, seperti ISA, Ordinan Darurat dan sebagainya. Sekarang kita mula merasai kesan-kesan negatif PEMANSUHAN akta-akta tersebut. Sekiranya KETUA PEMUDA UMNO tidak ada kekangan-kekangan, aku percaya, PEMUDA UMNO adalah PRESSURE GROUP atau KUMPULAN PENDESAK pertama yang akan mengkritik(secara membina) cadangan PEMANSUHAN tersebut, dan membawanya ke persada perdebatan umum. Sekiranya ada ‘check-and-balance’ ini di dalam UMNO sendiri, tidak perlu lagi ada KUMPULAN-KUMPULAN PENDESAK lain yang akan muncul menyuarakan kebimbangan rakyat.

Di dalam banyak keadaan, nampaknya NEGARAWAN Tun Dr Mahathir terpaksa BERSUARA untuk menarik perhatian Kerajaan dan wakil-wakil rakyat di dalam hal-hal tertentu. NEGARAWAN seperti Tun Dr Mahathir sepatutnya tidak diganggu lagi dengan tindakan-tindakan yang boleh merugikan anak cucu kita, khususnya umat Melayu. Apa boleh buat, sebaik sahaja beliau dapat mengesan kelemahan-kelemahan ketara para pimpinan kita di dalam hal-hal tertentu, beliau sudah tentu tidak akan membiarkan kita terjerumus ke kancah kemusnahan.

Tidak dapat dinafikan, YB Khairy Jamaluddin adalah seorang Ahli Parlimen UMNO/BN yang hebat. Beliau di antara ahli-ahli Parlimen yang digeruni oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang, termasuk Ketua Pembangkang sendiri. Beliau juga seorang pendebat yang petah dan pintar, sehingga pengerusi Bersih, Ambiga, seorang lawyer yang hebat, terkial-kial untuk mematahkan hujjah-hujjah YB Khairy. Persoalannya, apakah seorang Ahli Parlimen yang hebat, dan seorang pendebat yang pintar, semestinya boleh menjadi seorang KETUA PEMUDA UMNO yang juga hebat dan digeruni???

Suatu ‘legasi’ YB Khairy Jamaluddin sebagai KETUA PEMUDA UMNO ialah mengetuai satu DEMONSTRASI di Jalan Bukit Bintang pada hari yang sama dengan Demonstrasi Bersih 3. Dianggarkan kira-kira 1,500-2,000 orang pimpinan dan anggota Pergerakan Pemuda telah mengambil bahagian di dalam demonstrasi tersebut. Aku menyanjung tinggi keberanian YB Khairy di dalam mengetuai demonstrasi tersebut.

Namun begitu, di dalam mengikuti perkembangan kedua-dua demonstrasi jalanan tersebut, hati aku tertanya-tanya, apa akan terjadi jika perarakan PEMUDA UMNO yang 1,500-2,000 orang ini bertembung dengan perarakan Demonstrasi Bersih 3 yang disertai oleh kira-kira 50,000 penyokong PAS, PKR dan DAP. Timbul persoalan di kepala aku, kenapa hanya 1,500-2,000 anggota PEMUDA UMNO yang menyahut seruan YB Khairy untuk keluar berdemonstrasi? Kalau YB Khairy hanya membawa pemuda-pemuda dari bahagian Rembau sahaja untuk berdepan dengan Demonstrasi Bersih 3, aku akan angkat topi untuk tabik hormat kepada YB Khairy. Tetapi, 1,500-2,000 dari Pemuda UMNO seluruh Malaysia….susah untuk aku terima.

Berdasarkan perkembangan-perkembangan di luar negara, khususnya yang mengalami ‘Arab Spring’, kita perlu mengambil peringatan bahawa walaupundi negara-negara yang mengamalkan demokrasi, ada masanya, keputusan PRU tidak menjamin sesuatu parti yang menang akan secara automatik akan diterima sebagai Kerajaan. Ada masanya hala tuju sesebuah negara itu ditentukan di JALANAN!!!

Aku bukan bermaksud untuk mengajak kaum muda Melayu untuk mempersiapkan diri untuk bertempur di jalan-jalan utama tengah Bandaraya Kuala lumpur, Ipoh, Pulau Pinang atau Johor Bahru. Apa yang aku maksudkan ialah, Pemuda UMNO, sebagai BENTENG YANG WAJA bagi umat Melayu/Islam, wajib BERSEDIA untuk berhadapan dengan segala bentuk kemungkinan.

Sekiranya Akhramsyah Sanusi berminat untuk mencabar YB Khairy Jamaluddin, mampukan beliau MEMPERKASAKAN Pemuda UMNO dari segala sudut, sebagaimana yang aku maksudkan.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

3 Comments on “Mampukah Akhramsyah Sanusi Memperkasa PEMUDA?”

  1. Amir Mohd Says:

    Harapnya KJ terus menerajui PEMUDA , berbanding Akhram dan KJ , KJ lebih memiliki pakej lengkap sebagai ketua pemuda … maaf cakap dari segi penampilan Akhram dan KJ , saya lebih suka KJ , dan dari segi umur pula , KJ lebih muda , dan dari segi energi pula KJ lebih mantap bila berdebat dengan rafizi … Akhram di mana masa semua tu berlaku ?? Takkan lah dekat pemilihan UMNO baru je muncul ?

    • warisan tmk Says:

      Terdapat 3 trend utama kepimpinan politik Melayu:

      1. Tidak kisah jika Malaysia ini dikuasai bangsa Cina, asalkan UMNO dikalahkan. Ini pemikiran bodoh pemimpin-pemimpin Melayu PKR dan PAS.

      2. Bersedia untuk berkongsi secara ‘saksama’ dan ‘meritokrasi’ antara Melayu, Cina dan lain-lain, di mana ‘end game’nya kaum Cina akan menguasai segalanya….’The rich will get richer, the poor will get poorer’.

      3. Bersedia berkongsi dengan bangsa-bangsa bukan Melayu/Bumiputra berdasarkan semangat ‘Kontrak Sosial’ yang mengiktiraf KEDUDUKAN ISTIMEWA MELAYU.

      Untuk kekal sebagai pemimpin Melayu/UMNO di negara ini, pemimpin perlu menjauhi trend 1 dan 2 di atas.

      Kita tidak kisah jika kepimpinan peringkat tertinggi UMNO ‘bermain wayang Cina sedikit’ sebagai Pengerusi BN.

      Tetapi di peringkat Pemuda, Ketua Pemuda sewajarnya berada di trend 3, dan dengan jelas dan vocal menyuarakan pendirian umat Melayu. Mengapa dibiarkan Ketua Pemuda MCA mempertikaikan agenda memperkasa Melayu/Bumiputra???


  2. KJ tak layak kerana otak liberalisme nya- banyak tindak tanduknya yg merugikan pemuda UMNO-…sepatutnya Pemuda UMNO perlu jadi balik PRESSURE GROUP utk itu akramsyah paling sesuai-asal bukan KJ


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s