Apa Ketua Pemuda UMNO Perlu Jerit, Bila Ketua Pemuda MCA Menyalak.

Berikutan dari MAJLIS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTRA pada 15 September yang lalu oleh DS Najib, berbagai-bagai reaksi kurang menyenangkan telah disuarakan oleh parti-parti politik mewakili kaum Cina, termasuk rakan sekutu di dalam BN, MCA. Rata-rata, mereka tidak bersetuju dengan suatu agenda atau dasar yang difokuskan kepada kaum tertentu. Bagi mereka, agenda-agenda sedemikian wajar ditujukan kepada semua rakyat yang memerlukan, termasuk bangsa-bangsa bukan Melayu/bukan Bumiputra.

Sekali imbas, masuk akal juga rungutan mereka. Kenapa Kerajaan seolah-olah memfokuskan kepada membantu kaum Melayu/Bumiputra sahaja, sedangkan kaum bukan Melayu/bukan Bumiputra juga tidak semuanya berada di dalam keadaan selesa di segi kedudukan ekonomi. Ramai juga kaum bukan Melayu/bukan Bumiputra yang masih menghadapi kepahitan dan keperitan hidup.

Aku kurang pasti siapa hendak disalahkan. Agenda dan dasar Kerajaan amat baik, tetapi di mana kegagalan jentera penerangan Kerajaan sehingga kaum bukan Melayu/bukan Bumiputra, termasuk dari komponen BN sendiri MELATAH DAN ‘MENYALAK’, seolah-olah Kerajaan mengamalkan dasar diskriminasi terhadap kaum-kaum bukan Melayu/bukan Bumiputra.

Bagi aku, kita perlu faham bahawa ASAS kepada program-program dan agenda-agenda MEMPERKASAKAN Melayu/Bumiputra ialah Perkara 153 Perlembagaan Negara yang memberikan kuasa kepada Yang Dipertuan Agung untuk menetapkan KUOTA-KUOTA tertentu kepada kaum Melayu/Bumiputra di dalam perkara-perkara tertentu, termasuk di dalam menyediakan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA, pemberian biasiaswa pendidikan, perjawatan di dalam Perkhidmatan Awam, pemberian lesen-lesen perniagaan di bidang-bidang perniagaan tertentu, penganugerahan kontrak-kontrak Kerajaan dan sebagainya.

Perkataan kunci di sini ialah KUOTA. Penyediaan KUOTA bermaksud menetapkan sebahagian tertentu, umpamanya 10%, 20%, 30% dan sebagainya dari jumlah 100%. Contohnya, Dasar Ekonomi Baru(DEB) mensasarkan EQUITY pemilikan Melayu/Bumiputra di dalam SAHAM-SAHAM SYARIKAT di negara ini sebanyak 30% dari keseluruhan nilai SAHAM-SAHAM SYARIKAT di Malaysia menjelang tahun 1990. Ini bermakna, dasar-dasar dan agenda pelaksanaan DEB hanya mensasarkan PEGANGAN, PEMILIKAN atau EQUITY Melayu/Bumiputra hanya 30%….bukannya 50%, jauh sekali 100%.

Begitu juga di dalam penetapan KUOTA kemasukan ke IPTA. Suatu masa dahulu Kerajaan MERIZABKAN 55% dari kemasukan ke IPTA untuk direbut secara ‘meritokrasi’ di kalangan pelajar-pelajar Melayu/Bumiputra, sedangkan pelajar-pelajar bukan bumiputra pula perlu bertanding sesama mereka melalui ‘meritokrasi’ unutk merebut tempat selebihnya 45%. Demikian juga Kerajaan telah menetapkan KUOTA tertentu di dalam perjawatan Perkhidmatan Awam, biasiswa dan perlesenan di bidang tertentu.

Apabila DS Najib mengenengahkan PENYERTAAN BUMIPUTRA di GLC/GLC, apa yang beliau maksudkan, BUKAN pembolotan 100% dari peluang-peluang perniagaan dan kontrak yang ada kepada syarikat-syarikat Melayu/Bumiputra. Apa yang dicadangkan oleh Kerajaan ialah bagi mempastikan dari 100% atau KESELURUHAN peluang-peluang yang terdapat di dalam GLC/GLC, sejumlah KUOTA tertentu dari peluang-peluang tersebut hendahlah diRIZABKAN untuk direbut secara ‘metitokrasi’ di kalangan syarikat-syarikat Melayu/Bumiputra. Berlandaskan matlamat DEB, aku percaya KUOTA tersebut tidak melebihi 30% dari keseluruhan peluang yang ada.

Matlamat utama siatem KUOTA ini ialah bagi mempastikan bahawa di dalam pasaran terbuka, tidak akan timbul suatu keadaan di mana syarikat-syarikat Melayu/Bumiputra hanya mampu MENGGIGIT JARI melihat semua kontrak-kontrak Kerajaan di ‘sapu’ oleh syarikat-syarikat bukan Melayu/bukan Bumiputra, khususnya milikan KAUM CINA, yang sehingga masa dan saat ini ternyata lebih berdaya-maju di dalam hampir segala bidang, berbanding dengan syarikat-syarikat Melayu/Bumiputra. Ini tidak menghairankan kerana sebahagian besar dari datuk-nenek kaum Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu dahulu pun terdiri dari golongan peniaga dari selatan Tanah Besar cina. Bermakna, generasi businessmen kaum Cina hari ini telah mewarisi budaya perniagaan turun-temurun dari beberapa generasi nenek moyang mereka. Sedangkan, Melayu/Bumiputra hanya mula menceburkan diri dalam perniagaan selepas perlaksanaan DEB pada tahun 1971.

Sekiranya keadaan ini dijelaskan dengan baik oleh Ketua Pemuda UMNO, kepada Ketua Pemuda MCA, aku percaya Ketua Pemuda MCA tidak akan MENYALAK sebegitu rupa. Aku percaya Ketua Pemuda MCA salah faham. Ketua Pemuda MCA besar kemungkinan tidak faham bahawa KUOTA yang diperjuangkan untuk syarikat-syarikat Melayu/Bumiputra biasanya tidak lebih dari 30% dari keseluruhan peluang-peluang yang ada. Ketua Pemuda MCA besar kemungkinan beranggapan melalui dasar PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTRA membawa maksud bahawa Kerajaan mahu beri 100% kepada Melayu/Bumiputra.

Kalau aku Ketua Pemuda UMNO, apabila Ketua Pemuda MCA menyalak, aku akan jerit kepada Ketua Pemuda MCA, ‘Kau janganlah tamak, kami cuma nak rezabkan 30% sahaja kepada Melayu/Bumiputra, yang 70% lagi tu kau orang lantaklah!!! Takkanlah yang 30% tu pun kau orang nak sapu juga???.

Explore posts in the same categories: Uncategorized

Tags: , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s